Jul 28, 2011

Pasal tu semua kena.

Bila nak buat benda baik, ramai saja yang menghalang.
Ini tak kena itu tak kena.
Bila nak buat benda baik, semua aspek kena ambil kira.
Memanglah itu betul.

Cuba fikir ini pulak.
Bila mai bab-bab 'benda jahat', 'benda laqa', 'benda tak berfaedah',
takde la pulak nak ambil kira semua aspek.
Pasal tu semua kena. Semua betul.



Inikah sikap manusia di akhir zaman?
Pelik.
Saya fikir.

Jul 27, 2011

Dia pengingat terbaik saya!


Mengapa tunggu dia?

Saya tunggu dia sebab saya sayang dia. Akhirnya dia akan muncul juga jumpa saya. Tak lama lagi. Saya memang sedang ternanti-nantikan dia Agak tidak sabar. Akhirnya, dia ada juga.

Dah nak jumpa, kenapa sayu pulak?

Bila dia muncul, saya gembira. Kemudian, saya rasa sayu. Bukan maksudnya saya tak gembira. Saya sangat gembira dengan kehadirannya sampaikan saya jadi sayu saat saya rasa dia mula meninggalkan saya. Dia macam chipsmorekan walaupun kenyataannya nilainya bukan seperti chipsmore tu. Dia sangat berharga.


Kenapa saya perlu ternanti-nantikan dia? 


Sukar menjawab soalan ini. Ternyata saya wajib..wajib dan wajib ternanti-nantikan dia. Bukan saja ternanti-natikan dia, malah saya juga perlu merinduinya. Walaupun setiap tahun dia tidak pernah mungkir janji untuk jumpa saya, namun kali ini saya rasa kehadirannya lagi istimewa. 


Nak tahu kenapa? 


Kali nie dia hadir saat saya sangat-sangat-sangat perlukan dia. Memang saya perlukan dia sebagai penguat dan pemberi semangat pada diri ini. Situasi saya sekarang selalu buat saya berserabut dan kadang kala saya terlepas pandang perkara yang lebih penting yang saya kena buat pada diri saya. 


Dia buat saya jadi apa?

Mujur dia akan datang sedikit masa lagi sebagai pengingat terbaik saya. Bila ada dia, saya sentiasa jadi tenang. Aura saya baik. Saya jadi kuat. Saya jadi positif. Saya jadi baik. Saya jadi berani. Malah, saya jadi takut nak buat jahat. Dia buat saya ingat Allah setiap masa. Tengok betapa hebatnya penangan kehadirannya dalam hidup saya. Jadi, memang tak salah saya perlu merinduinya ketika ini dan hari-hari seterusnya selagi umur saya dipanjangkan.


Siapa dia?


Dia adalah teman yang saya nanti-nantikan. Dia adalah Ramadhan. Dia adalah bulan pengingat terbaik saya. Dialah yang selalu menyedarkan diri saya saat saya lupa diri, saat saya lalai, saat saya terlena kealpaan. Sebenarnya, saya sukar nak menggambarkan betapa istimewanya Ramadhan pada diri saya. Hanya orang yang mendalaminya dapat merasai perasaan hebatnya bersama bulan Ramadhan. 

Perlu persiapan?

Saya masih belum cukup mendalami bulan Ramadhan. Persiapan saya untuk bertemunya juga masih belum lengkap. Saya juga masih tercari-cari jalan bagaimana nak memantapkan diri saya saat bersama Ramadhan. Saya tak nak nanti saya sia-siakan waktu bersama dia. Saat ini saya berdoa kepada Allah supaya saya sempat membuat persiapan dan mantapkan diri saya untuk bertemu dan bersama Ramadhan. 


Dia pengingat terbaik saya?

Ramadhan buat saya ingat kampung. Ingat ma abah. Ingat Nadiah. Ingat adik-beradik saya yang lain.  Ingat mereka yang pernah bertakhta di hati. Ingat rakan-rakan juga. Ramadhan buat saya ingat zaman kecil saya. Ramadhan buat saya mudah memaafkan kesalahan orang. Sebab tu, saya kata Ramadhan pengingat terbaik saya.


