Jun 27, 2011

Put Yourself In Someone Else's Shoes

Saya enjoy.seronok.gembira.tenang masa kelas EDU Mr Raju tadi.
Kalau orang lain berdebar-debar takut ditanya atau tak boleh tidur dalam kelas,
saya pulak takde pun rasa macam tu.
Pada saya, Mr. Raju sorang yang open-minded, positif
dan paling best bahasa Melayu dia hebat,
malah lagi hebat daripada saya.
Sah-sah la dia hebat sebab dia pernah jadi Cikgu Bahasa Melayu,
so tak kisah la kan.


'Put Yourself In Someone Else's Shoes'


Tahu tak apa maknanya?
Tak tahu takpe sebab saya boleh terangkan.


Tadi dalam kelas main tukar-tukar kasut.
Yang si perempuan kena pakai kasut lelaki.
Sama juga yang si lelaki kena pakai kasut si perempuan.
Lepas pakai, kena jalan pusing-pusing dalam kelas.
Saya gelak memanjang saja masa aktiviti ini.
Saya kalau dah happy, memang susah nak stop gelak nie.
Tapi saya tak fikir pula kenapa Mr. Raju nak wat aktiviti nie.


Bila aktiviti berhenti, Mr. Raju tanya perasaan sorang-sorang
bila pakai kasut orang lain.
Saya cakap kasut longgar, tak sesuai dan tak berapa selesa.
Kawan-kawan lain cakap macam tu juga.


Ringkasnya di sini,
Mr. Raju sebenarnya nak terangkan maksud empati kepada *kitorang
(*Mr. Raju sah marah klo guna perkataan nie).
Maksudnya, kita meletakkan diri kita dalam situasi orang lain.
Macam pakai kasut orang lain la.
Apa yang orang tu rasa tak sama macam yang kita rasa.
Bila kita berada di tempat orang tu,
kemudian baru kita rasa apa yang orang tu rasa.
Itulah maksud empati sebenarnya.


Nak jadi cikgu kena ada sifat empati nie.
Sebenarnya, bukan cikgu saja tapi semua orang pun kena ada sifat nie.
Tak guna bersimpati saja, namun langsung
 takde usaha nak bantu orang lain, nak bantu anak murid.


Macam cikgu la,
tak guna marah *kaw-kaw punya  murid yang tak datang sekolah
tanpa kita ambil peduli kenapa murid kita tak datang sekolah.


Macam kes saya kat sekolah dulu,
sorang murid saya gelar si A selalu tak hadir ke sekolah dan banyak tertinggal apa yang saya ajar.
Saya pun nak marah juga tapi bila saya tanya sorang murid lain kenapa si A nie tak hadir,
murid tersbut beritahu saya bahawa si A kena jaga adiknya.
Pastu mak dia selalu pukul-pukul dan tendang si A nie.
Patutlah saya perasan si A nie selalu termenung, mengantuk dan jadi sangat pasif dalam kelas saya.



Pengalaman berdepan dengan kes macam tu buat saya insaf akan kekurangan diri saya
yang masih terkial-kial dengan sifat empati ini.
Sebagai seorang guru pelatih, memang saya hanya boleh bersimpati dengan si A.
Apa yang saya boleh bantu si A ialah
bila dia datang ke kelas, saya cuba tak marahkan dia
dan  cuba buat dia berasa selesa berada di dalam kelas.


Ini baru satu kes yang saya dengar tentang si A,
sedangkan dalam kelas ada 30 orang atau lebih murid.
Mungkin masih ada lebih daripada 30 masalah yang saya belum ambil tahu.


Tak guna kalau saya seorang guru yang hanya tahu bersimpati saja kan...!

3 comments:

fat said...

alamak. nnt mst de buat kt klas km plak. adoi.

Budak Hati said...

mantap and best entry ni :)

mia Olive said...

✿ boonga_kecik ✿: jangan debo sudah =D
Budak Hati: Tq..