Dec 24, 2011

Hey! Ko Nak Jak Jadi Ibu Bapa Macam Mana Bila Ada Anak?



Petikan kata-kata Mia Olive:

“Tak guna kumpul kekayaan bila hati tak pernah senang.”



Ibu bapa sekarang suka kumpul duit. Suka kumpul harta. Katanya untuk kesenangan anak-anak.


“Ada duit, hidup anak-anak senanglah!”
Itu kata mereka.


Ada yang bekerja sampai tak ingat dunia. Tak ingat anak-anak di rumah. Pergi kerja pagi dan balik lewat malam. Dengan anak-anak tak sempat nak bersua muka. Bila anak-anak sakit di sekolah, cikgu telefon rumah. Tapi, tak ada sesiapa nak jawab telefon. Bila telefon hp pula, ibu bapa cakap sedang bekerja. Lambat sikit nak ambil anak. Cikgu pula yang ganti ibu bapa. Hantar pergi klinik, pergi hospital. Bersihkan muntah murid yang deman. Itu realiti zaman sekarang.


Tidak nafikan duit penting.  Duit dapat memberi kemewahan dan kesenangan. Namun, adakah duit yang dicari dapat menjamin kebahagian anak-anak? Adakah kemewahan yang dikejar-kejar oleh ibu bapa dapat menggantikan peranan ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak?


Jawapan aku TIDAK.
“Tak guna kumpul kekayaan bila hati tak pernah senang.”


Hati siapa tak senang? Mudahnya, hati anak-anak. Jangan marahkan anak kalau 24 jam mereka main game, layari internet, berkurung dalam bilik, melepak dengan kawan-kawan, keluar tak balik rumah, merempit, buat kerja gila….dan..bla..bla…bla!


Bila anak dah jadi macam tu, baru sibuk nak ambil tahu kenapa anak jadi jahat (kalau ibu bapa ada kesedaran la…), walhal ibu bapa tak sedar semua itu berlaku disebabkan keghairahan mereka mengumpul harta sampai lalai untuk memahami anak-anak. Anak-anak pula bukannya seorang. Ada tiga, ada lima, ada lapan, ada sepuluh. Kalau semua anak-anak tak cukup kasih sayang, tak cukup perhatian ibu bapa, maka ramailah yang jadi anak jahat. Cuba bayangkan kalau semua ibu bapa di Malaysia buat perangai macam tu, natijahnya semua anak-anak di Malaysia bermasalah!


Itu baru bercerita pasal ibu bapa yang kejar kemewahan. Kat dunia ini, ada macam-macam ibu bapa. Ada ibu bapa yang terlalu baik sampailah terlalu buruk. Kalau yang baik tu mesti adakan, tapi ibu bapa yang terlalu buruk ada ke?


Jawapan aku…


”Ada!”
Itu ibu bapa yang jenis (spesis) buang anak sendiri, dera anak sendiri, bunuh anak sendiri!” 
Buruk sangat la tu!


Menjadi ibu bapa bukan perkara mudah. Sebab itu, kalau kawin tolong jangan fikir untuk hidup berdua saja tau! Fikir sekali untuk hidup bertiga, berempat, berlima dan seterusnya…! Jadi ibu bapa bukan mudah. Pendek kata kena belajar. Sebab itu orang suruh belajar ilmu keibubapaan. Lagi elok ada ilmu sebelum berkahwin, sebelum menjadi ibu bapa.


Jadi ibu bapa kena tahu adil. Sila adil kepada semua anak-anak anda. Kalau ada 10 orang anak, sila bedak (bahagi) kasih sayang anda sama rata kepada semua anak-anak anda.




“Kalau anak ini anda bertanya sudah makan ke belum, maka anda sepatutnya bertanya kepada semua anak anda.”


“Kalau dengan anak ini anda boleh ajar ilmu masak-memasak,ilmu jahit-menjahit, maka dengan anak-anak lain pun anda boleh ajar.”