"Ramadhan...saya tunggu kamu."







Jul 24, 2011

Saya tahu awak tahu saya di sini.

Saya tak perlukan seorang superman kacak untuk lindungi saya.
Saya tak perlukan seorang penyanyi popular untuk hiburkan saya.
Saya tak perlukan seorang bussinessman kaya untuk bahagiakan saya.


Cukuplah ada awak saat saya susah dan senang.
Cukuplah ada awak untuk saya berbicara saat saya perlukan teman.
Cukuplah ada awak untuk ajar saya bersederhana dalam hidup.

...


HarHarHar!
Mood jiwang karat.

...


Awak.
Semoga awak ada untuk saya.


Awak.
Saya tahu awak ada di sana.


Awak.
Saya tahu awak tahu saya di sini.

Jul 23, 2011

Darling..darling..darling..oh honey..honey..honey!

Seronok tengok dia membesar.
Walau pernah jatuh tergolek langgar sana sini terhatuk tak terkata berapa kali,
alhamdulillah dia sihat.
Dia pun perangai dah macam orang besar sekarang.
Nanti dia nak dapat adik pulak.
So to mama Yani,
sila dapat baby comel lagi..hehe!
Nak tunggu anak orang lain lambat lagi r.
Hehehe!



Pss:

Darling..darling..darling..oh honey..honey..honey!
Camne lagu blog nie?
Meriah tak?
Hehehe.



Mata saya tak nangis tapi hati saya sering menangis.

Saat ini,
saya tetap nak tulis walaupun saya baru je post entry baru.
Perasaan saya sekarang buat saya nak tulis di sini.
Saya tengah sensitif sekarang. 
Senang cakap saya tengah sedih.
Saya nak balik rumah.
Saya nak jumpa mak.
Saya nak jumpa abah.
Saya nak jumpa Nadiah.
Saya nak jumpa semua ahli keluarga saya.
Tiba-tiba saya benci dengan semua beban tugas yang ada sekarang.
Saya tak sangka begitu banyak lambakan tugas kali nie.
Kenapa saya tak boleh nak handle dengan baik?
Semalam buat test burn-out dalam kelas.
Saya dalam kategori calon burn-out.
Saya takut saya tak dapat kawal tekanan dan emosi saya.
Orang mungkin nampak saya hebat.
Nampak saya macam takde apa-apa masalah.
Hakikatnya,
kepala saya tak pernah berhenti berfikir.
 Setiap masa kepala saya serabut fikirkan tugasan yang makin bertambah saban hari.
Cuba disiapkan tapi masih tak siap-siap.
Saat orang lain tak nampak saya,
saya menangis dalam diam.
Selalunya,
mata saya tak nangis tapi hati saya sering menangis.
Tapi sekarang mata saya menangis. Hati saya juga menangis.
Ini buat semangat yang saya kumpul dari awal semester layu 
 bagai debu ditiup angin.
Mampukah saya menghadapi final sem nie?
Saya pun takde jawapan.
Saya perlukan semangat untuk hadapi semua nie.

Saya mungkin gembira tapi hati saya?

Tadi dapat call Nadiah.

" Sayang hang tak balik. Banyak petai, buah-buah  kat rumah. Mak kirim salam kat hang.!"

Saya saya paling sensitif kalau sebut tentang ma.
Hati saya mudah tersentuh.

Satu hari melangkah. Saya awalkan.


5 tahun lalu.
Tarikh 24 Julai 2006.
Cerita dulu.




Saya datang ke maktab sebagai calon ambilan kedua dengan hati yang lara. Perasaan saya bercampur aduk. Saya berat hati nak tinggalkan USM. Saya berat hati nak tinggalkan kawan-kawan yang saya baru kenal di sana.Tapi demi ma, saya datang juga sebab saya percaya kata-kata ma adalah yang terbaik buat saya. 


