Dec 24, 2011

Hey! Ko Nak Jak Jadi Ibu Bapa Macam Mana Bila Ada Anak?



Petikan kata-kata Mia Olive:

“Tak guna kumpul kekayaan bila hati tak pernah senang.”



Ibu bapa sekarang suka kumpul duit. Suka kumpul harta. Katanya untuk kesenangan anak-anak.


“Ada duit, hidup anak-anak senanglah!”
Itu kata mereka.


Ada yang bekerja sampai tak ingat dunia. Tak ingat anak-anak di rumah. Pergi kerja pagi dan balik lewat malam. Dengan anak-anak tak sempat nak bersua muka. Bila anak-anak sakit di sekolah, cikgu telefon rumah. Tapi, tak ada sesiapa nak jawab telefon. Bila telefon hp pula, ibu bapa cakap sedang bekerja. Lambat sikit nak ambil anak. Cikgu pula yang ganti ibu bapa. Hantar pergi klinik, pergi hospital. Bersihkan muntah murid yang deman. Itu realiti zaman sekarang.


Tidak nafikan duit penting.  Duit dapat memberi kemewahan dan kesenangan. Namun, adakah duit yang dicari dapat menjamin kebahagian anak-anak? Adakah kemewahan yang dikejar-kejar oleh ibu bapa dapat menggantikan peranan ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak?


Jawapan aku TIDAK.
“Tak guna kumpul kekayaan bila hati tak pernah senang.”


Hati siapa tak senang? Mudahnya, hati anak-anak. Jangan marahkan anak kalau 24 jam mereka main game, layari internet, berkurung dalam bilik, melepak dengan kawan-kawan, keluar tak balik rumah, merempit, buat kerja gila….dan..bla..bla…bla!


Bila anak dah jadi macam tu, baru sibuk nak ambil tahu kenapa anak jadi jahat (kalau ibu bapa ada kesedaran la…), walhal ibu bapa tak sedar semua itu berlaku disebabkan keghairahan mereka mengumpul harta sampai lalai untuk memahami anak-anak. Anak-anak pula bukannya seorang. Ada tiga, ada lima, ada lapan, ada sepuluh. Kalau semua anak-anak tak cukup kasih sayang, tak cukup perhatian ibu bapa, maka ramailah yang jadi anak jahat. Cuba bayangkan kalau semua ibu bapa di Malaysia buat perangai macam tu, natijahnya semua anak-anak di Malaysia bermasalah!


Itu baru bercerita pasal ibu bapa yang kejar kemewahan. Kat dunia ini, ada macam-macam ibu bapa. Ada ibu bapa yang terlalu baik sampailah terlalu buruk. Kalau yang baik tu mesti adakan, tapi ibu bapa yang terlalu buruk ada ke?


Jawapan aku…


”Ada!”
Itu ibu bapa yang jenis (spesis) buang anak sendiri, dera anak sendiri, bunuh anak sendiri!” 
Buruk sangat la tu!


Menjadi ibu bapa bukan perkara mudah. Sebab itu, kalau kawin tolong jangan fikir untuk hidup berdua saja tau! Fikir sekali untuk hidup bertiga, berempat, berlima dan seterusnya…! Jadi ibu bapa bukan mudah. Pendek kata kena belajar. Sebab itu orang suruh belajar ilmu keibubapaan. Lagi elok ada ilmu sebelum berkahwin, sebelum menjadi ibu bapa.


Jadi ibu bapa kena tahu adil. Sila adil kepada semua anak-anak anda. Kalau ada 10 orang anak, sila bedak (bahagi) kasih sayang anda sama rata kepada semua anak-anak anda.




“Kalau anak ini anda bertanya sudah makan ke belum, maka anda sepatutnya bertanya kepada semua anak anda.”


“Kalau dengan anak ini anda boleh ajar ilmu masak-memasak,ilmu jahit-menjahit, maka dengan anak-anak lain pun anda boleh ajar.”


“Kalau dengan anak ini anda boleh bergurau, bercakap mesra, maka dengan anak-anak lain anda juga harus tahu bergurau mesra.”


“Kalau dengan anak ini anda sering bertanya khabar, maka dengan anak-anak lain juga anda harus bertanya khabar.”


“Kalau dengan anak ini, anda ‘wish birthday’, maka dengan anak lain pun anda tidak boleh lupa untuk mengucapkannya.”


“Kalau dengan anak ini anda sering ambil kisah apa yang dia belajar di sekolah, maka anda perlu ambil kisah anak-anak anda yang lain juga.”


“Kalau dengan anak ini anda bertanya apa kegemarannya, maka dengan anak-anak lain anda harus bertanya apa kegemaran mereka juga.”


Nampak perkara berikut mudahkan,
namun berapa ramai ibu bapa yang dapat melakukannya?





Aku tertarik dengan satu post yang ditulis oleh seseorang ini. Tentang perangai anak sulung, anak tengah dan anak bongsu. Apa yang ditulisnya memang bagus dan elok dibaca oleh ibu bapa untuk memahami karekter anak-anak. Ni aku letak link untuk dikongsikan.


Sila KLIK sini.


Bukan apa, ibu bapa kadang-kala (atau mungkin selalu) terlepas pandang beberapa perkara tentang anak mereka. Kesannya mereka tidak dapat memahami anak-anak dengan baik, tidak dapat berkomunikasi dengan anak secara berkesan, malah lebih buruk bila anak-anak mula mempersoalkan tentang peranan ibu bapa mereka.


‘Papa dan mama tak sayang aku ke?’


‘Kenapa dengan aku sorang je papa tak banyak cakap? Dengan kakak dan adik, boleh bergurau sakan!’


‘Kenapa mama tak wish birthday pun, dengan adik tak lupa pun?’


