May 19, 2011

Layan Nur Kasih The Movie

Janjiku berjaya ditunaikan.
Titik.
...
Tadi baru habis paper EDU3107.
Mujur aku nie spesis yang dah terkena spot tak betul sem lepas.
So, sem nie aku dengan romate aku memang dah tak percaya spot langsung.
Baca spot tu sebagai ulangkaji saja dan tekaan aku dengan Cik Bee betul.
Spot adalah spot. Don't trust it!
Tamat citer exam.
...
Tadi sesaja menyeronokkan diri pergi tengok movie baru kat panggung wayang QBay.
Citer apa lagi klo tak tengok citer Nur Kasih The Movie.


Berlambak giler budak semaktab aku keluar hari nie.
Pergi sini jumpa engkau, pergi sana jumpa dia.
Hmm..mujur aku and da geng datang awal, 
so takyah menyemak beratur amek tiket dan dapat masuk panggung dengan senang hati.
Betul la cakap orang, klo tengok citer ni nangis.
Aku tak sangka Cik Bee yang duduk di sebelah aku dengan dahsyatnya mengalirkan air mata.
Bila aku sakat dia,
boleh lak dia cakap:
"Mana menangis pun. Air mata asyik nak keluar je. 2 jam tengok movie, 2 jam air mata keluar.."
Amboi. Sakannya penangan movie nie pada Cik Bee ya.
"Awal-awal tengok citer dah sedih dah!" Seorang teman berkata.
"Kita sedih juga tapi control-control la!" Sorang lagi teman menambah.




Jadi, aku sendiri pun nak bagitau yang cerita nie memang boleh wat orang menangis.
Sound effect movie nie memang meruntun jiwa.
Nur Amina dengan Adam memang loving couple. Kalah kisah si Laila dengan Majnun.


Aidil memang seorang yang tabah, namun dia tetap juga lemah.
Ilyas memahami walaupun usianya masih kecil.


Mariam sentiasa cute.
Jehan Miskin?..jangan tak tahu dia ada juga.
Dialog Jehan yang aku tak dapat nak lupa:
"Macam mana peniaga Melayu nak maju kalau semuanya berfikiran sempit seperti Puan Amina?"
(hmm..lebih kurang macam tu la bunyi dialognya.)


Lepas tu Nur Amina pun balas:
"...rezeki saya bukan tuan yang tentukan.."
(hmm..lebih kurang macam tu la bunyinya.)
Scene nie, aku suka dan memang menginsafkan aku juga.
Pengajaran pertama aku dapat:
'Kaya dengan cara yang haram takkan ke mana-mana.'
'Rezeki bukan manusia yang tentukan, tetapi Allah yang tentukan.'

Pastu, scene masa si Mamat nak selamatkan Aidil daripada si budak gila samseng tak sedar diri tu.
'Kurang ajar betul si samseng and the geng tu..buat aku geram je!'
Mamat nie klo kita tengok macam budak-budak 'buas' juga,tapi di akhir nafasnya, 
dia sempat ucap kalimah syahadah. Jantungnya juga didermakan kepada Adam. 
'How wonderful he is, right?'

Jadi pengajaran ke-2 aku dapat:
'Buruk atau baik seseorang tu, kita bukan sapa-sapa nak judge orang tu. Mana tahu orang yang kita nampak buruk tu berpuluh-puluh kali ganda lagi baik daripada kita pada pandangan Allah.'

Aku juga kagum dengan watak Aidil walaupun itu sekadar lakonan sahaja.


Ustaz Aidil si duda beranak dua.
Aidil seorang abang yang amanah.
Dia tunaikan janjinya pada Adam untuk jaga Nur Amina sampaila diorang tua, 
tetapi dia masih ambil kisah tentang diri Nur Amina.
Aku boleh rasa betapa bertanggungjawab dan amanahnya Aidil pada Adam dan Nur Amina.
Peweetttt..!
Pengajaran seterusnya adalah:
'Amanah'.
'Bertanggungjawab.'

Pic aku and da geng..bukan senang aku nak pakai baju kurung nak pergi tengok wayang.
First time nie pakai baju kurung tengok wayang!



Thank u to Fariezza for the picture taken.

Cukup saja ulasan aku tentang filem Nur Kasih The Movie.
Kalau nak rasa sendiri pengalaman mengalirkan air mata, nak kutip banyak pengajaran,
pakat-pakatla pi tengok filem nie.
Lagipun, bukan senang nak tengok filem yang ada scene cantik-cantik klo bukan dalam filem Khabir Bhatiakan?



No comments: