Aktiviti saya hari minggu.
Pergi tracking kat Taman Negara Pulau Pinang.
3 kali pergi sana, saya tak pernah rasa jemu langsung. Sikit pun tak.
Malah saya seronok sebab buat keputusan tanpa banyak bersongeh untuk pergi ke sana bila
Payeh ajak saya dan roomate.
Terima kasih banyak-banyak Payeh.
Rasa untung sangat dapat keluarkan peluh sebanyak-banyaknya masa tracking tadi.
Saya tak rasa letih sampai nak putus asa pun masa meredah hutan dan berjalan di tepi pantai.
Serius best tadi walaupun geng-geng saya tak pergi tadi.
Takpe juga sebab saya jumpa orang-orang baru hari ini
yang saya tak pernah jumpa atau jarang bertegur sapa walaupun selalu berjumpa.
Walaupun saya tak banyak cakap hari ini,
tapi saya cukup terhibur dengan perangai sempoi budak-budak junior nie.
*Junior la sebab ada saya yang super senior nie.
Saya rasa diorang sangat lawak dan selalu buat saya tak kering gusi masa tracking tadi.
Diorang ajak saya mandi kat Monkey Beach tu,
tapi saya tolak bukan sebab saya malu,
tapi saya memang tak pikir nak mandi pun.
Lagipun Allah masih kuatkan hati saya supaya saya tahu dan tak lupa
batas-batas pergaulan dan juga aurat yang saya perlu jaga di antara lelaki dan perempuan.
Tak dapat mandi pun takpe sebab saya dapat tengok banyak lagi ciptaan Allah yang hebat-hebat.
Saya boleh rasa bayu sejuk yang mengeringkan peluh saya masa tracking tadi.
Saya dapat lihat pokok-pokok hijau yang menyejukkan pandangan ini.
Saya dapat bau pasir laut yang damai tu.
Saya dapat tengok air laut yang belum lagi mengganas macam Tsunami tu.
Itu sudah cukup pada saya untuk menghargai ciptaan Allah S.W.T.
Itu sudah cukup membuatkan saya tersenyum dan menghiburkan hati ini.
Kali pertama tracking ke Taman Negara - Monkey Beach |
Kali kedua tracking ke Taman Negara - Kerachut Beach |
Next time ajak saya lagi tau!
Insyaallah kalau saya tak sibuk, saya nak menyibukkan diri dengan aktiviti macam nie.
Lagipun inikan semester terakhir.
Jadi, saya tak nak menyesal tanpa kumpul apa-apa pengalaman bermakna
untuk dijadikan kenangan nanti.
Pss:
'Kalau geng saya dapat datang sini lagi seronok.'
'Tapi saya faham, masa sekarang tak sama macam masa dulu.'
1 comment:
gamabr saya pun ada..
kalau tak sibuk tentu nak pegi sama.. nampak cam best jer!!
Post a Comment