“Kalau dengan anak ini anda boleh bergurau, bercakap mesra, maka dengan anak-anak lain anda juga harus tahu bergurau mesra.”


“Kalau dengan anak ini anda sering bertanya khabar, maka dengan anak-anak lain juga anda harus bertanya khabar.”


“Kalau dengan anak ini, anda ‘wish birthday’, maka dengan anak lain pun anda tidak boleh lupa untuk mengucapkannya.”


“Kalau dengan anak ini anda sering ambil kisah apa yang dia belajar di sekolah, maka anda perlu ambil kisah anak-anak anda yang lain juga.”


“Kalau dengan anak ini anda bertanya apa kegemarannya, maka dengan anak-anak lain anda harus bertanya apa kegemaran mereka juga.”


Nampak perkara berikut mudahkan,
namun berapa ramai ibu bapa yang dapat melakukannya?





Aku tertarik dengan satu post yang ditulis oleh seseorang ini. Tentang perangai anak sulung, anak tengah dan anak bongsu. Apa yang ditulisnya memang bagus dan elok dibaca oleh ibu bapa untuk memahami karekter anak-anak. Ni aku letak link untuk dikongsikan.


Sila KLIK sini.


Bukan apa, ibu bapa kadang-kala (atau mungkin selalu) terlepas pandang beberapa perkara tentang anak mereka. Kesannya mereka tidak dapat memahami anak-anak dengan baik, tidak dapat berkomunikasi dengan anak secara berkesan, malah lebih buruk bila anak-anak mula mempersoalkan tentang peranan ibu bapa mereka.


‘Papa dan mama tak sayang aku ke?’


‘Kenapa dengan aku sorang je papa tak banyak cakap? Dengan kakak dan adik, boleh bergurau sakan!’


‘Kenapa mama tak wish birthday pun, dengan adik tak lupa pun?’


‘Kenapa aku je yang call rumah, mama tak pernah call aku pun? Dengan abang, mama telefon pula!’


‘Daddy nie macam tak percaya je aku boleh masak? Tanya macam eril-perli aku. Dengan adik tak ada pun!’


Mungkin apa yang aku tulis ini boleh jadi sebahagian daripada pemikiran anak-anak bila mereka merasakan atau membandingkan kasih sayang ibu bapa terhadap diri mereka dan dengan adik-beradik yang lain.


“Wahai ibu bapa sekalian, susah ke menjadi ibu bapa yang adil kepada anak-anak?”


Jawapan aku susah. Memang susah manusia mahu jadi adil. Cuba ingat balik cerita Nabi Yusof. Bapanya sangat sayangkan Nabi Yusof sampaikan anak-anak lain berasa iri hati dan meninggalkan Nabi Yusof di dalam perigi buta. Itu satu kisah yang harus dijadikan teladan kepada ibu bapa sekalian mengenai impak yang berlaku apabila ibu bapa bersikap pilih kasih atau terlalu sayang terhadap seorang anak, sampaikan anak-anak lain terasa hati.


Memandangkan untuk menjadi ibu bapa yang adil bukannya mudah, maka ibu bapa perlu menyimpan anak kesayangan mereka di dalam hati. Jangan bagi anak lain tahu. Jangan membanding-bandingkan anak-anak. Tips penting ni. Fahamilah, anak-anak mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing.  Cuba ambil tahu apa yang anak anda suka dan tidak suka kerana dengan cara itu baru anda sebagai ibu bapa dapat memahami anak-anak.


Lagi satu, untuk pengetahuan ibu bapa (kalau tak tahu la..), walaupun anak anda sudah dewasa, nampak berdikari, berkelakuan baik, itu tidak bermaksud anda tak perlu risau atau ambil berat tentang dirinya. Anak-anak ini masih ada perangai kanak-kanak. Masih mahu diambil kisah oleh ibu bapa walaupun sudah dewasa.


