Persiapan sebelum update blog.
Blogger tak famous:
Aku si blogger (acece..!) yang tak bape nak famous nie pun rasa macam tu bila nak update blog.
Banyak benda nak kena consider tau bila nak update blog aku nie!
That’s why la trademark aku,
‘Tulis sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A’
Maksudnya aku hanya akan menulis (menaip lebih tepatkan!) bila aku terasa nak menulis dan senang hati nak menulis. Bila takde mood, aku pasti takkan merajinkan diri aku dan memaksa diri ini untuk menulis,
sebab itu hanya akan membuatkan penulisan blog aku jadi karut-mengarut dan takde fokus kay!
Biasanya sebelum menghupdate blog (*belog -kata Hanis Zalikha),
benda apa yang biasa korang buat?
'Adakah korang memusingkan kerusi korang sebanyak seratus kali empat sebelum mula mengupdate blog?'
'Adakah korang memasang lagu jiwang meleleh meraung bila nak postkan entry sedih kecewa korang?'
'Adakah korang makan dengan banyaknya bila ingin menceritakan kisah korang berdiet tak jadi?'
Menurut pengalaman aku,
sebelum menghupdate blog, aku biasanya suka round-round pusing sekeling blogspot tengok dan redah blog orang lain terlebih dahulu.
Tujuannya bukan aku nak copy post atau nak curi idea diorang,
tetapi nak cari ilham benda apa yang aku nak cerita dalam blog aku.
Bila tengok orang lain update blog, baru semangat nak update blog sendiri pun datang.
Ini namanya serampang dua mata kay! Kill two birds with a stone!
(Betul ka peribahasa aku nie? Tibai jee..)
Lepas tukan, sebelum menghupdate blog juga,
sila pasang lagu kay!
sila pasang lagu kay!
Ini spesis akulah.
Lagu pula mestilah sesuai dengan mood sendiri.
Nape?
Supaya dapat mengexpreskan(menyampaikan) apa yang kita rasa dengan lebih telus dan dapat dirasai oleh pembaca.peminat kita.
Macam aku, mujur la belog aku takdelah pasang lagu yang terlalu jiwang karat atau terlalu menggoncangkan kepala otak sampai rasa nak tercabut.
Bila nak post entry baru, aku suka dengar lagu blog aku sendiri sambil menulis.
Tak kisahlah nak post entru sedih, motivation, marah atau gembira.
Aku senang sangat menulis sambil mendengar lagi blog aku.
Rasa macam bercakap dengan seseorang pula bila buat macam tu.
(Rasanya kepala hotak aku okay lagi kot!).
Kalau nak update blog, cuba la update benda yang best sikit dan benda yang orang nak baca.
(walaupun aku ni pun kadang-kadang atau selalu mengpostkan entry karut-megarut dan hanya aku jee yang suka baca saja!).
Kalau asyik-asyik benda yang sama saja, baik tak payah post!
Peram dulu setahun setengah (atau lebih), ha..baru postkan sebab rasanya orang dah tak ingat kot benda apa yang kita dah ceritakan.
(Hebat tak cadangan tak boleh pakai aku nie?)
Selamat mengupdatekan.mengaktifkan.menghidupkan blog anda.aku juga.
Sila postkan benda-benda yang menarik dalam blog anda.aku juga.
Percayalah, kalau post anda.aku best dan bermakna,
maka orang akan baca dan hargai blog anda.aku juga.
Terima kasih kerana membaca!
Aku hargai walaupun korang tak nampak...haha!
Tag:
1. Rosalinda
2. Gonzales
No comments:
Post a Comment