May 21, 2011

Story about T.A.L.L



"Kau tinggi, takhape la!"
"Kau tinggi, senang la!"
"Kau tinggi, takyah la jinjat-jinjat!"

Ungkapan biasa yang aku selalu dengar.
Aku tinggi?
Question mark???

Klo tengok pic kat atas tu,
rasanya berketinggian 164 cm tu cukup untuk buat teman-teman aku nampak kontot comel,
terutamanya si Achique Izara nie.
(sorry Achique..ini kenyataan. Sila.Jangan.Ambil.Hati.)

Bila ambil gambar, baru aku perasan 
bahawa aku tinggi@sudah tinggi@bertambah tinggi@buat-buat tinggi, dan tiba-tiba terasa diri ini seperti,
'si kacang panjang yang tumbuh di ladang taugeh yang kontot pendek.'
Oouchh!
Peribahasa yang T.E.R.R.I.B.L.E kan.


Sebenarnya,
aku takde la tinggi sangat pun.
Setakat 164 cm tu,
rasanya belum sampai  5'6 inc lagi kot.
(Rasanya..!)
Klo nak dibandingkan dengan ketinggian si model Adriana Lima atau pun Gizelle Bunchen 
yang 5'10 & 5'11 tu,
aku nie sah-sah lagi kontot daripada diorang.

Ma pun cakap saiz *kita nie tak normal macam orang lain.
(*kita=keluarga aku)
Maksudnya, family aku, sibling aku sume kategori orang tinggi saiz Malaysia.
No wonder la, klo aku and the sibling jalan sesama,
 aku perasan pasti ada mata-mata pandang aku and the sibling dari atas sampai bawah.
Tambahan pula, umur aku and the sibling takde la jauh sangat, 
so ia dah buat kitaorang nampak macam sekumpulan kawan baik yang tinggi-tinggi yang sedang hang out sama-sama.
Menarik bukan!

Menjadi orang tinggi nie pun ada baik buruk lemahnya juga.

Yang baiknya:
1.
Orang tinggi takde masalah nak capai benda tinggi sebab dia dah tinggi dan tak perlu berjinjat-jinjat atau panjat kerusi untuk ambil benda-benda  di tempat yang tinggi.
2.
Klo ramai sangat orang menghadap depan cermin, orang tinggi hanya perlu berdiri di belakang tanpa bersusah payah terjinjat sana-terjinjat sisi nak sua muka kat cermin.
Untungkan?
3.
Orang cakap orang tinggi nampak macam model dan cantik klo pakai apa pun even berbalut plastik tetapi tetap cantik dan bergaya!
Betul ke?
4.
Orang tinggi akan sentiasa nampak slim walaupun sebenarnya dia juga seorang yang berisi@gemuk@gedempol.
Maybe!
5.
Orang tinggi tak payah pakai high hill semata-mata untuk kelihatan tinggi sebab sah-sah orang tinggi akan semakin tinggikan..! 
Fakta kay!
6.
Ma cakap orang tinggi klo buat tawaf kat Kaabah nanti mudah. Tak macam orang rendah yang seakan-akan tak dapat bernafas dihimpit oleh manusia-manusia spesis orang tinggi bukan saiz Malaysia.
7.
Orang tinggi ada advantage bila pergi mengajar kat sekolah.
Budak-budak takut nak buli sebab cikgu dia lagi tinggi daripada dia.
Reasonable tak?

Yang lemahnya jadi orang tinggi nie:
1.
Asyik kena duduk belakang klo beratur.
Aku nak duduk depan jugak!
2.
Klo nak cari baju@ pant yang dah siap, sure susah punya nak dapat saiz yang berkenan di hati.
Last sekali, pergi tempah kat tukang jahit dan kena pula beli kain tambah.
OoucHH! i don't like!
3.
Orang rendah suka jeles dengan orang tinggi.
Betul nie!
4.
Klo pergi ke tempat yang rendah, amboi..lenguhnya nak menunduk kepala.
Silap haribulan, adalah yang terhantuk sana sini.
5.
Orang tinggi susah nak cari jodoh yang sama tinggi atau lebih tinggi daripadanya
Last sekali, kena pasrah bila jumpa jodoh yang sama tinggi atau rendah@agak rendah daripadanya.
"Murah rezeki, kata orang-orang dulu!"
Ye ke?
6.
Orang tinggi akan nampak seperti gergasi bila berdiri di kalangan mereka yang comel-comel
dan kontot-kontot.
Hehe..aku kot yang rasa camtu!


Jadi orang tinggi memang C.U.N dan jadi orang rendah memang C.U.T.E.
Jadi rang tinggi tak semestinya untung dan jadi orang rendah tak semestinya rugi.
Orang tinggi dan orang rendah sentiasa saling lengkap melengkapi.
Itulah kehebatan Allah yang menciptakan kita.
Jangan lupa tu.

Pss:
"That's why i choose Olive because she is taller than Popeye"










2 comments:

NIA said...

hehehe kita satu geng lah.akak 167cm.kekeke.

mia Olive said...

wah..akak lagi tinggi rupanya..hehee