Selain itu, apabila menjadi ibu bapa, tolong jangan kedekut untuk memberi pujian, galakan, kata-kata motivasi atau hadiah apabila anak-anak melakukan sesuatu, walaupun kejayaan yang dikecapinya itu kecil sahaja. Tak faham?? Misalnya, pointer anak-anak meningkat daripada 3.63 kepada 3.66, tak susahkan untuk mengucapkan ‘tahniah’ atas usaha anak anda itukan?


“Hati anak-anak pasti berbunga riang bila usaha keras mereka
dipandang oleh tinggi ibu bapa tercinta.”




Satu lagi, ibu bapa harus tahu memujuk emosi anak-anak tidak stabil. Jangan jadi ibu bapa yang ego, bersikap tidak kisah terhadap masalah emosi anak-anak atau kalau ambil kisah pun, sekadar bertanya khabar anak yang bermasalah daripada anak-anak lain dan tidak cuba berhadapan dengan anaknya itu.  Kalau ada ibu bapa bersikap sedemikian, tidak hairanlah anak-anak juga boleh bersikap sedemikian terhadap ibu bapa.


“Ibu bapa sebagai role model terhadap anak-anakkan?”


Tip terakhir. Tolong jangan kedekut untuk guna masa bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Tak payah pergi jauh-jauh pun tak apa. Pergi tengok air terjun belakang rumah pun cukup. Berkelah kat situ. Ini tahun berganti tahun hingga berbelas-belas tahun, tapi nak bawa anak-anak berjalan-jalan pun tak sempat. Esok-esok dah buka sekolah. Esok-esok dah buka kolej. Esok-esok dah nak bekerja. Dah tak sempat nak pergi mana-mana.

Akhir sekali kepada ibu bapa sekalian:




“Anak-anak tak minta kemewahan bila kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa cukup.”
“Anak-anak tidak akan mempersoalkan keadilan ibu bapa bila kasih sayang
yang diterima mencukupi.”
“Anak-anak pasti menyayangi ibu bapa apabila mereka dapat melihat
kasih sayang ibu bapa.”


Jadi, tunggu apa lagi.
Tunjuk kasih sayang ada kepada anak anda.
Jadi ibu bapa yang hebat tau!

 Pss:

Terima kasih sebab baca sampai bawah.
Saya tahu anda juga bakal/memang ibu bapa yang hebat!
Tahniah.


Dec 23, 2011

Klo korang nak cakap cantik...ooo...terima kasih.

Salam sume!


Hai..hai..hai!


Sekarang menunggu masa untuk posting.
Takpe...lama ke cepat ke..aku cuba sabar menunggu.
Malas aku nak ambil kisah rumor sana sini.
Macam-macam.


Serius seminggu ini banyak benda serba tak kena.
Mood lari tak menentu.
Fikir banyak benda.
Sebab itu mulut lebih banyak terkunci.


Mujur tangan masih kuat.
Mahu menulis saat ini.


"By da way, nak bagitau aku boikot tak makan satu hari. Tak mati pun."


Aku tak suruh korang ikut pun.
Aku cuba aje.
Mujur masih hidup.
Tapi tak payah tiru kay.
Rugi tak dapat makan sedap-sedap.
Mood insaf kembali ke pangkal jalan dah mai dah.
Jangan buat perangai buruk.
Titik.


So, aktiviti minggu ini...sebenarnya hari ini,
aku teruskan semangat aku menyulam reben jadi bunga ros.
Klo korang nak cakap cantik...ooo...terima kasih.
(Haha...tak malu!)


Sebab aku rasa usaha aku beli buku sulaman berhasil,
maka aku sangat berbangga dengan hasil kerja aku.
Takdelah aku kebosanan fikir nak wat benda apalah cecuti nie.
=)
So layan la gambar sulaman nie YA!










Pss:

Layan buku Chicken Soup for The Soul.
1001 stories of inspiration.
Aku perlu bangun memotivasi diri.

Dec 21, 2011

Antara saya dan dia...



"Tak reti wat keje ke?"




Marah macam saya budak-budak.
Cukup buat air mata saja jatuh tak berhenti.
Kalau saya salah, ajar saya yang betul.

"It's what you should do, rite!"


Pss:

'Maaf. Saya bukan yang terbaik.
Namun, persoalan ini cukup buat saya fikir siapa saya dihatinya.'





Dec 18, 2011

Maaf...hati tak tersentuh air mata gagal mengalir!

Salam sume. Hye..hye..hye!

Lepas temuduga spp Jumaat lalu,
malamnya aku keluar dengan geng-geng perempuan ke Qbay.
Nak tengok filem Ombak Kasih yang orang tengah gila-gilakan sekarang.
Memandangkan aku juga pernah baca novel tulisan Fauziah Ashari yang satu ini,
maka aku pun nak tahu juga sama tak jalan ceritanya sama seperti dalam novel,
sesuaikah pelakon yang melakonkan watak-watak dalam filem ini
seperti mana bayangan aku semasa membaca novel itu
dan paling penting,
 adakah filem ini mampu menggugat hati aku
sehingga boleh mengalirkan air mata sampai tak hinggat dunia
seperti kebanyakan respon yang aku baca dalam blog, fb dan lain-lain.




Maaf la peminat-peminat filem Ombak Rindu.
Aku lagi suka baca novel Ombak Rindu.
Maaf juga peminat filem Ombak Rindu.
Hati aku tak tersentuh dan air mata aku gagal mengalir 
seperti mana aku tonton cerita Nur Kasih.
Maaf peminat filem ini.
Aku lenguh 2 jam lebih tengok filem Ombak Rindu.


Tapi aku tak nafikan pemilihan Aaron Aziz sebagai Hariz sesuai.
Maya Karin pun okay juga.
Cuma Lisa (maaf !) macam tak berapa nak sesuai untuk watak Mila.
Terkebil mata tergelak aku tengok dia marah-marah jerit-jerit dalam filem tu.
Lagi satu aku cukup serabut tengok si Izzah dalam filem nie pakai tudung.
Cuba pakai kemas-kemas jangan sampai nampak anakkkk tudungggggggggggg.
Sebab anak tudung kat dalam tudung ya!
Rasanya lagi elok kalau dia pakai tudung bawal. 
Lagi nampak manis kot.


Lagi satu aku rasa bukan semua golongan sesuai tonton filem ini.
Tolong jangan bawa kanak-kanak atau budak-budak sekolah rendah atau menengah tengok
sebab pada pendapat aku beberapa adegan dalam cerita ini tidak sesuai
untuk umur macam diorang.
Aku cakap sebab masa aku tengok cerita nie,
seat depan wayang  penuh dengan budak-budak sekolah.
Tengok pulak depan-depan adengan atas katil si hero dengan heroin.
Memang amat tak sesuai budak-budak tengok.
Titik!


Kalau aku ada anak,
antara cerita kartun dengan Ombak Rindu,
aku bawa anak aku tengok cerita kartun.
Sebab kartun selalunya lagi banyak nilai-nilai moral.


Tak percaya...jom tengok Upin Ipin..
Jom ulang tayang kungfu panda...









Dec 17, 2011

Interview SPP

Salam sume. Hye..hye..hye!


Alhamdulillah.
Semalam selesai sudah temu duga spp.
Seperti yang diduga,
semua yang dibaca dalam nota hanyalah pengetahuan semata-mata.
Aplikasi lagi penting.
Sebagai bakal warga pendidik.
ambil tahu hal-hal pendidikan itu penting.
Tapi juga penting untuk ambil tahu hal-hal di luar bidang pendidikan juga.
Haha..nampaknya temu duga bilik 3 agak mencabar.

