Jul 19, 2011

Bye Bye Partner Lelaki!

Kalau disuruh memilih partner untuk buat kerja sekali,
 nak pilih partner lelaki ke nak pilih partner perempuan?



Kalau korang macam mana?
Kriteria apa yang korang tengok kalau nak cari partner buat kerja sekali?


Dalam situasi tempat saya belajar sekarang,
sudah tentunya saya pilih partner perempuan kalau nak buat kerja sekali.
Walaupun hati saya akui lelaki lebih hebat, lebih kreatif malah lebih inovetif berbanding perempuan
 terutamanya bab-bab teknikal, 
namun berdasarkan situasi saya sekarang,
 saya akui lebih mudah, senang dan faham bila bekerja dengan parner perempuan.


Ada 5 jenis kategori partner lelaki yang memang buat saya susah hati kalau terpaksa kerja sekali
dengan diorang.


1. Partner lelaki kaki lepas tangan.

Partner lelaki jenis nie selalu saya jumpa.
 Pemalas!
Saya cukup pantang bila terpaksa bekerja dengan partner macam nie. 
Dia akan bikin hati saya panas sebab lepaskan semua tanggungjawab pada saya dan juga ahli-ahli lain.
Dah tu pandai pulak guna ayat berbunga kononnya hati saya boleh baik tolong buat semua kerja dia.
Paling sakit hati, sudah la tak pernah ambil tahu kerja apa nak kena buat,
tapi hanya tahu bertanya bila kerja nak siap.
Kurang hasam tul!


2. Partner lelaki pandai bercakap bagai nak rak.

Ini lagi sorang jenis partner yang nak kena kick.
Bercakap bukan kemain, air liur tersembur-sembur,
 idea berjela-jela maha hebat menggunung tinggi, tapi habuk pon tadak!
Partner macam nie memang buat saya menyampah dan kalau boleh saya memang
 tak hinggin orang macam nie jadi partner group work saya.
Buat saya hangin satu badan.


3. Partner lelaki  kaki cincai.

Hanya buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga.
Kalau dapat partner macam nie, saya lebih rela request untuk buat kerja sorang diri.
Kenapa?
Kalau kerja dengar dia,  saya rasa saya kena buat double work untuk
perbaiki balik mutu kerja-kerja cincai yang dia buat.
Ini boleh menggugat kesabaran saya.
Boleh buat mulut saya jadi jahat!


4. Partner lelaki kaki berkira.

Ini punya orang kasi senggattt r!
Out of my list untuk dijadikan partner.
Kerja aku kerja aku. Kau punya kerja beres sendiri.
Orang macam nie memang tak boleh nak tolerate dengan ahli kumpulan.
Selfish!
Boleh jalan r partner macam kau nie!


4. Partner lelaki kerja mudah.

Partner jenis nie hanya tahu nak ambil kerja part mudah je.
Yang susah-susah orang lain buat.
Bila kerja siap,
 berlagak nak mampus padahal kerja ringan macam kapas.
Mendabik dada ibarat buat kerja bertan-tan!


5. Partner lelaki kaki diskriminasi gender.

'Kau perempuan buat kerja nie je! Aku lelaki aku je boleh buat kerja nie.'
Kau hingat nie zaman tok nadok ka?
Jangan bagi perempuan buat kerja stereotype. 
Jangan ingat semua perempuan lemah dan tak tahu apa-apa.

Even kalau partner perempuan kau tak mahir sesuatu kerja,
 kau  boleh guna kepakaran kau tolong partner girl kau bagi dia tahu buat kerja lain jugak.
Ini tak asyik-asyik kerja yang sama!
Catat-mencatat, hias-menghias!


Sejujurnya, 
saya tak perlukan partner lelaki yang mempunyai kriteria hebat untuk berkolaberasi dengan saya.
Kalau dapat partner yang boleh bantu saya buat kerja, itu sudah cukup bagi saya.
Kalau lemah takpe, tapi mahu berusaha, mahu ambil peduli tugas apa yang nak kena buat.
Saya percaya, kalau kita lemah tetapi kita sama-sama berusaha untuk buat kerja,
hasilnya insyaallah setimpal dengan kerja yang kita buat.
Kemudian, baru kita rasa puas hati dengan hasilnya.
Saya berpegang pada prinsip tu.


Mujur semester nie saya berkolaberasi dengan partner perempuan.
Bila hal nie terjadi, saya boleh nampak si partner lelaki mula ambil tahu kerja apa nak buat.
Kalau dulu ada partner perempuan untuk bergantung harap, sekarang bye-bye partner lelaki.
Selamat buat kerja sendiri ya!
Saya tahu korang lebih hebat bila terpaksa buat kerja sendiri.
Gambahteh!
Aja fighting!
Chaiyokk!

No comments: