May 4, 2011

Layakkah?

"Layakkah diri ini menjadi permaisurinya?"
Insan ini tertanya-tanya.
'Aku wanita biasa. Wanita yang tersangat biasa dan masih banyak 
kekhilafan diri ini yang mesti dibetulkan.
Imanku juga lemah. Bila-bila masa saja aku mudah kecundang andai badai yang kuat melanda diri ini.'
Hati insan ini berkata lagi
Lantas,
dia hanya mampu berdoa.


Dia bertanya kepada Tuhan-nya:
"Wahai Tuhan-ku, layakkah aku menjadi pendamping dirinya sedangkan aku merasakan diriku
 langsung tidak layak buat dirinya?"
Dia berdoa lagi:
"Wahai Tuhan-ku, andainya diri ini masih belum cukup sempurna untuk menjadi pendampingnya,
kau jauhkanlah aku daripadanya. Aku ingin hanya insan yang layak sahaja menjadi penemannya."
Saat doa itu dilafazkan, air matanya gugur satu-persatu.
Hatinya tertanya-tanya lagi:
'Layakkah aku untuknya? Sedangkan dia adalah insan yang kau pilih untuk membetulkan kekhilafan insan lain. Ya Allah, berilah petunjuk-Mu pada insan lemah ini.'
Dia berdoa lagi.


2 comments:

kak cik natrah said...

insyaallah...layak :-)

mia Olive said...

hahaa..thank u kak cik sebab support adik engko nie..hehe!