‎"pehhhhhhhh..hebat!..
Masa temu duga spp semalam diminta jadi 
menteri pembangunan wanita dan perlu membentangkan agenda, cadangan..dan bla2 selama 5 minit
 dan perlu berikan nama menteri pembangunan wanita yang terdahulu...
lepas nie jangan amek tahu pasal pendidikan saja. 
Semua perkara kena ambil tahu"

Status fb cukup menceritakan semuanya.
Mujur mulut tak terkunci.
Malah tak berhenti bercakap.
Doa yang terbaik buat aku ya!
Sebab aku nak jadi cikgu!

Dec 9, 2011

Aku tau suara dia sedap giler

Salam sume. Hye..hye..hye!


Aku memang suka online pepagi.
Takde sape nak ganggu.
Sebab yang lain masih di alam mimpi.
Hahaha.


Sejak bercuti tanpa gaji sebab kerja pun belum,
banyak kali jugak aku dengar lagu nie.
Asal bukak radio pepagi asyik dengar aje lagunya ini.
Sampai dah familiar dengan liriknya.


Mula-mula dengar lagu nie kat asrama. Kat Pala.
Masa tu hari terbuka kolej kediaman.
Aku pergi cari kawan seasrama sebatch aku si Yana,
mintak ajar anyam ketupat nasi.
Aku dulu belajar dengan si Yana nie masa perkhemahan Puteri Islam,
tapi sebab dah tak pernah anyam ketupat nasi bila tiba hari raya,
so aku dah lupa step-step nak anyam ketupat tu.
On the way nak pergi ke biliknya,
aku dengar dia pasang lagu nie.


'Eheh..sedap jugak lagu nie!'


Mulanya aku ingat si Yana nie yang nyanyi sebab aku rasa macam dengar dia menyanyi.
Lagipun aku tau suara dia sedap giler.
Sambil tunggu dia anyam ketupat, aku layan jap lagu nie.
Hah..nampaknya lagu nie kena pulak dengan hati aku.
Sedap.
Tapi tak pula aku tanya si Yana nie tentang tajuk lagu nie dan siapa penyanyinya.
Lama-lama aku tak ingat pun lagu nie,
sampailah aku bercuti beberapa minggu lepas.
Hari-hati dengar kat radio.


Lagu 'Patah Seribu'..haa..tahu?


Rasanya aku kot baru tahu lagu nie.
Sampai jatuh hati nak wat lagu blog. 
Hahaa..kita tengok bertahan lama mana dalam carta blog aku nie!



Lirik Lagu Patah Seribu – Shila Amzah
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Dec 4, 2011

Terima je dengan redha walaupun air mata mungkin tumpah semangkuk kan..kan..kan!

Salam sume. Hye..hye..hye!

Quick up date.
Baru balik dari berdating dengan babah kita.
Hah. Tipu.
Tapi betul.
Jalan-jalan di sekolah babah jap lepas mintak tandatangan GB.
Ini pasal pengesahan nak interview spp r.
Mujur GB okay. Okay sangat-sangat. 
Cuma jenis tak banyak cakap.
Jumpa kita yang mulut jenis tak banyak. Lagi cepat urusan selesai.
Kalau tak jumpa GB sekolah babah, kena pergi sendiri jumpa GB sekolah ma.
Taknak la. 
Ma pun tak nak tolong hantar dokumen kita wat pengesahan.
Bukan apa GB ma jenis special sket.
Jenis lembut, jenis tak banyak cakap tapi jenis strict.
Dengar mak citer pun nak seram nak pergi.
Patut la babah cakap nak jumpa CB ma kena bawak dokumen asal sekali.
Rupanya babah pernah satu sekolah dengan GB ma.
Patut babah tau GB ma orangnya macam mana.
Klo posting taknak la dapat sekolah ma.
Nak pergi sekolah babah.
Haha. 
Perasan.
Entah mana nak dipostingkan kita entah la.
Terima je dengan redha walaupun air mata mungkin tumpah semangkuk kan..kan..kan!
Pastu abah teman amek gambar pasport.
Tak lawa sangat gambar pasport kita sebab tak bape smooth,
 tapi suka sebab kita senyum dalam gambar.
Kita dah tunaikan hasrat kawan kita yang bagi surat masa hari terakhir KISSM aritu.
Dia pesan suruh kita senyum dan
akhirnya kita dah boleh senyum bila amek gambar pasport.
Kemudian,
babah drive pergi market beli ikan.
Cakap kat babah nak beli paper,
tapi abah cakap dah beli.
Tapi tak nampak pun dalam kereta. 
Babah letak dalam bonet kot.
Alih-alih sampai rumah, rupanya paper tertinggal kat sekolah plak.

