Jun 10, 2011

Kalaulah saya seorang pengarah filem/Cabaran Minggu 2

Aku dah tertinggal banyak topik untuk cabaran latihan menulis 100penulis nie. 
Banyak benda nak buat  sebelum nie dan sekarang aku nak cabar balik diri ini untuk cabaran 100penulis minggu ke-2. Biar aku terkedek-kedek (padahal sekarang dah minggu 7..waawaa)...tapi takpelah..aku cuba juga!


"Kalaulah saya seorang pengarah filem??"


Oh tidak!
Itu hanyalah mimpi di siang hari saja.
Layakkah aku menjadi seorang pengarah filem sebaris dengan nama-nama besar ataupun setaraf pengarah muda filem di Malaysia seperti Shamsul ataupun Farid Kamil, ataupun pengarah seexpert Khabir Bhatia?

'Oh tidak! Jauh panggang dari api okay!'

Namun katakanlah (katakanlah!) aku ini adalah seorang pengarah filem, aku sangat berminat untuk mengangkat tema seni mempertahankan diri dalam filem aku.

Sebabnya, aku tengok kat Malaysia nie memang tak banyak pun atau boleh dikira dengan jari atau dah takde pun filem-filem yang betul-betul nak memperkenalkan seni mempertahankan diri (contohnya macam silat), padahal itulah warisan agung orang Melayu juga yang kalau bijak diolah dengan skrip dan pelakon-pelakon yang bagus, aku rasa best sangat kalau filem kat Malaysia boleh memaparkan seni mempertahankan diri bila ada scene gaduh. Baru nampak warisan Melayu nie tak luntur tak telan dek zaman. (Betulkan peribahasaku ini?)

Kalau masuk panggung tengok citer action Melayu, asyik-asyik disajikan dengan cerita gangster lawan nak kereta, gangster lawan gusti, gangster main tembak-tembak. Tumbuk sepak terajang sesuka hati dan takde seni dan bunga silat langsung.

Cuba kita tengok filem cina macam filem ‘The Legend Is Born Ip  Man atau filem separuh cina macam filem ‘Karate Kid’ atau pun cerita yang ada sipi-sipi kung fu macam ‘Kung fu Dunk’ atau citer lawak yang ada unsur  kungfu seperti ‘Kungfu Hustle’ (dah lama dah filem nie!).

Apa yang membuatkan orang tertarik nak tengok filem-filem macam tu?

Aku dah berkali-kali tengok citer-citer tu dan aku sangat tertarik dengan bunga-bunga kung fu yang ditonjolkan pada filem-filem tersebut. Selain itu, filem-filem macam nie dapat bagi satu macam semangat lepas kita tengok. (Pada aku lah..korang aku tak tahulah!).

Ini barulah di namakan filem.

Pada aku kung fu pun setaraf aje dengan silat. Kedua-duanya bertujuan nak mempertahankan diri. Cuma dalam cite cina, diorang angkat warisan budaya diorang, namun dalam filem Melayu, nak tunjukkan silat pun payah. Takkan malu kot nak tunjuk silat kat orang? Takkan takut nak guna tema silat dalam filem korang? Ni apa cerita nie? (Adakah kata-kata aku bakal menyinggung sesetengah pihak?..sorry yaa! Ini hanyalah pendapat seorang penonton filem Melayu saja).

Kalau aku jadi pengarah filem, nak juga aku arahkan filem di mana Lisa Surihani boleh bersilat dengan hebatnya melawan Shaheizy Sam yang tolak cintanya. 
(haha..logik ke?).

Nak juga aku arahkan Fasha Sanda terbang menjunam tinggi bersilat atas awan melawan Nora Danish 
(Nie aku gurau je!)

Cuba bayangkan Aron Aziz pakai tengkolok dan baju Melayu dan dengan bersilat, dia dapat mengalahkan 50 penjahat dengan sekali tumbukan padu bagi meyelamatkan si Puteri Nora Elina yang menjadi tawanan si polan yang jahat. Hahaha..
(Aku makin berangan…sila abaikan).

Sebenarnya bukan senang nak jadi pengarah filem terutamanya bagi diri ini yang langsung tak punya kelulusan mahupun pengalaman untuk mengarahkan filem, malah nak berangan jadi pengarah filem pun susah tahu tak!

Setakat cakap pakai air liur bolehlah, namun bagi mereka yang jadi pengarah, aku tabik spring kat diorang sebab paling kurang diorang boleh buat filem untuk bagi orang tonton. Kalau tak sejuta orang masuk panggung, ciput-ciput pun okay la daripada tak ada orang nak tengok filem diorang! Selera orang masing-masing berbeza kay!

Majulah filem Melayu.

Terima kasih kerana membaca.

Tag 2 kawan:

No comments: