Jul 11, 2011

Secret Garden IV


Waktu tu saya baru lepas 3-4 hari kena deman campak.
Ingat nak skip saja program nie, tetapi kena pergi juga sebab kalau saya tak pergi
 saya kena join batch lain nanti.


Hari tu ada tracking.
Saya memang bersemangat, tetapi bila sampai separuh jalan,
 saya memang tak larat nak lari lagi.
Saya agak terbelakang berbanding dengan ahli-ahli kumpulan lain.
Sambil berlari, saya sudah termengah-mengah sambil menekan buah pinggang 
yang bagai dirasakan nak tercabut tu.


Dia saya tengok agak ke depan.


"Arggg..dia memang hyper pun. Langsung tak kisah orang belakang!"


Saya bebel sorang-sorang.
Tanpa saya sedar,
 dia memperlahankan lariannya dan lari sama-sama dengan saya.


"Tak larat lari, jogging la pelan-pelan." Dia menegur saya.
Saya yang termengah-mengah nie hanya pandang dia kosong.

"Aku tak larat la!"

"Cuba lari macam nie, conform tak penat!" 
Balasnya lagi sambil menunjukkan lariannya dengan kaki yang terangkat sedikit ke atas.

Nampak lucu, namun saya cuba mengikut cara lariannya itu.
Hmm..nampaknya cara dia berkesan.
Sekurang-kurangnya, saya takdelah letih sangat seperti tadi.

'Terima kasih.'

Saya cuba nak berterima kasih padanya, tapi saya segan.
Last sekali, saya diam saja dan tengok dia berlari semakin jauh daripada saya.
Walaupun dia jauh ke depan,
tetapi dia tetap pandang saya di belakang.










2 comments:

cha zainol said...

dia ada dalam tiada :)

mia Olive said...

tekaan yg tepat!