"Lorh, yang babah bawak keluar pergi office wat pe? Kan dah tertinggal kat sana!"

Mulut dah bebel.
Tapi tak keluar pun.
Dalam hati aje.

Urusan hari ini sudah selesai.
Tunggu nak study untuk interview plak.

"Nak baca pun malas tau...malas..malas..malas...!!"

Tapi buat mendalah nie rajin..rajin..rajin plak!
Masalah tul!


Dec 2, 2011

Serious kalau tak betah duk rumah ko bakal gila.

Salam sume. Hye..hye..hye!


Hampir 2 minggu betapa di rumah.
Serious kalau tak betah duk rumah ko bakal gila.
Mujur aku dah biasa cuti-cuti duk rumah jangan keluar hampir saban tahun.
Boleh kira dua kali aje aku keluar rumah.
1 pergi kenduri.
1 pergi ronda Kuala Nerang.
Opss...nak bagitau Pekan Kuala Nerang dah ada KCF.
Patut aku terbau ayam masa ronda Kuala Nerang.
Rupanya ko baru bukak di sini.
Lucu nak gelak lawak pun hada bila nampak sign board KFC di pekan nie.
Satu perkembangan baru.
Lepas nie hapa pulak?


Berbalik cerita cuti-cuti di rumah.
Sumpah aku tau sampai habis cuti nie aku takkan berpeluang jalan mana-mana.
Nak join ex-roomate (hahhaa..!) di Langkawi...

"Arrrghhh..sorry sebab tak dapat tunai janji."


Asal bangun pagi,
aku naik atas bukak tingkap bagi angin masuk.
Atas rumah ada 3 bilik tapi satu aje abah selalu guna.
1 bilik penuh barang pengantin.
Satu bilik kosong tak berpenghuni.
Minggu pertama aku aim nak kemas 2 bilik tu.
Sehari kemas 1 bilik. Selesai.
Sume barang aku yang berkilo-kilo aku letak dalam tu.
Dah jadi dorm aku dah.
Selesa.
Satu bilik lagi aku kemas hari keempat minggu pertama cuti.
Selesai. 
Siap aku gantung bunga lagi dalam tu.
Ha..aku tau abah pun guna mula guna bilik tu sebab lagi kemas dari bilik abah.
Hahahaa...!


Minggu kedua nie,
aku aim nak sulam riben.
2-3-4 hari belajar, akhirnya siap jugak sulaman riben aku.
Tak bape kemas asal aku puas hati sebab nampak cantik juga.
Aisyehhhh...perasan sampai tulis ayat bertabur.
Maksud aku,

"Sulaman riben yang aku siapkan tak adalah kemas sangat, 
tetapi aku berasa puas hati sebab kakak aku cakap cantik jugak sulaman tu."


Nak tau baru-baru nie ada tok bomoh datang rumah aku.
Tapi bukan nak rawat aku la. 
Nak rawat tok yang tak bape nak sihat kat rumah.
Berbanding kesihatan tok, rasanya aku lagi risau kesihatan mak aku.
Tengok mak pun kadang-kadang dah macam tok dah.
So, satu nasihat aku kat korang,

" Hidup nie kena ceria walaupun masalah ada di sekeliling kita."


Wokey aku nak kena chowwww dulu sebab tak nak mak aku bebel.
Lagipun petang nanti orang nak datang baca yasin.
So, aku tak boleh sedap bergolek taip banyak-banyak kat sini selalu.
Banyak kerja nak kena settle.
Tataaaaaaaaaaa!