Ma dan abah hantar saya ke sini. Lepas daftar, ma tolong saya bawa barang-barang masuk ke asrama Jambu. Masa tu saya nampak barang-barang roomate saya sudah ada di dalam bilik tetapi orangnya takde. Sebelum ma dengan abah tinggalkan saya, ma pesan supaya saya jaga diri. Abah pesan supaya saya jaga sembahyang. Saya salam ma dan abah dan dari jauh saya tengok kereta abah bergerak perlahan tinggalkan saya yang makin sebak.


Kali pertama saya kenal roomate saya, saya ingat lagi dia pakai baju kurung warna pink ditemani mak dengan neneknya yang ramah tegur saya. Mujur roomate saya juga jenis yang peramah. Hari pertama petang tu juga dia ajak saya keluar jalan-jalan sekeliling maktab. Walaupun saya nie agak pendiam, tapi dia boleh 'adapt' dengan perangai saya sampai saya pun boleh 'ngam' dengan dia.


Sebagai calon ambilan kedua, saya tidak melalui minggu orientasi seperti calon ambilan pertama. Mujur minggu orientasi saya di USM dulu agak meriah. Hari kedua sudah terkapai-kapai mencari jadual dan kelas. Mujur roomate saya nie seorang yang efektif. Dialah yang berjalan ke hulu ke hilir mencari jadual dan pensyarah manakala saya setia menjadi pengikutnya secara sukarela. Dari situ, saya belajar banyak benda baru dengan roomate saya. Saya memang kagum sangat dengan karekter dia yang saya anggap sangat matang dan berdikari. 


Kelas pertama saya di maktab ini adalah kelas di blok Kemahiran Hidup. Kelas berhabuk lagi kelam gelamat. Sesi perkenalan kelas dijalankan di situ. Waktu tu barulah saya kenal serba sedikit latar belakang budak-budak kelas saya yang majoritinya budak lelaki dan ramai pulak orang pantai timur. Muka sorang-sorang muka  samseng. Muka budak-budak. Muka macam taknak jadi cikgu. Kalau masuk kelas pun lagak malas saja sorang-sorang. Ada yang misteri dan menakutkan, ada yang pemberang, ada yang suka tidur. 


Tak lama lepas tu, kelas saya menerima lagi beberapa orang calon ambilan ketiga. Lagi istimewa kelas kami sebab sorang Indian masuk kelas kami dan sangat gentleman orangnya. Yang lain saya nampak muka budak-budak je. Muka budak lepas sekolah...biasa la..!


Banyak benda dah berlaku sepanjang lima tahun ini. Kes gaduh sebab pemilihan ketua kelas, kes perang mulut, kes gaduh, kes kutuk-mengutuk, kes kena cerca dengan pensyarah, kes nangis...semua saya dah lalui dengan diorang. Bila ingat perangai budak-budak dulu, malu pun ada, lucu pun ada. Dulu saya memang tak boleh 'ngam' langsung dengan perangai kebanyakan budak lelaki kelas saya. Dulu diorang memang 'kanak-kanak yang sangat nakal' dan langsung tak reti jaga perasaan orang. Itu cerita dululah.


Penghujung tahun lepas saya kehilangan sorang teman sekelas yang baik dengan saya dan girls lain. Dia adalah penyeri kelas kami. Bila dia takde, memang rasa dalam kelas kami kekurangan sesuatu. Apa yang berlaku buat saya percaya sesuatu ada hikmah disebaliknya. Waktu tu, saya mula sedar betapa saya perlu menghargai teman-teman di sekeliling saya. Teman-teman sekelas saya.

Kekal sampai sekarang.
Party Holiday masa foundation 
Kad raya arwah dikembalikan semula kepada saya.
Hutan Bakau, Perak bersama Cikgu Hariton.
Buka puasa di rumah Pn. Zainab.
Mereka di Taman Negara bersama Cikgu Abd. Rahman.
Tutor kelas saya yang sangat baik hati.
Sweet memori kenangan Taman Negara bersama mereka.
Bersama Dr. Khoo Bee Lee kelas Edu sem 7.

Hari esok.
Tarikh 24 Julai 2011.
Cerita sekarang. 


