May 28, 2011

Zaman BerH.I.N.G.U.S wokeh!


 Masa balik hari tu, sembang dengan ma dalam kereta.
Aku mengadu pada ma dah tak larat dah nak belajar.
“Dah lima tahun, ma. Tak sabar nak tamatkan another half year!”
Pastu ma kata:
“Biasa la tu. Bila belajar nak kerja, nanti bila dah kerja, teringin pulak nak belajar balik.”
Abah yang tengah memandu kat depan pula menambah:
“Bila dah kerja nanti, baru teringat zaman belajar kat maktab.”
 Aku senyum bila dengar ma dengan abah cakap macam tu.
Betul cakap ma dan abah.
‘Kita selalu tak nampak apa yang A.D.A sekarang. Bila dah T.A.K. A.D.A nanti, barulah terhegeh-hegeh nak ingat balik.’
Do I’m right?
I think so.
Kalau Allah izinkan aku kembali ke zaman silam (if..okay!),
aku totally nak balik ke zaman muda-muda dulu.
Zaman keceriaan aku.
Zaman kegemilangan aku (Perasan. Sila abaikan!).

Maksudnya zaman aku belajar di sekolah rendah dan juga menengah.
Zaman yang full of joy and happiness dengan hard disk fikiran tidaklah seperti seserabut seperti zaman sekarang.
Zaman sekolah rendah adalah yang paling best dan terbest yang aku lalui.
Ini zaman keceriaan.kenakalan.kejahatan.juga kebodohan aku..haha..
Aku laluinya dengan gembira sekali!
Zaman tu, aku tak perlu tahu pandangan orang pada aku dan
aku buat benda yang aku suka buat.
It’s really fun!
I just want to share a few pictures about ‘My zaman beringus, wokeh!’
(Rasa lucu bila tengok pics zaman muda!)
Umo 6 tahun tapi aku dah masuk tahun tau coz aku benci betul duduk di tadika  sebab ada little girl suka curi barang mainan aku.Last sekali jumpa juga dengan little girl tu, bahkan satu kelas lak tu!..Nasib tul!
Let's guess where am I?
Jamuan  Hari Raya Tahun 3..tengok!
Memang terserlah gigi putih aku dengan riak wajah keriangan namun penuh kejahatan..yeye..aku nakal la dulu!
Serious!And look!
That's my mom..guru yang garang dan marah aku sebab tak reti tengok jam!..
Captured by my daddy if i'm not mistaken.
I'm a perfect since primary school until form 3.
I'm the tallest girl, rite?
Zaman sekolah menengah especially form 1-3 is my zaman kegemilangan.
Zaman nie adalah zaman kepandaian.kematuran.keseriusan.entah pape lagi la!
Zaman ‘i.hate.all.samsengboys.at.my.school.even.muka.kau.hensem.tahap.8.pun!’
Itu pasal aku sangat serius orangnya,
sebab zaman aku nie banyak betul gangster hingusan
yang sesuka hati cari pasal.menolak.berebut tempat naik bas dengan aku.
‘Kurang hasam betul diorang nie!’

Kelas tambahan before PMR. Zaman study hard  before Allah perkenankan doa untuk dapat result yang setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.!
Still 'zaman kegemilangan' aku di SMKKN.!
Beat SMKDSA (number 1 enemy!) and get 1st prize for Kuiz Pengguna.
Soo happy at that time!
Forward to form 4-5 at new school.
SMKDSA
Then, i transferred to SMKDSA.omg..!
But, i met many new friends and there were soO many hansome boys at the school.
(Hahaa..juz kidding kay!)
Something funny about this picture.
Masa nak amek pic nie, poket baju cikgu aku bocor kena dakwat pen biru.
That's why he tried to cover his shirt with tie. 
With my sister. **suka tengok gigi zaman dulu!
Zaman yang I really want to avoid it..tadaaaaa!!!
‘Matriculation.’
Zaman ini zaman yang terlalu.terlampau.tersangat mencabar bagi aku.
Namun, disebabkan aku masuk matrik la, aku ada kekuatan nak belajar dengan penuh bersemangat bila dapat masuk institut perguruan.
Matrik sentiasa buat aku ingat peribahasa ini:
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.’
Sebab matrik la, aku rasa aku dah lalui zaman foundation di maktab dengan best sekali dan aku rasa apa yang aku belajar masa zaman foundation sangat mudah sekali!

KMM. Sains Hayat. H5P3
Pic bergaya. I like it!
Then, continue my study at IPGKPP.
2007 until 2011.

i learnt a lot here!
I love it!
I love it berbillion juta lemon!

2007- Foundation for 1 and half years.
2011- Another half year to go through...!
Banyak benda terjadi dalam tempoh 5 tahun nie.
Banyak sangat sampai tak terkata!
Losing a friend that we love very much, 
the events when i mad and quarrel because of their childish  and laziness attitude and blablablaaa..
Now, we're growing and we're starting to appreciate each other.

Jamuan Raya PISMP. Allah lebih sayangkan temanku ini.
Senam seni. Best sangat!
Conducting Science Fair. Memorable event.
We did it successfully!


Motif  post:

'Sila hargai apa yang sedang kita lalui sekarang supaya kelak kita tidak akan menyesal
setelah ia pergi meninggalkan kita.'

Enjoy your life B.U.T don’t too much enjoy it!

Pss:
'Jangan harapkan pelangi muncul andai hujan masih belum berhenti.'


May 27, 2011

Hikmah


Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa pahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita

May 26, 2011

Sedetik kau ingat aku, bertahun-tahun aku ingat engkau!

Birthday girl is alone today.
My friends sudah balik kampung.
And birthday girl masih lagi terdampar keseorangan di asrama yang makin sunyi.
Melihat birthday wishes daripada kawan-kawan,
thank you for being part of my special day.

My special day?
No. I don't think so.
The worst birthday is today.
The worst birthday is my 24th birthday.
I really feel alone and alone and alone!
It's like a nightmare and i should.must.need to forget it.

I'm so happy when my naughty pupils wishing me Happy Birthday.
They are my tears. They are my laugh.

Jiwa:
It's okay birthday girl.
I'm will not forget the day you was born.
Never!
Stop crying because you look so bad in that mood!

Birthday girl:
I don't think my face look so sad in that mood!
Nice what?

"Anyway thank you so much berjuta-juta lemon for those yang tak lupa.tak kedekut.ingat aku even sesaat even though who am I di mata diorangkan? 
Sedetik kau ingat aku, bertahun-tahun aku ingat engkau! "

Thank you.

Pss:
Sengaja menteraburkan bahasa Melayu.Bahasa Inggeris jadi rojak.
Don't follow me.
It's just to show how sad i am.









Check It Out!

+Yesterday+

Today was my last paper for this semester. 
 No more exam after this and for the next semester too.
So, this SCE3113 was quite meaningful to me.
Hopefully, I’ll pass this paper because I don't want to sit for exam again!
Insyaallah.
...
'Kita selalu terlupa menghargai orang di depan mata.
Bila kehilangannya, baru kita sedar kita tidak pernah cuba menghargainya.
“I feel bad hearing that you’ll not with me and our friends after semester break.
I'll miss you, my friend. I hope you'll do well too.”
...
 “Pirates of Caribbean”



Here I come!
Hang out with Hashimah and Cik Polaris.
My last time hang out with them for this semester.
3D tu…great experience, rite!
“To Cik Bee and Shida. Have safe journey!”
Insyaallah, we’ll me again after semester break.
Take care yourself.
I gonna miss u all!

+Today+

Jiwa:
26th of May!
“Happy Birthday, my dear.
I hope your wishes come true.
I love you”

Hati:
“Thank you my friends for all the wishes given.”
“Thank you for remembering my precious day, the day I was born.”
“Thank you for giving me happiness.”
“Thank you for being a part of my life.”
“Nothing I can say accept,
Pss:
Jiwa: ‘I love you too.’
Holiday is coming.
Today I’m coming home.
Tell the world I’m coming home!
'I miss my parents, my siblings, my cutest niece too!
E.N.D
Of
SEMESTER 7
(IPG Kampus Pulau Pinang - 5 Year.)



+Hope+

Be a trainee teacher is a great experience for me.
5 and half year for ‘Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan pengkhususan Sains.
Sound good, rite.
Five years I had pass through and lot of things happen.
Great, good, happy, cheer, sad, bad and worst experiences.
I want to finish my study and graduate successfuly.
This is my present to ma and abah.


+Attention+




Kita tidak tahu apa yang diaturkan oleh Allah kepada kita. 
Kita selalu berharap agak dapat tempuh jalan hidup tanpa ada halangan. 
Apabila kita berdepan dengan dugaan dunia, 
kita anggap itu adalah satu beban dan Allah tak sayangkan kita. 
Hakikatnya, 
bebanan itu adalah ujian Allah ke atas hamba-Nya untuk menguji tahap keimanan, tahap kesabaran kita.
 Pastinya, ujian Allah setimpal dengan kekuatan hamba-Nya untuk menempuhinya.


"Aku bersyukur kerana Allah masih memudahkan jalan hidup ini dengan sedikit dugaan, tidak seperti hamba-hambanya yang lagi diuji dengan cobaan yang maha hebat. Alhamdulillah."

May 23, 2011

s.u.r.a.t H.A.T.I k.e.p.a.d.a J.I.W.A

s.u.r.a.t H.A.T.I k.e.p.a.d.a J.I.W.A


Jiwaku sayang,
sila bersemangat.
Saat-saat sebegini aku tahu kau perlukan aku untuk kembali bernafas, bukan?
Jangan berkeluh kesah, tahu. Jangan bergundah gulana juga, itu pesanku.
Hidup mesti kena bersemangat. 
Nak ada bersemangat, kenalah ceria.
Nak ceria kena la positif.
Bak kata Nora Danish, hidup mesti enjoy!
Okay, jiwa.
Aku perlu kembali ke alam nyata.
Lusa aku ada satu paper lagi.
Harap-harap aku dapat menjawabnya, Jiwa.
Lepas tu aku akan menemai engkau di sini ya!
Takdelah kau kesunyiaan lagi.
Takdelah kau nak bergundah-gulana dan resah-gelisah lagi memikirkan ketiadaan aku.
Doakan aku juga kerana aku selalu mendoakan kesejahteraan kau.
Sampai bertemu lagi.
Wassalam.

Ikhlas,
Hati.


Pss: 
'Bila aku tiada, tak perlulah kau post lagi entry baru tau! Tunggu aku, Jiwa.'
' Bila kau dan aku bersatu, maka Mia pasti juga ceria dan bersemangat. Jangan lupa tu!'



C.E.R.I.T.A.A.B.A.H

Ini cerita tentang Abah.
Cerita bagaimana abah ajar aku. Cerita bagaimana abah  didik aku.

...
Aku pernah bertanya kepada ma tentang kehidupan abah masa zaman muda-muda dulu. Ma cakap abah dulu bukanlah orang senang. Abah anak sulung dan ada ramai adik beradik. Abah pernah jual apam balik. Abah pernah berjalan berkilometer sebab nak pergi ke sekolah. Abah pun tak pandai sangat masa muda-muda dulu. Tetapi sudah rezeki abah. Abah dapat masuk maktab perguruan juga.
Abah seorang yang tegas dalam soal agama, terutamanya bab sembahyang. Abah cakap orang yang tak sembahyang samalah seperti rumah tanpa tiang. Masa aku kecil dulu, aku mengaku suka main-main masa sembahyang. Kadang-kadang aku ganggu, aku cuit dan aku tiru sibling aku yang sedang sembahyang sampai sibling aku tak kusyuk sembahyang dan tergelak-gelak. Kemudian, sibling aku pun marah dan bermulalah adegan  berlari dan bergaduh sampai bising satu rumah. Bila my sibling mengadu pada abah, memang aku kena rotanlah dengan abah. Kena rotan je, aku terus menangis dan merajuk dalam bilik. 
Abah selalu pesan pada anak-anaknya supaya tak ambil barang orang. Kalau nak ambil, kena minta dulu. Ada satu peristiwa di mana aku dengan sibling telah ambil buah jambu batu daripada pokok jiran. Sebelum tu, jiran kami dah cakap, kalau nak ambil tak payah beritahu. Jadi, kami pun ambil dan makan buah tu tanpa minta kebenaran tuannya. Bila abah tahu yang kami ambil dan makan buah pokok orang tanpa minta kebenaran, maka sorang-sorang kena rotan dengan abah.Sejak peristiwa tu, aku and the sibling memang takut dah nak ambil barang orang tanpa minta kebenaran dulu . Itu memang pengajaran berharga kan?
Dulu setiap malam saja, abah akan suruh semua ahli keluarga berkumpul untuk baca hadis. Masa baca hadis, abah suruh kami yang perempuan termasuk ma pakai tudung sebab kena hormat majlis ilmu. Masa abah baca hadis, kadang-kadang abah letak rotan di sebelahnya. Memandangkan aku and the sibling nie agak nakal, kami memang suka main-main masa abah baca hadis. Ada yang mengantuk, ada yang gelak-gelak,ada yang cuit-mencuit sana sini. Bila abah tanya balik apa yang telah dibaca, akulah antara anak-anak abah yang tak dapat jawab apa yang abah tanya. Lepas tu, abah pun berceritakan pada kami tentang syaitan yang menggunakan gincu, celak dan tongkatnya untuk mengganggu manusia supaya tak bagi tumpuan dalam majlis ilmu. Bila abah cakap macam tu, baru aku tumpu perhatian pada hadis yang abah baca sebab takut syaitan kacau aku.
 Bila aku makin besar, abah suruh tutup aurat. Abah suruh pakai tudung. Aku ingat saat aku mula memakai tudung. Masa tu umur aku dalam lingkungan 10 tahun. Bila ma suruh pergi ke kedai, aku memang tak pernah bertudung. Suatu hari, abah tegur aku supaya belajar pakai tudung bila keluar rumah. Mula-mula aku segan nak pakai tudung, namun lama-kelamaan bila dah bertudung, aku jadi segan pula bila tidak bertudung. Tambahan pula, abah selalu menceritakan tentang azab Allah terhadap wanita yang tidak menutup aurat. Aku gerun bila dengar abah cakap kalau tak pakai tudung, nanti api neraka bakar rambut sampai mengelegak otak!Masyaallah.
Banyak lagi kisah yang aku ingin ceritakan tentang abah dalam mendidik aku mengenal dunia dan kenal akhirat. Cukup dulu untuk post ini aku kongsikan cerita abah. Sekadar mengimbau kenangan lalu bersama abah. 

Aku sayang abah.

May 22, 2011

Cool Pic, rite?

+Science is about our life+
+It's really fun if we're able to understand the concept rather than remembering it+

...
I'm sharing a picture with you.
It's look terrible but so creative.
I find it is cool.

Actually, i used this picture when i taught my pupils about animals.
I noticed that it was helping me when I plan my lesson.
When i showed it to my pupils, they were so excited to guess the name of animals in the picture.
See!


Cool pic, rite?

Now, tell me how many animals you can find in the picture?

I'll tell u later!

May 21, 2011

Korean Lover?

Korean lover?

Yes, i am.
...
Flashback.
Teringat masa zaman sekolah menengah dulu, aku pun tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan drama korea
lakonan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo dalam Winter Sonata.
Mungkin first time kot tengok citer Korea, tambahan pula citer nie best sangat,
jadi itulah titik permulaan aku kenal dan aku mula jatuh minat dengan citer korea.



Lepas tu, TV3  tayang pula citer Autumn In My Heart  dan aku tertarik dengan citer tu sebab ada 
Song Hye Kyo yang cantik tu. Aku takde la fully ikut citer tu, tapi disebabkan ada Cik Song Hye Kyo kat bawah nie dengan pelakon Won Bin yang kacak tu, jadi aku pun layan juga walaupun aku rasa ending citer nie tak best langsung.


Seterusnya, station TV lain pun berlumba-lumba juga tayang citer Korea seperti
Hotelier, Sad Sonata, Stairway To Heaven, Over the Sun, Fullhouse, The Successful Story of Bridge Girl, Jewel Into Place, My Girl dan blablabla..bla..!
Rasanya bersepah-sepah kot drama Korea masa tu kat TV sampailah sekarang nie,
drama Korea masih lagi meriah bertapak kat bumi Malaysia nie.
Tapi sekarang rasanya, takdelah semeriah dulu lagikan.
Betul ke? Entahla. Tak sure sangat sebab aku pun semakin jarang tengok citer korea kat TV.


Kalau aku tak tengok citer Korea kat TV, aku ada hard disk berkapasiti 465GB di mana
aku boleh pergi sedut mana-mana citer korea yang best dan tonton je dalam laptop aku.
Start dengan citer,
 Shinning Inheritance, Personal Taste, Boys Over Flower, Oh! My Lady, Playful Kiss,
My Girlfriend is Gumiho, You're Beautiful, SungKyunKwan Scandal, My Princess, Dream High...blablabla..bla..
Jadi, aku tak perlukan TV untuk layan citer-citer korea
sebab sudah pasti ada yang akan mendownload citer-citer baru dan aku pulak tukang sedut-menyedutnya.
Mudahkan?


Almost 192GB dah penuh dengan citer korea campur dengan koleksi lagu-lagu korea berkapasiti
1.40GB dan koleksi pic korean berkapasiti 137MB.
me:
"Terukkan aku nie? Mengumpul koleksi hiburan dunia."

Aku tak ingat tahun tu tahun berapa.
Tahun yang buat aku jatuh minat dan giler la kot dengan K-Pop sampai sekarang aku pun masih minat dan tak tahulah bila nak stop minat terhadap Korean nie sepenuhnya.
(Actually, aku sedar pun bukannya elok pun mengagung-agungkan hiburan dunia nie!)

Berbalik kepada tahun tu.
 New Year 2000 something.
8TV tayang tentang Korean Award tahpape, tapi yang tu jugak yang aku tengok
sebab takde dah citer lain yang best kat TV time tu.
Kumpulan nie wat persembahan.



Pastu,terus aku sibuk search kat goggle/yahoo tuk dapatkan maklumat pasal group nie dan akhirnya aku terjatuh juga dalam lubang K-POP nie.

Me:"Asalnya just for fun, last sekali jadi hobi pulak."

Dari situ, mulalah pengexporasianku tentang K-POP.
Jumpa pula dengan kawan-kawan yang lagi giler K-POP daripada aku.
Aku pun terus jadi minat dan mula mengenali kumpulan penyanyi korea
macam:
'SNSD, F(X), Super Junior, DBSK, Wonder Girls, T-ara, Kara, 2am, Big Bang, ShiNee'
dan blablabla..bla..

Daripada mendownload menyedut lagu-lagu diorang, video-video diorang, aku kumpul pics diorang
especially pics SNSD@Girls' Generation@So Nyeo Shi Dae.
Meh sini aku kenalkan kat korang siapa SNSD.

+Tiffany.Hyo Yeon.Soo Young.Yoona.Tae Yeon.Yuri.Seo Hyun.Sunny.Jessica+








Banyak juga kot gambar dan lagu diorang yang aku dah kumpul dan aku sayang nak buang.
Sebabnya aku tahu, kalau aku dah buang semua benda berkaitan korea dalam hard disk or lappyaku,
sure pasni aku dah takde nafsu dan frust nak melayan korean dah.
(me: 'Tertanya pada diri, bila nak buang habit buruk nie..!')
Yang pasti, suatu hari nanti aku pasti akan buang dan removekan diorang dan yang lain daripada hidup aku.
Aku tunggu masa tu.
Maybe sekarang, siapa tahu?

Aku suka explore info tentang korea.
Apa perkembangan terbaru, apa cerita yang terbaru,
lagu apa yang dah keluar dan aku juga tak lari daripada menyibukkan diri dengan gosip tentang korean.
Anything pasal plastic surgery diorang especially..hahahaa aku memang suka pasal topik nie.
Yes..ternyata majoriti selebriti korea memang kaya dengan bedah plastik.
Sama juga dengan group SNSD nie.

Kembali kepada motif utama post ini,
aku sesaja nak berkongsi  macam mana aku boleh jatuh hati dengan dunia Korea nie.
Aku juga nak kongsi rasa menyesal aku sebab dah terjatuh ke lubang K-POP nie dan nak 
cuba kurangkan atau hapuskannya dalam diri aku.
Ternyata pengaruh media memang besar pada diriku. Aku percaya orang lain pun macam tu juga.
Kalau ko tak minat korea, mesti ko minat omputih ke, Japan ke, even Malay pun.

Satu precaution aku mula buat bila download lagu korea ialah, 
aku pasti akan check dulu liriknya sebab aku takut liriknya itu buat aku lalai dan
 mungkin boleh pesongkan akidah aku.
Aku pun memang dalam proses nak kurangkan minat korean@K-POP dalam hidup aku.
Lagipun aku sedar (tapi tak insaf-insaf lagi!) hiburan dunia nie tak ke mana-mana.
Minat sikit-sikit dah la. Jangan addict sangat.
 Itu pesanan aku khusus buat diri ini.
Dan korean lover sekalian juga

Pss:
Aku manusia lemah.
Tiap kali aku insaf, aku cuba kembali kepada yang Esa.
Namun, imanku senipis kulit bawang.
Aku selalu kalah dengan hiburan dunia.
Ternyata, aku memang lemah.
Kuatkan aku ya Allah.
Suatu masa yang pasti aku wajib kembali pada-Mu.

"Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up.''
(SNSD - Into The New World)
...
137MB of my korean pictures already deleted.
No more korean pictures in my lappy or  hard disk.
Thank You Allah for giving me this strength.

Story about T.A.L.L



"Kau tinggi, takhape la!"
"Kau tinggi, senang la!"
"Kau tinggi, takyah la jinjat-jinjat!"

Ungkapan biasa yang aku selalu dengar.
Aku tinggi?
Question mark???

Klo tengok pic kat atas tu,
rasanya berketinggian 164 cm tu cukup untuk buat teman-teman aku nampak kontot comel,
terutamanya si Achique Izara nie.
(sorry Achique..ini kenyataan. Sila.Jangan.Ambil.Hati.)

Bila ambil gambar, baru aku perasan 
bahawa aku tinggi@sudah tinggi@bertambah tinggi@buat-buat tinggi, dan tiba-tiba terasa diri ini seperti,
'si kacang panjang yang tumbuh di ladang taugeh yang kontot pendek.'
Oouchh!
Peribahasa yang T.E.R.R.I.B.L.E kan.


Sebenarnya,
aku takde la tinggi sangat pun.
Setakat 164 cm tu,
rasanya belum sampai  5'6 inc lagi kot.
(Rasanya..!)
Klo nak dibandingkan dengan ketinggian si model Adriana Lima atau pun Gizelle Bunchen 
yang 5'10 & 5'11 tu,
aku nie sah-sah lagi kontot daripada diorang.

Ma pun cakap saiz *kita nie tak normal macam orang lain.
(*kita=keluarga aku)
Maksudnya, family aku, sibling aku sume kategori orang tinggi saiz Malaysia.
No wonder la, klo aku and the sibling jalan sesama,
 aku perasan pasti ada mata-mata pandang aku and the sibling dari atas sampai bawah.
Tambahan pula, umur aku and the sibling takde la jauh sangat, 
so ia dah buat kitaorang nampak macam sekumpulan kawan baik yang tinggi-tinggi yang sedang hang out sama-sama.
Menarik bukan!

Menjadi orang tinggi nie pun ada baik buruk lemahnya juga.

Yang baiknya:
1.
Orang tinggi takde masalah nak capai benda tinggi sebab dia dah tinggi dan tak perlu berjinjat-jinjat atau panjat kerusi untuk ambil benda-benda  di tempat yang tinggi.
2.
Klo ramai sangat orang menghadap depan cermin, orang tinggi hanya perlu berdiri di belakang tanpa bersusah payah terjinjat sana-terjinjat sisi nak sua muka kat cermin.
Untungkan?
3.
Orang cakap orang tinggi nampak macam model dan cantik klo pakai apa pun even berbalut plastik tetapi tetap cantik dan bergaya!
Betul ke?
4.
Orang tinggi akan sentiasa nampak slim walaupun sebenarnya dia juga seorang yang berisi@gemuk@gedempol.
Maybe!
5.
Orang tinggi tak payah pakai high hill semata-mata untuk kelihatan tinggi sebab sah-sah orang tinggi akan semakin tinggikan..! 
Fakta kay!
6.
Ma cakap orang tinggi klo buat tawaf kat Kaabah nanti mudah. Tak macam orang rendah yang seakan-akan tak dapat bernafas dihimpit oleh manusia-manusia spesis orang tinggi bukan saiz Malaysia.
7.
Orang tinggi ada advantage bila pergi mengajar kat sekolah.
Budak-budak takut nak buli sebab cikgu dia lagi tinggi daripada dia.
Reasonable tak?

Yang lemahnya jadi orang tinggi nie:
1.
Asyik kena duduk belakang klo beratur.
Aku nak duduk depan jugak!
2.
Klo nak cari baju@ pant yang dah siap, sure susah punya nak dapat saiz yang berkenan di hati.
Last sekali, pergi tempah kat tukang jahit dan kena pula beli kain tambah.
OoucHH! i don't like!
3.
Orang rendah suka jeles dengan orang tinggi.
Betul nie!
4.
Klo pergi ke tempat yang rendah, amboi..lenguhnya nak menunduk kepala.
Silap haribulan, adalah yang terhantuk sana sini.
5.
Orang tinggi susah nak cari jodoh yang sama tinggi atau lebih tinggi daripadanya
Last sekali, kena pasrah bila jumpa jodoh yang sama tinggi atau rendah@agak rendah daripadanya.
"Murah rezeki, kata orang-orang dulu!"
Ye ke?
6.
Orang tinggi akan nampak seperti gergasi bila berdiri di kalangan mereka yang comel-comel
dan kontot-kontot.
Hehe..aku kot yang rasa camtu!


Jadi orang tinggi memang C.U.N dan jadi orang rendah memang C.U.T.E.
Jadi rang tinggi tak semestinya untung dan jadi orang rendah tak semestinya rugi.
Orang tinggi dan orang rendah sentiasa saling lengkap melengkapi.
Itulah kehebatan Allah yang menciptakan kita.
Jangan lupa tu.

Pss:
"That's why i choose Olive because she is taller than Popeye"