Dec 18, 2011

Maaf...hati tak tersentuh air mata gagal mengalir!

Salam sume. Hye..hye..hye!

Lepas temuduga spp Jumaat lalu,
malamnya aku keluar dengan geng-geng perempuan ke Qbay.
Nak tengok filem Ombak Kasih yang orang tengah gila-gilakan sekarang.
Memandangkan aku juga pernah baca novel tulisan Fauziah Ashari yang satu ini,
maka aku pun nak tahu juga sama tak jalan ceritanya sama seperti dalam novel,
sesuaikah pelakon yang melakonkan watak-watak dalam filem ini
seperti mana bayangan aku semasa membaca novel itu
dan paling penting,
 adakah filem ini mampu menggugat hati aku
sehingga boleh mengalirkan air mata sampai tak hinggat dunia
seperti kebanyakan respon yang aku baca dalam blog, fb dan lain-lain.




Maaf la peminat-peminat filem Ombak Rindu.
Aku lagi suka baca novel Ombak Rindu.
Maaf juga peminat filem Ombak Rindu.
Hati aku tak tersentuh dan air mata aku gagal mengalir 
seperti mana aku tonton cerita Nur Kasih.
Maaf peminat filem ini.
Aku lenguh 2 jam lebih tengok filem Ombak Rindu.


Tapi aku tak nafikan pemilihan Aaron Aziz sebagai Hariz sesuai.
Maya Karin pun okay juga.
Cuma Lisa (maaf !) macam tak berapa nak sesuai untuk watak Mila.
Terkebil mata tergelak aku tengok dia marah-marah jerit-jerit dalam filem tu.
Lagi satu aku cukup serabut tengok si Izzah dalam filem nie pakai tudung.
Cuba pakai kemas-kemas jangan sampai nampak anakkkk tudungggggggggggg.
Sebab anak tudung kat dalam tudung ya!
Rasanya lagi elok kalau dia pakai tudung bawal. 
Lagi nampak manis kot.


Lagi satu aku rasa bukan semua golongan sesuai tonton filem ini.
Tolong jangan bawa kanak-kanak atau budak-budak sekolah rendah atau menengah tengok
sebab pada pendapat aku beberapa adegan dalam cerita ini tidak sesuai
untuk umur macam diorang.
Aku cakap sebab masa aku tengok cerita nie,
seat depan wayang  penuh dengan budak-budak sekolah.
Tengok pulak depan-depan adengan atas katil si hero dengan heroin.
Memang amat tak sesuai budak-budak tengok.
Titik!


Kalau aku ada anak,
antara cerita kartun dengan Ombak Rindu,
aku bawa anak aku tengok cerita kartun.
Sebab kartun selalunya lagi banyak nilai-nilai moral.


Tak percaya...jom tengok Upin Ipin..
Jom ulang tayang kungfu panda...









1 comment:

iKhRam said...

tapi kan..?? maya karin cantik sgt.. sgt2..