Jun 29, 2011

Gua rasa syukur wei jumpa dia!


Izinkan gua cakap sikit.


Tadi kat institut gua ada sambutan hari guru.
Best la jugak sambutan kali nie sebab ramai bebudak maktab kumpul sama-sama.
Persembahan juga *not bad (okay la),
dan paling best mestilah persembahan lecturer yang mantap gitu
dengan lakonan wayang opera cina sampai buat gua gelak terbahak-bahak
sepanjang persembahan diorang.
Budak muzik pula memang hebat pun main muzik (bukan nyanyi ok!) macam taraf profesional kot,
dan *corus speaking junior Math pun menarik juga.
Jadi, ini je persembahan yang gua boleh puji best untuk majlis kali nie.
Apa gua nak bagitau, cikgu-cikgu nie semua ada bakat dan kalau polish lagi memang cikgu nie hebatlah!


Straight to the point.


Gua rasa syukur sesangatttttttttt sebab hari nie sebab gua dah dapat result semester lepas.
'Alhamdulillah..amin..amin!'
Agak melonjak pointer gua kali nie dan gua pun takmau la cakap berapa pointernya.
Cukuplah orang-orang terdekat je tahu bape pointer gua,
dan gua rasa berbayar sebab kalau semester lalu,
 ada satu subjek minor tu diorang tersilap letak gred C+ kat gua (gua benci gila tengok gred tu!),
hamek kau sem nie gua balas sume subjek dengan A.
Gua rasa syukur wei jumpa A tak kisah la 'A+' ke 'A-' ke, asal bukan 'C+' tu!


'Astagfirullah..gua jangan riak kay.'
'Nanti Allah tarik balik kan nyesal tak sudah!'
(Mood: Insaf.)

Nie mungkin berkat restu *lecturer gua sebab diorang halalkan ilmu yang diajar,
berkat doa mak abah yang baca yasin kat gua lepas Maghrib asal gua cakap je gua ada *exam, 
pastu selalu pesan kat gua suruh baca yasin pagi-pagi 
dan buat solat hajat.

Tahniah juga buat classmates dan kengkawan lain sebab diorang sume dah lulus dengan elok juga
dan dapat sama-sama dengan gua untuk semester nie.


'Gua nak cakap gua sayang gila kat korang walaupun gua nie macam misteri sket dan tak banyak pot-pet pot-pet dengan korang..hahahaa!'
(Maybe influence citer seram kot sejak akhir-akhir nie!)


Perjuangan tak tamat lagi tau.
Final sem nie weh!
Sumpah gua cakap kerja lagi banyak *compare dengan semester lalu kot!
Kerja gua sebagai pengerusi seminar pun tak banyak gerak lagi.
Sorry anak buah klo gua nie kurang efektif dan *slow motion sket atau bahasa kasarnya 
gua agak lembab (bukan tahap cipan) 
sebab gua pun masih terkial-kial lagi nak uruskan seminar kita.

 Sila bantu gua kay!

No comments: