Bermula minggu ini dan 2 minggu seterusnya,
Sudah sampai masanya aku stop sekejap aktiviti blogging aku.
Minggu nie rajin sangat aku menghupdatekan blog aku yang tak seberapa famous nie.
Tak famous? Hmm..ada aku kisah?
Famous ke tak famous ke, aku tak kisah pun.
Janji aku senang hati tengok blog aku hari-hari.
Klo ada yang baca tu, terima kasih.
Klo ada yang like tu, arigato.
Klo ada yang komen tu, thank you banyak-banyak.
Tak lupa juga klo yang terblogwalking pun, syabas kay sebab terjumpa juga blog aku nie.
By da way,
Ini cerita exam.
Exam pun just around the corner. Sangat tak lama dah.
Minggu depan je.
So, kat sini aku kena buat promise pada diri aku supaya tak postkan apa-apa lagi entry dalam masa terdekat nie.
Maksudnya, nie post terlast dan klo ada peminat setia aku yang tak sabar nak tunggu post aku,
sila engko tunggu lepas aku habis exam kay!
(Ceh..perasan tul aku. Ada ke secret admire blog aku yang tak seberapa nih?)
Bila buat promise dalam blog nie, maksudnya aku kena la pegang janji akukan.
Karang susah jadi orang munafik sebab buat janji tak tunaikan.
Ish..minta simpang kay!
Untuk preparation exam kali ini amatlah singkat.
Almost one week to study..(hmm seminggu dah nak habis dah!).
Ni sebab praktikum r nie.
Sekarang aku kena adapt balik jadi student IPG yang nak ambil periksa.
Wooo..tak tahu nak cakap apa.
Otak berserabut nak ingat balik apa yang dah belajar 3 bulan lalu.
Besok sume pakat-pakat nak balik kampung pula.
Aku takkan nak tunggu sorang-sorang dalam bilik.
Sumpah aku malas.
So, aku pun nak balik kampung juga dan cuba dapatkan semangat ma kat rumah tu.
(Ma..Mia balik besok tau!)
Nak tahu tabiat buruk aku time exam nie?
Satu, aku pasti akan sepahkan meja aku bila study.
Aku pun pelik juga bila meja aku bersepah-sepah dengan stationary dan papers yang bukan nak guna pon, tapi sengaja dipenuhkan atas meja.
Nak tunjuk rajin kot?..hahaaa!
Dua, aku jadi pengemar kafein.
Normal la.
Kononnya nak stay up dan taknak tidur. Padahal, tertidur juga klo semangat nak study tu hilang.
Tapi best bila dapat stay up dengan roomate aku sebab kitaorang boleh psiko orang yang lalu lalang depan bilik kitaorang. HaHaa..jahat gila kan!
Tiga. Bazirkan kertas.
Klo aku buat nota kecil, aku akan pastikan nota aku tu sedap mata memandang. So, dengan jahatnya aku akan bazirkan kertas untuk dapatkan nota yang cantik dan berkualiti.
Bila baca baru bersemangat sikit. Pastu, nanti bila dah habis exam, boleh aku simpan nota-nota aku buat kenangan terindah ambil exam.
Empat. Mood jadi tak tentu hala bila exam.
Aku cukup tak suka bila aku asyik kusyuk maksyuk wat study,
ada yang sibuk-sibuk datang bilik tanya:
"Engko mesti dah study banyak kan?"
Well, aku benci tul dengar soalan tu. Boleh wat mood study aku hilang.
Tak suka...
Untuk last exam nie sebab semester depan aku dah takde exam,
aku memang nak cuba buat yang terbaik walaupun masih tak cuba-cuba lagi nie.
(Sempatkah aku?)
Anyway,
aku nak wish selamat menjawab exam degan jayanya
buat diri aku - Cik Mia Olive Nur Atiqah Mohd Mansor,
teman-teman sepejuangan aku - 6 wonderful girls!,
bebudak kelas aku -7SNED2,
rakan-rakan sebatch aku - 7SNED1,MTED1,MTED2,PCED
serta warga IPG sekalian.
Selamat Menempuh Peperiksaan yang akan datang!
Adios!
No comments:
Post a Comment