Selamat berada di Penang sejak 2 hari yang lalu.
Semalam tengok pelajar baru masuk daftar.
Teringat masa mula-mula masuk maktab.
Macam kera sumbang.
Agak kebingungan dan malu nak tegur senior.
Itu dulu kay.
'Sekarang saya dah jadi super senior.'
Final year dan insyaallah akan tamat hujung tahun ini.
Doa-doa takde batu penghalang yang bakal merencatkan impian nak graduate dengan selamat.
Tugasan kembali menjelma.
Bukan 1 malah makin banyak.
Takpe.
Awal-awal nie saya agak bersemangat nak buat kerja.
Rasa agak rajin nak buat tesis.
Saya sudah mula bawa lappy dan biat analisis soal selidik hari ini.
Nanti nak taip transkip interview pulak.
Kalau saya lagi rajin, saya nak tengok video dan catat pemerhatian dengan lebih teliti lagi.
'Rajinkan saya..hahahaa..jangan percaya tau!'
Semalam lagi satu peristiwa dasyat di permulaan semester nie.
Taklimat SCE 3115. Masa lantikan AJK seminar.
Kawan-kawan undi saya jadi pengerusi seminar.
'Masyallah..ujian apakah ini?'
Muka asam kecut terkejut gila serta takut juga ada
dan saya memang tak pernah mimpi walau sekecil kuman pun untuk
dilantik pegang jawatan tu.
Siapalah saya nie?
(Ini jujur tau).
Sejujurnya,
saya tak ada pengalaman langsung nak uruskan benda macam ini dan
saya sendiri rasa diri ini tak layak kot nak pegang jawatan tu.
(Ini pendapat saya tentang diri saya. Low confident kan saya nie?).
'Dan rasa nak debushh si lite!'
Sebab dia pandai-pandai tulis nama saya dan gelakkan saya.
Katannya, kononnya nak kasi 30% markah free untuk semester nie.
Terima kasih banyak-banyak!
Nanti kena anjurkan seminar penyelidikan kajian tindakan pelajar Sains. Ini bukan kerja main-main.
Walaupun saya memang jenis yang tak main-main dan serius buat kerja,
tetapi disebabkan takde langsung pengalaman nak conduct benda macam nie,
saya rasa tugas nie agak berat.
'Berat macam tanggung lori beras bertan-tan.'
Saya pun tak tahu nak mula macam mana.
Saya pun tak pandai sangat nak berkomunikasi dengan orang dan ini bakal mencacatkan kerja saya.
(Mengaku ini adalah kelemahan diri).
'Alahai...mampukah saya?'
Dalam hati, saya pujuk diri saya dan cuba ingat kata-kata Dr.P dan Dr.Y pada saya
selepas tamat taklimat.
"Saya tahu Atiqah boleh."
Rasa sedikit lega namun saya takut.
'Bolehkan saya?'
Dalam hati, saya berharap akan ada sedikit rombakan.
(Haha..idea nak larikan diri. Jahat gila syaitan nie. Asyik nak buat saya rasa ragu-ragu.)
Hari ini dalam kelas.
Saya guling-guling ketawa.
Classmate memang sentiasa gila-gila.
Lecturer kata kami nampak mature.
Lecturer pun gelak sakan hari ini.
Sorang lecturer bercerita pasal biawak masuk dalam keretanya.
Classmate kata hari ini kami belajar pasal biawak.
Saya gelak lagi.
Sorang classmate lalaki nie pula gelak sampai air mata keluar
sebab tengok gambar dalam buku rujukan yang baru dapat.
Saya pun nak tergelak sama sebab tengok dia gelak.
Hari ini saya tak fikir pun tentang apa yang telah berlaku semalam.
Hidup ini memang warna warni.
Kalau hidup ini sekadar dicorakkan dengan warna hitan dan putih saja,
rasanya bosan kot!
3 comments:
x per.. kak tiqah mesti boleh punyer..
cuma jgn buli kita yg sebagai anak buah dalam seminar ni yer.. hahaha!!
caya la....x pa,tanya la roomate.dia kan pakar...hihi
My sis sorang ni boleh buat punya..xpa,do da best..
Post a Comment