Menghampiri detik 5 tahun setengah cukup untuk saya kenal perangai kawan-kawan kelas saya. Cukup untuk saya tahu hati budi mereka. Cukup untuk saya tahu siapa kawan dan siapa lawan. Mungkin pengalaman menjalani latihan perguruan di IPG membantu saya dan rakan-rakan menjadi  lebih matang dari segi cara berfikir dan bertindak. Saya sudah boleh menerima kelemahan mereka dan saya rasa mereka juga boleh menerima kelemahan saya. 

  • Dulu saya tak banyak bergurau senda dengan mereka. Sekarang, saya boleh berlepas cakap dengan mereka.  
  • Dulu saya ada listkan nama-nama orang yang saya patut jauhi. Sekarang nama-nama tersebut saya mula letakkan sebagai list teman yang baik dengan saya.
  • Dulu saya benci mereka. Sekarang saya sayang mereka.
  • Dulu saya mudah terasa dengan setiap kata-kata mereka. Sekarang saya anggap kata-kata mereka sebagai satu humor.
  • Dulu saya tak pernah hang out dengan mereka. Sekarang, mereka ajak saya dan girls lain hang out sesama.
  • Dulu saya susah nak share botol minuman saya dengan mereka. Sekarang saya dah terbiasa dengan perangai mereka.
  • Dulu saya tak reti bergelak ketawa dengan mereka. Sekarang saya rasa merekalah orang-orang yang menceriakan kelas saya (walaupun perangai main-main mereka dalam kelas tu tetap ada.)

Buat kawan-kawan 8SNED2:

Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya.
Terima kasih kerana menjadikan hidup saya berwarna-warna.
Terima kasih kerana sebab buat saya rasa 1001 macam perasaan.








Jul 22, 2011

kO kan suka cakap aku materialistik!

Saya bukan pengemar fast food.
McD..opss!
Saya jarang menjejakkan kaki ke sana.
Cuma baru-baru nie je budak-budak kelas saya bersemangat ajak ke sana.
Bila tengok diorang 'bersatu-padu',
saya ikut serta.
Saya gembira bila mereka ketawa.






6 + 2.
Jumlah nie je yang free time saya jejakkan kaki ke McD.
Saya terlupa nak letak gambar sorang lagi.
Tak.
Saya memang sengaja tak nak sertakan gambar dia dalam belog saya.
Sebab hari tu dan sebelumnya dia cakap saya gOmuk.
Dia cakap saya cOntrol makan padahal boleh habiskan 2 biji burger masa tu juga.
(Kenyataannya, saya kenyang Ok sebab dah melantak kat kafe mOmi. Takde keje haku nak
cOntrol dengan kO r! Burger tu tak sOdap sebenOnya. Opss!)
Jadi, saya taknak masukkan gambar dia.
Satu lagi saya taknak dia terperasan sebab dia memang suka perasan.
Opss!
Saya gurau je.
Sorry.
Apa pun terima kasih.
Nak keluar ajak lagi sebab nak naik kete mewah kO.
Hahaaa!
(kO kan suka cakap aku materialistik!)

M.A.D

I love the way you are.
Just be yourself.

Recently,
 i'm really angry with you.
When you ask me:
 "Are you angry with me?"
I look into your eyes and  I say:
"Yes, i am. Totally mad."

Then, I leave you and let you think about my feeling.
I know i hurt you. I hurt my feeling too.
It's okay. 
At least, I try to hide my feeling.
The truth come from my heart.


Jul 20, 2011

Bila kartun sinchan mula dilupakan

Sekarang zaman upin dan ipin. Bukan lagi zaman kartun sinchan.


Tak cukup dalam group sebarkan feeling x puas hati pada saya, 
inbox saya pun dia kacau.
Motif?
Tunjukkan kelemahan diri dia sendiri.
Maaf saya bukan kaki gosip.
Kalau takde kaitan dengan saya, langsung saya malas nak amek peduli.
Dia buat saya sedar zaman sekarang lelaki pon pandai bergosip hebat.
Dia lagi-lagilah!



