Bila kemalasan menjelma, memang geram betul!
Al-maklumlah minggu terakhir praktikum nie, rasa nak mengajar pun sikit culas,
rasa nak wat revision je dengan bebudak, selesaikan AR yang tertangguh sikit lagi dan enjoy buat games dengan anak murid aku.
Apa boleh buat?
Nama pun cikgu pelatih.
Nak buat aktiviti apa pun, lesson plan wajib wujud.
Takde yang maya-maya.
So, jap lagi aku akan paksa diri aku tulis juga dan wat sikit ABM.
Jangan malas Mia. Jangan culas Mia.
...
Nak citer sikit pengalaman aku balik Penang pagi tadi.
Aku bertolak dalam kul 9.20 pagi, terus naik bas pergi shahab dan dalam kul 11.30 sampai la Shabab Perdana.
Jumpa je si tukang penjual tiket Konsortium dan terus beli tiket dan naik bas.
Mujur ada single sit, tak payah aku nak risau-risau tershare kerusi dengan orang yang berlainan jantina.
Yesh!
Dalam sedap-sedap nak tido, ada sepasang couple baru naik bas.
Yang si perempuan ini nak duduk double sit sebelah aku,
tetapi yang si lelakinya tak mau.
Tak private kot!
Diorang pun bergerak ke belakang.
So, aku bersyukur jugak sebab diorang cari sit kat tempat lain.
Semacam je aku tengok!
Tak lama kemudian, si couple tadi datang balik kat sit double sebelah aku dan duduk di situ.
Si perempuan berbaju kurung hitam tu duduk sebelah tingkap.
Si lelaki duduk di sebelah dalam jarak setengah meter daripada aku.
Walaupun aku tak selesa si lelaki duduk di situ,
aku wat bodoh je.
Ambil sweater dan balut tubuh aku.
Air-cone aku tutup dan tirai bas aku buka luas-luas.
Tunggu masa nak tidur je.
Dalam bas berjalan, aku terperasan ada juga tangan yang berjalan.
Si lelaki tadi bukan main lagi genggam erat si tangan perempuan.
Yang si perempuan siap pegang-pegang muka si lelaki tadi.
Hati aku mula tak sedap.
Mata aku terjeling-jeling juga tengok si couple tangan merayap nie.
Si lelaki tadi nak bermanja-manja pula dengan si perempuan tadi.
Siap peluk lengan si perempuan dan lentukkan kepala si bahu perempuan bertudung bawal tu.
Berbulu mataku tengok.
Dalam hati memang panas. Hati aku mengutuk tak terkata.
Aku bukan jeles okay!
Nie masalah orang wat maksiat depan aku.
Lebih memalukan lagi si gadis tu berpakaian sopan tetapi membuka peluang
kepada si lelaki untuk mengambil kesempatan!
Patut ke?
Aku sedih sangat tengok sikap perempuan tu.
'Tolong jangan murahkan diri kau, perempuan!'
Aku beristigfar dalam hati.
'Are you a married couple or just girlfriend-boyfriend?'
Ayat nie nak terkeluar daripada mulut aku, tapi tak terkeluar.
Klo aku biar je, nampak macam aku suka tengok perbuatan maksiat diorang.
Allah..tolong aku!
Aku tak tahu apa yang aku patut buat.
Tiba-tiba terlintas dalam hati aku nak berdoa buat si couple ini insaf dan jangan melakukan maksiat lagi.
Saat itu, aku sedar aku sangat lemah.
'Kenapa aku tak seberani 'mereka-mereka' yang sangat berani menegakkan kebenaran?'
Aku orang Islam tetapi tak dapat nak tegur orang Islam yang wat maksiat di sebelah aku.
"Ya Tuhan-ku..beri aku sedikit kekuatan supaya aku dapat mencegah perkara-perkara mungkar.
"Ya Tuhan-ku, jangan jadikan aku jahil sehingga membenarkan 'mereka-mereka' membuat maksiat di depan mataku..amin."
No comments:
Post a Comment