Jun 15, 2011

Mengaku je M.A.L.A.S

Aku suka pakai baju baru.
Tapi aku paling malas nak beli baju-baju baru.
Bila tengok baju kat kedai, aku rasa:
"eii..aku pun macam boleh jahit saja..isshh bazir kalau beli!".
Last sekali aku tak beli baju yang aku tengok tu.


Aku simpan duit. 
Aku lagi suka borong kasut atau beg.
Tetapi, bila kasut dan beg sudah baru, 
baru perasan baju pula style lama dan dah lama tak bertukar.
Asyik baju sama saja!
Bila nak keluar baru terhegeh-hegeh nak pilih baju mana yang sesuai.
Amik masa nak pilih baju mana nak pakai sampai takde idea.
Last sekali pakai baju lama juga. 
Baju yang selalu dipakai sampai jadi muak.


So, sekarang teringin nak cari baju baru.
Ciss..harap nak jahit baju, 
baju sendiri pun tak terjahit-jahit lagi.


Malas?


Haahaa..agaknya.
Sometimes, nak juga manjakan diri pakai baju dijahit orang lain juga.
Bukan tak hargai hasil tangan sendiri,
tapi camne nak cakap eii.
Okay, mengaku je malas. Malas nak jahit baju sendiri.


Bila tengok baju online, gila..aku geram gila sebab cantik sangat.
Pilihan aku mestilah t-shirt muslimah sebab pakaian nie sesuai dengan diri aku dan aku rasa selesa bila pakai.
Teringin juga nak try something diffrent tapi rasa awkward*canggung sangat 
dan rasa ianya bukan style.taste aku.
Atau mengaku je ianya sesuai dengan diri ini tapi duit telah menjadi penghalang untuk berlagak membelinya..hahaaa!

        

Aku bukanlah fashionista. Orang yang kuat berfesyen.
Kalau keluar pun, 
cukuplah dengan t-shirt muslimah @ blaus dengan jean @ slack@ baju kurung.
Janji sesuai dengan keadaan.
Tak terlampau gah atau mundur sangat.
Sederhana. Itu penting.
Yang penting selesa, cantik, sesuai dan tak buat orang lain 
pula yang rasa canggung dengan diri ini.
Lagipun, aku sentiasa ingat bahawa diri ini adalah seorang bakal guru insyaallah tak lama lagi,
maka pemakaianku juga harus bersesuaian dengan profesion jugalah.


Orang kata nak 
"bergaya biar berpada, jangan sampai masuk neraka."
(Peringatan kepada aku juga.)


Actually,
aku lari kejap daripada menjahit baju sis aku.
Makin lama makin mengembang pula sis sampai baju dia pun dah jadi ukuran lain.
Kalau takde mood, tak boleh jahit baju sebab
baju tiba-tiba akan berubah saiz tanpa disedari.
(Cehh..alasan, padahal nak menghupdate blog! hehee!)







No comments: