Jun 17, 2011

Saya dah tak boleh!

2 hari lagi saya akan belayar jauh.
2 hari lagi saya akan pergi jauh daripada family saya.
2 hari lagi rutin harian biasa kat rumah nie akan berubah bila saya pergi sana.


Saya dah tak boleh main tenet laju macam kat sini sebab kat sana 
kalau saya bernasib baik saya dapat wireless yang kadang-kadang laju walaupun hanya 2 bar,
tetapi selalunya lambat tahap kura-kura.


Saya dah tak boleh masak kat sana macam saya rajin (kononnya..) masak kat sini*rumah 
kerana secara automatiknya saya akan jadi sekepala dengan roomate saya yang lebih suka habiskan duit makan kat cafe maktab berbanding masak di asrama yang bila-bila masa boleh ditangkap kerana menyebarkan bau enak sampai mengalirkan air liur orang lain.


Saya dah tak boleh relax banyak-banyak macam yang saya buat kat sini
sebab lepas nie saya akan ditimbunkan dengan assigment dan Interim 
yang pasti buat saya tak menang tangan sehingga saya rasakan saya perlu menambah lagi bilangan tangan 
menjadi empat dan bilangan otak menjadi dua supaya 
dapat membantu saya buat kerja dengan cepat.


Pendek kata saya dah tak boleh buat benda yang saya selalu suka buat kat sini 
bila saya belayar ke sana.
Saya kena korbankan apa yang saya buat kat sini bila pergi sana.


Saya tahu hati saya sayu.sedih tapi saya takkan menangis bila pergi sana.
Saya dah train.rawat.pujuk hati saya sejak saya pergi jauh ke Melaka dulu.
Saya akan cuba belayar dengan senyuman paling ceria dan penuh bersemangat.


Hidup kena penuh semangat!

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

semangat!!!

kak cik natrah said...

caiyok2