Jun 9, 2011

Siapa teman baik kamu? Kawan kamu..silap besar r!

Semester lalu waktu education.
Waktu itu tengah hari.
Seorang lecturer tanya salah seorang kawan aku. 

"Siapa teman baik kamu?"

Kawan aku nie bangun dan menyatakan bahawa romatenya adalah teman baiknya.
Lecturer tu tanya lagi.

"Adakah kamu pasti bahawa romate kamu adalah teman baik kamu?"

Kawan aku nie menjawab dengan penuh yakin bahawa romatenya adalah teman baiknnya,
dan dia berkongsi semua perkara dengan roomatenya itu.

Lepas tu, lecturer aku nie pun cakap bahawa jawapan kawan aku nie salah. 
Katanya, "kawan kita sebenarnya bukanlah teman baik kita."
Katanya, "teman baik kita sebenarnya adalah keluarga kita. Ibu bapa kita. Adik beradik kita."

Katanya lagi,
"kalau diri kita sakit, adakah teman kita dapat menjaga kita seperti mana ibubapa kita menjaga kita?"
"Kalau kita mempunyai masalah, adakah kawan kita dapat menyelesaikannya seperti mana ibu bapa kita membantu kita menyelesaikannya?"

Begitu panjang berjela ulasan lecturer aku nie, namun cukup berkesan di hati aku.

Aku pun bila ditanya siapa kawan baik aku, secara automatiknya otak aku dah set a few name si polan si polan tertentu as my bestfriend.
Rupa-rupanya aku pun terbuat silap. 
Terlupa nak listkan family aku sebagai my first best friend!

'Sorry my family. I made mistake. I'll not do it again. I know i was wrong!'

My parents. My siblings.My family.
They are my best friend for ever.




Bila aku sakit, takde siapa nak jaga aku sebagaimana detailnya mak abah jaga aku. 
Mak abah selalu tanya cukup tak bekalan ubat setiap kali aku nak balik institut. 
Adik beradik aku juga care pasal akak/adik diorang nie yang jahat gila tahap lapan . 
(Ok..aku agak jahat la dengan diorang!)
Malah, klo aku sakit je, sah aku akan call ma bagitau keadaan aku. 

Persoalannya sekarang:
'Kenapa aku tak share sakit aku dengan kawan-kawan lain?'

Aku tahu kawan-kawan lain tak boleh jaga aku sebagaimana orang tua.parents.mak abah jaga diri ini.
Anything happen to me, yang nak kalutnya mak abah aku. Bukan diorang.
Walaupun diorang care, namun takkan sama macam family kita care pasal diri kita.
Betulkan?

Sebab tulah kita selalu tengok remaja-remaja/budak-budak bermasalah biasanya berasal daripada keluarga yang bermasalah. Mostly okay!


Why this happen?

'Semuanya sebab bila family diorang bermasalah, maka ikatan kekeluargaan makin berkurang,
 dan si anak tiada teman baik untuk kongsi masalahnya. 
Jadi, si anak tadi akan mula mencari kawan-kawan untuk menceritakan masalah. 
Kalau kawan-kawan yang dicari bermoral, maka selamatlah anak tu. 
Namun, kalau bertemu dengan kawan-kawan yang tak bermoral, itu yang masalahnya. 
Kawan-kawan tak bermoral nie akan mengambil alih peranan family/parents yang sepatutnya 
menjadi teman baik si anak. 
Maka, jadilah macam-macam masalah bila si anak ini sudah tidak menjadikan ibubapa dan keluarga sebagai teman baik.'

'Okay tak penerangan aku? 
Jangan tak tahu aku expert bab karang karangan 3 muka setengah masa form 4-5 dulu!'

Cuba tengok orang-orang di sekeliling kita yang ada family ties yang erat.
Tengok macam mana diorang behave. Tengok camne manner diorang.

Walaupun ada orang cakap duduk bawah ketiak parents tu nampak tak macho, 
namun aku tak setuju dengan kenyataan itu.

'Itu kenyataan orang bodoh sombong dan ego!'

Sekali lagi aku nak tanya:

"Siapa teman baik kamu?"

 "Kawan kamu..silap besar r!"







4 comments:

fat said...

famili kita lah yg plg care sgt kt kita even kita ada kwn..

♥ p a a n i ♥ said...

best entry ni...

Zuwairi Aiman said...

MUHEX.TM30115.BZVP.OGO.STXCHRG

mia Olive said...

boonga_kecik: correct!..pandai eii!
p a A n i: thank you!
Zuwairi Aiman: At least u singgah sini..