Korean lover?
Yes, i am.
...
Flashback.
Teringat masa zaman sekolah menengah dulu, aku pun tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan drama korea
lakonan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo dalam Winter Sonata.
Mungkin first time kot tengok citer Korea, tambahan pula citer nie best sangat,
jadi itulah titik permulaan aku kenal dan aku mula jatuh minat dengan citer korea.
Lepas tu, TV3 tayang pula citer Autumn In My Heart dan aku tertarik dengan citer tu sebab ada
Song Hye Kyo yang cantik tu. Aku takde la fully ikut citer tu, tapi disebabkan ada Cik Song Hye Kyo kat bawah nie dengan pelakon Won Bin yang kacak tu, jadi aku pun layan juga walaupun aku rasa ending citer nie tak best langsung.
Seterusnya, station TV lain pun berlumba-lumba juga tayang citer Korea seperti
Hotelier, Sad Sonata, Stairway To Heaven, Over the Sun, Fullhouse, The Successful Story of Bridge Girl, Jewel Into Place, My Girl dan blablabla..bla..!
Rasanya bersepah-sepah kot drama Korea masa tu kat TV sampailah sekarang nie,
drama Korea masih lagi meriah bertapak kat bumi Malaysia nie.
Tapi sekarang rasanya, takdelah semeriah dulu lagikan.
Betul ke? Entahla. Tak sure sangat sebab aku pun semakin jarang tengok citer korea kat TV.
Kalau aku tak tengok citer Korea kat TV, aku ada hard disk berkapasiti 465GB di mana
aku boleh pergi sedut mana-mana citer korea yang best dan tonton je dalam laptop aku.
Start dengan citer,
Shinning Inheritance, Personal Taste, Boys Over Flower, Oh! My Lady, Playful Kiss,
My Girlfriend is Gumiho, You're Beautiful, SungKyunKwan Scandal, My Princess, Dream High...blablabla..bla..
Jadi, aku tak perlukan TV untuk layan citer-citer korea
sebab sudah pasti ada yang akan mendownload citer-citer baru dan aku pulak tukang sedut-menyedutnya.
Mudahkan?
Almost 192GB dah penuh dengan citer korea campur dengan koleksi lagu-lagu korea berkapasiti
1.40GB dan koleksi pic korean berkapasiti 137MB.
me:
"Terukkan aku nie? Mengumpul koleksi hiburan dunia."
Aku tak ingat tahun tu tahun berapa.
Tahun yang buat aku jatuh minat dan giler la kot dengan K-Pop sampai sekarang aku pun masih minat dan tak tahulah bila nak stop minat terhadap Korean nie sepenuhnya.
(Actually, aku sedar pun bukannya elok pun mengagung-agungkan hiburan dunia nie!)
Berbalik kepada tahun tu.
New Year 2000 something.
8TV tayang tentang Korean Award tahpape, tapi yang tu jugak yang aku tengok
sebab takde dah citer lain yang best kat TV time tu.
Kumpulan nie wat persembahan.
Pastu,terus aku sibuk search kat goggle/yahoo tuk dapatkan maklumat pasal group nie dan akhirnya aku terjatuh juga dalam lubang K-POP nie.
Me:"Asalnya just for fun, last sekali jadi hobi pulak."
Dari situ, mulalah pengexporasianku tentang K-POP.
Jumpa pula dengan kawan-kawan yang lagi giler K-POP daripada aku.
Aku pun terus jadi minat dan mula mengenali kumpulan penyanyi korea
macam:
'SNSD, F(X), Super Junior, DBSK, Wonder Girls, T-ara, Kara, 2am, Big Bang, ShiNee'
dan blablabla..bla..
Daripada mendownload menyedut lagu-lagu diorang, video-video diorang, aku kumpul pics diorang
especially pics SNSD@Girls' Generation@So Nyeo Shi Dae.
Meh sini aku kenalkan kat korang siapa SNSD.
+Tiffany.Hyo Yeon.Soo Young.Yoona.Tae Yeon.Yuri.Seo Hyun.Sunny.Jessica+ |
Banyak juga kot gambar dan lagu diorang yang aku dah kumpul dan aku sayang nak buang.
Sebabnya aku tahu, kalau aku dah buang semua benda berkaitan korea dalam hard disk or lappyaku,
sure pasni aku dah takde nafsu dan frust nak melayan korean dah.
(me: 'Tertanya pada diri, bila nak buang habit buruk nie..!')
Yang pasti, suatu hari nanti aku pasti akan buang dan removekan diorang dan yang lain daripada hidup aku.
Aku tunggu masa tu.
Maybe sekarang, siapa tahu?
Aku suka explore info tentang korea.
Apa perkembangan terbaru, apa cerita yang terbaru,
lagu apa yang dah keluar dan aku juga tak lari daripada menyibukkan diri dengan gosip tentang korean.
Anything pasal plastic surgery diorang especially..hahahaa aku memang suka pasal topik nie.
Yes..ternyata majoriti selebriti korea memang kaya dengan bedah plastik.
Sama juga dengan group SNSD nie.
Kembali kepada motif utama post ini,
aku sesaja nak berkongsi macam mana aku boleh jatuh hati dengan dunia Korea nie.
Aku juga nak kongsi rasa menyesal aku sebab dah terjatuh ke lubang K-POP nie dan nak
cuba kurangkan atau hapuskannya dalam diri aku.
Ternyata pengaruh media memang besar pada diriku. Aku percaya orang lain pun macam tu juga.
Kalau ko tak minat korea, mesti ko minat omputih ke, Japan ke, even Malay pun.
Satu precaution aku mula buat bila download lagu korea ialah,
aku pasti akan check dulu liriknya sebab aku takut liriknya itu buat aku lalai dan
mungkin boleh pesongkan akidah aku.
Aku pun memang dalam proses nak kurangkan minat korean@K-POP dalam hidup aku.
Lagipun aku sedar (tapi tak insaf-insaf lagi!) hiburan dunia nie tak ke mana-mana.
Minat sikit-sikit dah la. Jangan addict sangat.
Itu pesanan aku khusus buat diri ini.
Dan korean lover sekalian juga
Pss:
Aku manusia lemah.
Tiap kali aku insaf, aku cuba kembali kepada yang Esa.
Namun, imanku senipis kulit bawang.
Aku selalu kalah dengan hiburan dunia.
Ternyata, aku memang lemah.
Kuatkan aku ya Allah.
Suatu masa yang pasti aku wajib kembali pada-Mu.
"Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up.''
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up.''
(SNSD - Into The New World)
No more korean pictures in my lappy or hard disk.
Thank You Allah for giving me this strength.
...
137MB of my korean pictures already deleted.No more korean pictures in my lappy or hard disk.
Thank You Allah for giving me this strength.
No comments:
Post a Comment