  • 7 hours ago

    Dia:
    • wei.. pernah ak kacau idup kau? pernah ak cakap ngan kau? pernah ak kawan ngan kau? ko xpyh la nk jeling2 kt ak. nk buat2 muka kt ak.. sbb ak pernah kawan pown ngan kau.. ko jg hal kau, xperlu nk nasihat org k? xperlu nk tunjuk matang sbb kau 2 pown bdak2. hal ak ngan pn hariton ko xperlu nk sibuk. 2 xde kaitan ngan kau.. hak tuih
  • about an hour ago

    Saya:
    • one more thing i can say is please respect 'my lecturer'. Benda lain klo ko nk buat aku tak kisah. Time lecturer aku nak mengajar dalam kelas ko jgn wat hal. Anywy status yg ko buat tu menunjukkan level diri kau. org bukan buta nak menilai. Good luck ye. I'll wait 4 another status.
  • about an hour ago

    Dia:
    • lantak ak la nk buat hal ke x.. yg pnting ak xkesah hal ko,ko jngan cari pasal ngan ak. jngan nak jeling2 kt ak..hebat sngat la bleh jeling2? xpayah cari pasal ngan ak.. status ak?? hahhaa.. mgkin ramailg nk bt status cam ak pasal ko.. tp diorng 'matang' koet. jd xbuat la
  • about an hour ago

    Saya:
    • berfikir sebelum berkata. itu level diri. tq. =)
  • about an hour ago

    Dia:
    • level ko tnggi sngat? setakat tua setahun ak xheran
  • about an hour ago

    Saya:
    • oppss lupa nak tanya tadi ..dh sembanhyang asar dah?..klo x pergi sembahyang dulu ye. pastu kita sambung lagi. anywy tak smbung pn x pe sebab aku busy la..kerja banyak..benda remeh2 nie tak elok la kan. Hmm..pas sembahyang pergi jogging ye petang2 nie. Bagi kurus sikit. =)

Jul 19, 2011

Bye Bye Partner Lelaki!

Kalau disuruh memilih partner untuk buat kerja sekali,
 nak pilih partner lelaki ke nak pilih partner perempuan?



Kalau korang macam mana?
Kriteria apa yang korang tengok kalau nak cari partner buat kerja sekali?


Dalam situasi tempat saya belajar sekarang,
sudah tentunya saya pilih partner perempuan kalau nak buat kerja sekali.
Walaupun hati saya akui lelaki lebih hebat, lebih kreatif malah lebih inovetif berbanding perempuan
 terutamanya bab-bab teknikal, 
namun berdasarkan situasi saya sekarang,
 saya akui lebih mudah, senang dan faham bila bekerja dengan parner perempuan.


Ada 5 jenis kategori partner lelaki yang memang buat saya susah hati kalau terpaksa kerja sekali
dengan diorang.


1. Partner lelaki kaki lepas tangan.

Partner lelaki jenis nie selalu saya jumpa.
 Pemalas!
Saya cukup pantang bila terpaksa bekerja dengan partner macam nie. 
Dia akan bikin hati saya panas sebab lepaskan semua tanggungjawab pada saya dan juga ahli-ahli lain.
Dah tu pandai pulak guna ayat berbunga kononnya hati saya boleh baik tolong buat semua kerja dia.
Paling sakit hati, sudah la tak pernah ambil tahu kerja apa nak kena buat,
tapi hanya tahu bertanya bila kerja nak siap.
Kurang hasam tul!


2. Partner lelaki pandai bercakap bagai nak rak.

Ini lagi sorang jenis partner yang nak kena kick.
Bercakap bukan kemain, air liur tersembur-sembur,
 idea berjela-jela maha hebat menggunung tinggi, tapi habuk pon tadak!
Partner macam nie memang buat saya menyampah dan kalau boleh saya memang
 tak hinggin orang macam nie jadi partner group work saya.
Buat saya hangin satu badan.


3. Partner lelaki  kaki cincai.

Hanya buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga.
Kalau dapat partner macam nie, saya lebih rela request untuk buat kerja sorang diri.
Kenapa?
Kalau kerja dengar dia,  saya rasa saya kena buat double work untuk
perbaiki balik mutu kerja-kerja cincai yang dia buat.
Ini boleh menggugat kesabaran saya.
Boleh buat mulut saya jadi jahat!