‘Kenapa aku je yang call rumah, mama tak pernah call aku pun? Dengan abang, mama telefon pula!’


‘Daddy nie macam tak percaya je aku boleh masak? Tanya macam eril-perli aku. Dengan adik tak ada pun!’


Mungkin apa yang aku tulis ini boleh jadi sebahagian daripada pemikiran anak-anak bila mereka merasakan atau membandingkan kasih sayang ibu bapa terhadap diri mereka dan dengan adik-beradik yang lain.


“Wahai ibu bapa sekalian, susah ke menjadi ibu bapa yang adil kepada anak-anak?”


Jawapan aku susah. Memang susah manusia mahu jadi adil. Cuba ingat balik cerita Nabi Yusof. Bapanya sangat sayangkan Nabi Yusof sampaikan anak-anak lain berasa iri hati dan meninggalkan Nabi Yusof di dalam perigi buta. Itu satu kisah yang harus dijadikan teladan kepada ibu bapa sekalian mengenai impak yang berlaku apabila ibu bapa bersikap pilih kasih atau terlalu sayang terhadap seorang anak, sampaikan anak-anak lain terasa hati.


Memandangkan untuk menjadi ibu bapa yang adil bukannya mudah, maka ibu bapa perlu menyimpan anak kesayangan mereka di dalam hati. Jangan bagi anak lain tahu. Jangan membanding-bandingkan anak-anak. Tips penting ni. Fahamilah, anak-anak mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing.  Cuba ambil tahu apa yang anak anda suka dan tidak suka kerana dengan cara itu baru anda sebagai ibu bapa dapat memahami anak-anak.


Lagi satu, untuk pengetahuan ibu bapa (kalau tak tahu la..), walaupun anak anda sudah dewasa, nampak berdikari, berkelakuan baik, itu tidak bermaksud anda tak perlu risau atau ambil berat tentang dirinya. Anak-anak ini masih ada perangai kanak-kanak. Masih mahu diambil kisah oleh ibu bapa walaupun sudah dewasa.


Selain itu, apabila menjadi ibu bapa, tolong jangan kedekut untuk memberi pujian, galakan, kata-kata motivasi atau hadiah apabila anak-anak melakukan sesuatu, walaupun kejayaan yang dikecapinya itu kecil sahaja. Tak faham?? Misalnya, pointer anak-anak meningkat daripada 3.63 kepada 3.66, tak susahkan untuk mengucapkan ‘tahniah’ atas usaha anak anda itukan?


“Hati anak-anak pasti berbunga riang bila usaha keras mereka
dipandang oleh tinggi ibu bapa tercinta.”




Satu lagi, ibu bapa harus tahu memujuk emosi anak-anak tidak stabil. Jangan jadi ibu bapa yang ego, bersikap tidak kisah terhadap masalah emosi anak-anak atau kalau ambil kisah pun, sekadar bertanya khabar anak yang bermasalah daripada anak-anak lain dan tidak cuba berhadapan dengan anaknya itu.  Kalau ada ibu bapa bersikap sedemikian, tidak hairanlah anak-anak juga boleh bersikap sedemikian terhadap ibu bapa.


“Ibu bapa sebagai role model terhadap anak-anakkan?”


Tip terakhir. Tolong jangan kedekut untuk guna masa bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Tak payah pergi jauh-jauh pun tak apa. Pergi tengok air terjun belakang rumah pun cukup. Berkelah kat situ. Ini tahun berganti tahun hingga berbelas-belas tahun, tapi nak bawa anak-anak berjalan-jalan pun tak sempat. Esok-esok dah buka sekolah. Esok-esok dah buka kolej. Esok-esok dah nak bekerja. Dah tak sempat nak pergi mana-mana.

Akhir sekali kepada ibu bapa sekalian:




“Anak-anak tak minta kemewahan bila kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa cukup.”
“Anak-anak tidak akan mempersoalkan keadilan ibu bapa bila kasih sayang
yang diterima mencukupi.”
“Anak-anak pasti menyayangi ibu bapa apabila mereka dapat melihat
kasih sayang ibu bapa.”


Jadi, tunggu apa lagi.
Tunjuk kasih sayang ada kepada anak anda.
Jadi ibu bapa yang hebat tau!

 Pss:

Terima kasih sebab baca sampai bawah.
Saya tahu anda juga bakal/memang ibu bapa yang hebat!
Tahniah.


5 comments:

Antara said...

entri kau bernas. senyum je aku baca, smbil hangguk2 lagi. hehe

mia Olive said...

Antara: haha...Aku pun terhanggunk-hanggunk juga masa tulis entri nie.Tq.

Hooyeah said...

suka entry ni. Like these statement:

Menjadi ibu bapa bukan perkara mudah. Sebab itu, kalau kawin tolong jangan fikir untuk hidup berdua saja tau! Fikir sekali untuk hidup bertiga, berempat, berlima dan seterusnya…! Jadi ibu bapa bukan mudah. Pendek kata kena belajar. Sebab itu orang suruh belajar ilmu keibubapaan. Lagi elok ada ilmu sebelum berkahwin, sebelum menjadi ibu bapa.

phytohystrix said...

assalamualaikum,

terharunya baca. ada rasa nak menangis sikit. hihi. setuju ttg pentingnya peranan ibu bapa utk pastikan mereka betul2 faham n percaya pd potensi anak2, n x lepaskan tanggungjawab pd sekolah je. skrg byk jugak kes bila nasi jd bubur,sekolah disalahkan..entry insya Allah byk manfaatnya..good one,clap2! :D

mia Olive said...

phyto hystrix: terima kasih baca entri nie. Kalau memberi manfaat..alhamdulillah =)