Jun 16, 2011

Super Duper Bad

Saya tak hebat pon.
Sungguh saya tak tipu.


Saya ada cakap kat sorang kawan saya yang saya bukanlah orang yang pandai memasak.
Bila dengar saya cakap macam tu, dia gelak-gelak macam saya wat lawak
dan dengan bangganya dia cakap yang
muka saya nampak macam pandai memasak.
Saya rasa dia sangat bengongkan?


Dalam banyak-banyak masakan, saya tak suka masak benda yang guna santan.
Dulu saya suka bagi alasan masak pakai santan tak elok untuk kesihatan.
Boleh ganti susu dalam kotak.
Hakikatnya, saya malas nak kopek nyok*kelapa guna chok atau parang,
pastu kena tarik kuat-kuat sabut kelapa sampai tangan lenguh-lenguh,
pastu guna parang untuk pecahkan nyok*kelapa 
walaupun hasilnya buah nyok*kelapa terbelah dua penuh bergeriji dan susah nak kukur.


Itu cerita zaman dulu.
Zaman saya jahil masak-memasak.
Bila dewasa dan dah jadi anak dara,
bila saya cakap tak tahu memasak, orang mesti senyum simpul mengejek mungkin.
Saya buat-buat tak kisah*bodoh bila orang cakap atau buat muka kat saya
walaupun hati saya agak panas dan tak sabar nak debushh sorang-sorang.
Namun, saya tak boleh nafikan kenapa diorang berperangai hodoh macam tu.
Mungkin stigma 'perempuan tak pandai memasak nampak teruk' 
melekat hebat pada minda diorang.
Memang susah nak ubahkan??


Saya tak belajar memasak macam adik saya yang terer dan belajar katering serta rajin dan 
ringan mulut bertanya itu ini kepada mak saya setiap kali dia masuk dapur.
Saya tak belajar memasak dengan akak saya yang terer bab memasak lauk pauk tetapi
 kurang mahu mencuba membuat kuih-muih yang lazat.


Saya belajar memasak dengan melihat mereka memasak.
Saya memang tak banyak tanya mak saya macam mana nak masak itu ini.
Sebabnya, bila mak saya memasak,
semuanya tersangat cepat, campak sana sini sehingga terhidangnya makanan yang lazat lagi enak,
sampaikan saya rasa macam saya melambatkan kerja mak pula bila asyik tanya itu ini  waktu dia tengah memasak.
Cukuplah, saya sekadar menyediakan bahan-bahan untuk mak saya masak.


Tetapi, saya suka masuk dapur dengan adik saya yang sorang ni.
Dia sangat sempoi dan tak pernah pandang rendah saya.
Bila dia masak, dia ajar saya apa yang dia telah belajar.
Dia ajar saya macam mana nak potong halia bagi betul.
Dia ajar saya macam mana nak goreng ayam bagi lazat.
Dia ajar saya macam mana nak buat pizza dan kek coklat.
Even milo ais pun dia tetap ajar macam mana nak bagi sedap.
Pendek kata, macam-macam dia ajar saya.
Saya boleh katakan yang dia tak kedekut ilmu memasak langsung dengan saya.
Kalau dia gurau-gurau dengan saya pun, saya tak ambil pusing
dan hati saya kata 'diakan adik saya'
sebab dia lahir setahun selepas saya lahir.


Orang cakap kalau tak tahu memasak tak boleh kahwin.
Kalau tanya saya,
saya tak hairan pun.
Kalau pandang saya sebab saya boleh memasak,
baik tak payah sebab saya pun nak cari orang yang boleh bantu saya memasak bila saya kahwin nanti.
Lagipun saya sedar sekarang, 
memasak perlukan latihan dan kreativiti.

Nak pandai masak kena selalu buat!


Itu yang saya buat setiap kali cuti panjang bila takde orang-orang yang terer memasak di rumah.
Bila takde diorang, saya rasa saya sangat bebas memasak di dapur.
Bila ada diorang, saya bagi tugas memasak kat diorang dan saya buat benda lain yang lagi penting kat rumah.




Hari nie saya masak ayam goreng berempah. Ini ayam goreng berempah saya*sila tengok gambar.
Ada satu bahan tu saya  konfius sikit,
pastu saya guna khidmat hencek goggle cari apa benda tu.
Bila jumpa saya senyum puas.
Bila masak saya cuba gembirakan hati saya.
Hasilnya, saya puas hati dengan ayam goreng berempah saya hari ini.


Sekarang saya tengah tersenyum gembira.

Rupanya saya sedar saya bukan tukang masak yang super duper BAD!






1 comment:

kak cik natrah said...

oo...masa aku balik x mo masak kat aku...sedapnyaaaa