4. Partner lelaki kaki berkira.

Ini punya orang kasi senggattt r!
Out of my list untuk dijadikan partner.
Kerja aku kerja aku. Kau punya kerja beres sendiri.
Orang macam nie memang tak boleh nak tolerate dengan ahli kumpulan.
Selfish!
Boleh jalan r partner macam kau nie!


4. Partner lelaki kerja mudah.

Partner jenis nie hanya tahu nak ambil kerja part mudah je.
Yang susah-susah orang lain buat.
Bila kerja siap,
 berlagak nak mampus padahal kerja ringan macam kapas.
Mendabik dada ibarat buat kerja bertan-tan!


5. Partner lelaki kaki diskriminasi gender.

'Kau perempuan buat kerja nie je! Aku lelaki aku je boleh buat kerja nie.'
Kau hingat nie zaman tok nadok ka?
Jangan bagi perempuan buat kerja stereotype. 
Jangan ingat semua perempuan lemah dan tak tahu apa-apa.

Even kalau partner perempuan kau tak mahir sesuatu kerja,
 kau  boleh guna kepakaran kau tolong partner girl kau bagi dia tahu buat kerja lain jugak.
Ini tak asyik-asyik kerja yang sama!
Catat-mencatat, hias-menghias!


Sejujurnya, 
saya tak perlukan partner lelaki yang mempunyai kriteria hebat untuk berkolaberasi dengan saya.
Kalau dapat partner yang boleh bantu saya buat kerja, itu sudah cukup bagi saya.
Kalau lemah takpe, tapi mahu berusaha, mahu ambil peduli tugas apa yang nak kena buat.
Saya percaya, kalau kita lemah tetapi kita sama-sama berusaha untuk buat kerja,
hasilnya insyaallah setimpal dengan kerja yang kita buat.
Kemudian, baru kita rasa puas hati dengan hasilnya.
Saya berpegang pada prinsip tu.


Mujur semester nie saya berkolaberasi dengan partner perempuan.
Bila hal nie terjadi, saya boleh nampak si partner lelaki mula ambil tahu kerja apa nak buat.
Kalau dulu ada partner perempuan untuk bergantung harap, sekarang bye-bye partner lelaki.
Selamat buat kerja sendiri ya!
Saya tahu korang lebih hebat bila terpaksa buat kerja sendiri.
Gambahteh!
Aja fighting!
Chaiyokk!

Jul 15, 2011

Satu dalam sejuta

Punya teman memahami sangat susah.
Memang susah pun!




Mujur dalam hidup saya,
saya masih ada teman yang sanggup nak bersusah payah dengan saya 
dan boleh terima kelemahan saya seadanya.


Mujur dalam hidup saya, 
saya punya teman yang hari-hari boleh boleh tadah telinga mendengar keluhan rasa hati saya
walaupun matanya sudah kuyu mahu tidur.


Mujur dalam hidup saya,
saya punya teman yang boleh bagi nasihat kepada saya 
bila saya cakap saya yang lemah ini..ini..itu.


Mujur dalam hidup saya,
saya punya teman yang tidak segan silu nak tegur saya bila saya 
buat perangai hodoh dalam bilik.


Mujur dalam hidup saya,
ada teman ini yang ajak saya berjogging dan bersukan
untuk jaga kesihatan diri.


Mujur dalam hidup saya,
saya ada teman yang tak pernah give-up mendengar leteran
saya bila hati saya rasa tak senang hati.


Mujur dalam hidup saya,
ada teman ini yang bila bergaduh dengan saya
tak sampai sejam boleh baik balik.


Mujur dalam hidup saya,
saya masih punya teman yang berfikiran terbuka di mana
dia menjadi kamus rujukan masalah saya bila saya jauh daripada family saya.


Mujur dalam hidup saya,
saya ada teman yang selalu bagi motivasi positif 
pada diri saya.


Mujur dalam hidup saya,
saya ada teman ini yang buat
saya semakin yakin dengan diri saya.


Mujur ada teman ini,
saya telah belajar untuk menyayangi dan menghargai
insan-insan lain dalam hidup saya.


