May 7, 2011

4Mmm...

4M selalu buat teacher marah.
4M selalu buat teacher naik angin.
4M suka sangat buat bising sampai teacher marah dan hilang suara.
4M selalu main-main dalam kelas teacher.
4M suka gaduh depan teacher.
4M suka bercakap sampai suara teacher pun tak dengar.
4M tak suka pergi tandas.
4M degil.
4M suka tanya teacher macam-macam sampai teacher tak larat nak jawab.
4M suka buat muka terkejut bila teacher tanya kerja sekolah dah siap ke belum.
4M suka buat teacher hilang sabar sebab suka berjalan dalam kelas.
4M tak suka dengar teacher cakap lebih daripada 10 minit.
4M suka menjerit dalam kelas.
4M suka bergendang dalam kelas.
4M suka buat macam-macam sampai teacher jadi penat.


Namun,
4M selalu tegur teacher bila teacher sampai sekolah pagi-pagi.
4M suka senyum pada teacher bila nampak teacher lalu.
4M suka tolong angkat barang teacher lepas kelas.
4M suka tunjuk kerja yang dah siap kat teacher.
4M akan hantar kerja kat teacher bila teacher cakap teacher nak kutip.
4M suka wat lawak sampai teacher tergelak-gelak dalam kelas.
4M suka bercerita dengan teacher dan dengar teacher bercerita.
4M ringan tulang.
4M suka buat aktiviti berkumpulan.
4M pandai jaga kelas bagi bersih.
Kelas 4M cantik.
4M akan minta maaf bila tengok teacher marah.
4M tahu kenapa teacher marah dan denda mereka.
4Mmm..

Mencabar!
Mesra!
Membantu!

No comments: