5 tahun lalu.
Tarikh 24 Julai 2006.
Cerita dulu.
Cerita dulu.
Saya datang ke maktab sebagai calon ambilan kedua dengan hati yang lara. Perasaan saya bercampur aduk. Saya berat hati nak tinggalkan USM. Saya berat hati nak tinggalkan kawan-kawan yang saya baru kenal di sana.Tapi demi ma, saya datang juga sebab saya percaya kata-kata ma adalah yang terbaik buat saya.
Ma dan abah hantar saya ke sini. Lepas daftar, ma tolong saya bawa barang-barang masuk ke asrama Jambu. Masa tu saya nampak barang-barang roomate saya sudah ada di dalam bilik tetapi orangnya takde. Sebelum ma dengan abah tinggalkan saya, ma pesan supaya saya jaga diri. Abah pesan supaya saya jaga sembahyang. Saya salam ma dan abah dan dari jauh saya tengok kereta abah bergerak perlahan tinggalkan saya yang makin sebak.
Kali pertama saya kenal roomate saya, saya ingat lagi dia pakai baju kurung warna pink ditemani mak dengan neneknya yang ramah tegur saya. Mujur roomate saya juga jenis yang peramah. Hari pertama petang tu juga dia ajak saya keluar jalan-jalan sekeliling maktab. Walaupun saya nie agak pendiam, tapi dia boleh 'adapt' dengan perangai saya sampai saya pun boleh 'ngam' dengan dia.
Sebagai calon ambilan kedua, saya tidak melalui minggu orientasi seperti calon ambilan pertama. Mujur minggu orientasi saya di USM dulu agak meriah. Hari kedua sudah terkapai-kapai mencari jadual dan kelas. Mujur roomate saya nie seorang yang efektif. Dialah yang berjalan ke hulu ke hilir mencari jadual dan pensyarah manakala saya setia menjadi pengikutnya secara sukarela. Dari situ, saya belajar banyak benda baru dengan roomate saya. Saya memang kagum sangat dengan karekter dia yang saya anggap sangat matang dan berdikari.
Kelas pertama saya di maktab ini adalah kelas di blok Kemahiran Hidup. Kelas berhabuk lagi kelam gelamat. Sesi perkenalan kelas dijalankan di situ. Waktu tu barulah saya kenal serba sedikit latar belakang budak-budak kelas saya yang majoritinya budak lelaki dan ramai pulak orang pantai timur. Muka sorang-sorang muka samseng. Muka budak-budak. Muka macam taknak jadi cikgu. Kalau masuk kelas pun lagak malas saja sorang-sorang. Ada yang misteri dan menakutkan, ada yang pemberang, ada yang suka tidur.
Tak lama lepas tu, kelas saya menerima lagi beberapa orang calon ambilan ketiga. Lagi istimewa kelas kami sebab sorang Indian masuk kelas kami dan sangat gentleman orangnya. Yang lain saya nampak muka budak-budak je. Muka budak lepas sekolah...biasa la..!
Banyak benda dah berlaku sepanjang lima tahun ini. Kes gaduh sebab pemilihan ketua kelas, kes perang mulut, kes gaduh, kes kutuk-mengutuk, kes kena cerca dengan pensyarah, kes nangis...semua saya dah lalui dengan diorang. Bila ingat perangai budak-budak dulu, malu pun ada, lucu pun ada. Dulu saya memang tak boleh 'ngam' langsung dengan perangai kebanyakan budak lelaki kelas saya. Dulu diorang memang 'kanak-kanak yang sangat nakal' dan langsung tak reti jaga perasaan orang. Itu cerita dululah.
Penghujung tahun lepas saya kehilangan sorang teman sekelas yang baik dengan saya dan girls lain. Dia adalah penyeri kelas kami. Bila dia takde, memang rasa dalam kelas kami kekurangan sesuatu. Apa yang berlaku buat saya percaya sesuatu ada hikmah disebaliknya. Waktu tu, saya mula sedar betapa saya perlu menghargai teman-teman di sekeliling saya. Teman-teman sekelas saya.
Party Holiday masa foundation |
Kad raya arwah dikembalikan semula kepada saya. |
Hutan Bakau, Perak bersama Cikgu Hariton. |
Buka puasa di rumah Pn. Zainab. |
Mereka di Taman Negara bersama Cikgu Abd. Rahman. |
Tutor kelas saya yang sangat baik hati. |
Sweet memori kenangan Taman Negara bersama mereka. |
Bersama Dr. Khoo Bee Lee kelas Edu sem 7. |
Hari esok.
Tarikh 24 Julai 2011.
Cerita sekarang.
Menghampiri detik 5 tahun setengah cukup untuk saya kenal perangai kawan-kawan kelas saya. Cukup untuk saya tahu hati budi mereka. Cukup untuk saya tahu siapa kawan dan siapa lawan. Mungkin pengalaman menjalani latihan perguruan di IPG membantu saya dan rakan-rakan menjadi lebih matang dari segi cara berfikir dan bertindak. Saya sudah boleh menerima kelemahan mereka dan saya rasa mereka juga boleh menerima kelemahan saya.
- Dulu saya tak banyak bergurau senda dengan mereka. Sekarang, saya boleh berlepas cakap dengan mereka.
- Dulu saya ada listkan nama-nama orang yang saya patut jauhi. Sekarang nama-nama tersebut saya mula letakkan sebagai list teman yang baik dengan saya.
- Dulu saya benci mereka. Sekarang saya sayang mereka.
- Dulu saya mudah terasa dengan setiap kata-kata mereka. Sekarang saya anggap kata-kata mereka sebagai satu humor.
- Dulu saya tak pernah hang out dengan mereka. Sekarang, mereka ajak saya dan girls lain hang out sesama.
- Dulu saya susah nak share botol minuman saya dengan mereka. Sekarang saya dah terbiasa dengan perangai mereka.
- Dulu saya tak reti bergelak ketawa dengan mereka. Sekarang saya rasa merekalah orang-orang yang menceriakan kelas saya (walaupun perangai main-main mereka dalam kelas tu tetap ada.)
Buat kawan-kawan 8SNED2:
Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya.
Terima kasih kerana menjadikan hidup saya berwarna-warna.
Terima kasih kerana sebab buat saya rasa 1001 macam perasaan.
2 comments:
Best2...=)
semusim bersama, seabad terasa..
Post a Comment