Pendek kata,
mujur ada teman ini dalam hidup saya.
Teman saya nie satu dalam sejuta.
Kalau saya hilang dia, 
mungkin saya takkan jumpa teman macam dia lagi
untuk beribu-ribu tahun akan datang.
Terima kasih teman sebab jadi kawan saya.









Jul 13, 2011

Power Karipuff

Satu pasukan khas dinamakan Power Karipuff
telah terpilih untuk menjalankan satu misi di bumi pada bulan Julai 2006.
Seramai enam orang ahli telah dipilih untuk menjalani Misi 2PM berbahaya ini.
Dalam misi tersebut,
kesemua ahli Power Karipuff perlu berhadapan dengan 11 monster
yang mempunyai kekuatan seni mempertahankan diri  maha hebat tahap 8.
Oleh itu,
ahli-ahli Power Karipuff perlu bergabung tenaga melawan 11 monster tersebut demi
menjaga keharmonian Negara T4SN2 di bawah
pemerintahan Ratu Zainab.




Antara ahli-ahli yang telah terpilih ialah:

Laksamana Armada Mia Olive


Pengalaman: 
Pernah menjalani latihan ketenteraan selama 6 tahun di Akademi Power Ranger.
Berpengalaman mengendalikan kapal Perang Super Junior M.

Peribadi:
Seorang yang teliti, skema, sukakan kekemasan, berfikir sebelum bertindak.

Kelemahan:
Terlalu berfikir banyak dalam membuat sesuatu keputusan.

Seni mempertahankan diri: 
Judo

Laksamana Muda Polaris


Pengalaman: 
Pernah menjalani latihan ketenteraan selama 5 tahun di Akademi Power Ranger.
Berpengalaman mengendalikan pesawat Dream High 7.

Peribadi:
Seorang yang tegas, bijak, ceria, pandai bertutur.

Kelemahan:
Pesaing yang kuat dan serius dalam sesuatu perkara.


Seni mempertahankan diri:
 Karate

Kapten Aifaa

Pengalaman:
Pernah menjalani latihan ketenteraan selama 5 tahun di Akademi Power Ranger.
Mempunyai kepakaran dalam bidang pengkomputeran.
Bijak merancang strategi melawan musuh.


Peribadi:
Seorang yang berfikiran kreatif dan kritis, pemikir yang hebat, lantang bersuara.

Kelemahan:
Suka betindak secara bersendirian.


Seni mempertahankan diri:
Taekwondo



Komander Shimadi




Pengalaman:
Berpengalaman dalam latihan komando selama 6 tahun di Akademi Power Ranger.
Mempunyai kepakaran dalam pengaturan dan pengurusan kewangan.

Seni mempertahankan diri:
Silat gayung

Peribadi:
Seorang yang bersistematik dan tersusun, peramah,
mudah beradaptasi dengan kehidupan baru.

Kelemahan:
Berperangai 'gila-gila'.


Leftenan Komander Cik Bee





Pengalaman:
Pernah menjalani latihan ketenteraan selama 6 tahun di Akademi Power Ranger.
Mempunyai skill khusus dalam bidang permotoran.
Mempunyai sijil khas dalam bidang komunikasi.

Peribadi:
Seorang yang 'cool', berani menegakkan keadilan, bijak dalam berkomunikasi dengan musuh, 
berstyle dan pembajet masa yang tepat.

Kelemahan:
Sukar mengawal emosi dan cepat marah (tetapi cepat cool).



Seni mempertahankan diri:
Silambam.


Kadet Muda Otai Syida



Pengalaman:
Pernah menjalani latihan kepolisan selama 5 tahun di Akademi Power Ranger.
Berkebolehan mengendalikan motosikal berkuasa tinggi 2PM.



Peribadi:
Caring,  baik hati dan sukakan kekemasan.

Kelemahan:
Silent killer.

Seni mempertahankan diri:
Kung Fu




Misson 2PM ini bermula pada Julai 2006 dijangka tamat pada penghujung tahun 2011
dan berpengkalan di Penang, Malaysia.
Diharapkan misi ini akan berjaya.