Jul 8, 2011

Kalau sayang, cuba belajar guna bahasa yang beradap sikit kay!

Orang kata kerana mulut badan binasa.


Yes!


Peribahasa nie sangat tepat.
Saya pun pernah terkena dengan peribahasa ini walaupun hakikatnya 
saya cuba luahkan apa yang saya rasa.
Cara saya masa tu mungkin salah.
Cara orang tak matang.
Cara orang tak berfikir panjang.


Bila usia meningkat, 
saya cuba fikir bila nak tulis atau cakap sesuatu tak kira la 
di muka buku ke, blog ke, twitter ke... 
(twitter tak bape nak hidup).


Saya teringat kata-kata seorang pensyarah lelaki nie.
Katanyanya lebih kurang begini:


"Apa yang kita cakap menggambarkan apa yang emak bapa kita cakap."


Hmm...kalau sebut tentang mak bapak nie, mesti masing-masing rasa panaskan!
Saya pun!


Maksudnya,
kalau kita cakap elok, guna bahasa yang baik-baik,
 maksudnya mak bapak kita la yang telah mengajar kita cakap elok-elok.
Tetapi,
 kalau cakap-cakap kita semunya tak elok, kotor, kasar, kesat, tak berbudi bahasa, 
maksudnya itu menunjukkan mak bapak kita pun lebih kurang macam tu la.


Ringkasnya nak cakap di sini, 
kalau kita nak bercakap, nak lepas geram dan rasa tak puas hati (especially),
kita masih boleh guna bahasa yang sesuai untuk menyatakan perasaan kita.
Tak payah la guna bahasa kotor untuk luahkan perasaan tak negatif kita tu!
Contohnya, daripada kita bercakap,
 "kau tu memang bodoh!"

Cuba guna bahasa seperti,

" Kau tidak menggunakan akal yang diberi Tuhan."
(rasanya ayat nie sedap sikit kot).


Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah nak mengajar orang bercakap yang buruk-buruk kepada orang lain.
Saya cuma berharap supaya sesiapa yang suka bercakap dengan cara tak beradap dapat belajar
luahkan kata-kata yang lebih enak didengar.


Kadang-kadang saya kesian dengan segelintir manusia bila baca post diorang di wall muka buka,
begitu berani mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya tidak diucapkan.
Kalau saya baca, saya pun dah boleh agak orang nie macam mana.


Walaupun orang cakap don't judge a book by it cover,
memandangkan kata-kata yang tertulis selalunya keluar daripada hati dan diadun dalam fikiran,
maka apa yang dicakapkan itu jelas menunjukkan diri kita yang sebenar.




Kesimpulannya,
kalau nak bercakap biar bertapis.
Sebelum bertapis, fikir dahulu.
Bila terkeluar, jangan menyesal!




Pss:
Jadi, kita sayang tak ibu bapa kita?
Kalau sayang, cuba belajar guna bahasa yang beradap sikit kay!







No comments: