Wahai pembuang bayi bacalah!
Coretan ini ditujukan buat insan pembuang bayi yang digelar mama.
Mama..mama!
Aku ingin sekali menyebut namamu, mama.
Apakan daya, diri ini sudah hancur binasa.
Bukan dia, bukan mereka, namun kau, mama.
Tanganmu yang telah menghancurkan tubuhku ini.
Mama..mama!
Malam itu, ingat lagikah mama malam terakhirku melihat dunia ini.
Malam sebelum engkau merampas aku daripada dunia ini.
Malam itu, kau peluk tubuh kecilku erat dan kau cium lembutku tanpa henti.
Lantas aku lena dalam pelukanmu yang hangat selesa itu.
Waktu itu kusangkakan kau menyayangi diri ini.
Tanpa ku sedar, kau membawa aku pergi jauh di saat
orang lain sedang enak di buai mimpi.
Mama..mama!
Aku kesejukan mama.
Tiada lagi pelukan eratmu mahupun kain batikmu yang berwarna merah hati itu membalut tubuhku.
Mana mampu bayi seusia 10 hari sepertiku bertahan dalam dingin embun pagi begini.
Aku juga begitu tidak selesa dengan bau tempat ini, mama.
Tempat apakah ini mama?
Mama..mama!
Aku merengek memanggilmu mama.
Saat itu, aku terasa ada benda-benda halus mula mengigit kulit halusku.
Mula-mula sedikit, namun lama-lama aku rasa tubuhku kesakitan, mama.
Arghh mama..!
Aku dapat rasakan benda-benda kecil itu mula memasuki rongga telingga dan dan mengigit hidungku mama.
Apa yang perlu aku buat mama?
Aku sakit..tersangat sakit, mama!
Aku memanggilmu lagi, mama.
Namun bayanganmu mana mama?
Mana mama pergi saat aku memerlukanmu mama?
Mama..mama!
.
Aku masih mampu bernafas lagi meskipun tubuhkun sudah lebam digigit semut halus itu.
Aku ingatkan derita aku setakat itu sahaja, namun aku salah mama.
Malam itu juga, aku terdengar salakan anjing-anjing liar berkeliaran tidak jauh dari tempat aku merengek kesakitan.
Mungkin mereka mendengar suara tangis kesakitan ku,
sedangkan engkau mama,
langsung tidak mendengar tangisan kesakitan bayimu ini.
Mama..mama!
Salakan anjing itu makin dekat mama.
Bukan satu, bukan dua mama,
tetapi tiga ekor anjing semakin menghampiri aku mama.
Aku takut melihat rupa mereka.
Penuh kebengisan dan air liur mereka bertebaran meleleh membasahi tubuhku ketika
anjing-anjing itu mencium tubuh kerdilku.
Seekor anjing berwarna hitam mula menggigit kaki kiriku mama.
Semakin tubuhku bergerak, semakin sakit kurasakan kakiku digigit binatang hitam itu, mama.
Dua ekor anjing lagi berpusing-pusing sebelum mereka mula menerkam ke arahku, mama.
Aku menjerit kesakitan, mama.
Aku sakit mama saat tubuh lemahku dilapah oleh gigi taring tajam ketiga-tiga haiwan yang kelaparan itu.
Satu persatu anggota tubuhku mula tercerai daripada badanku.
Nafasku makin perlahan, mama.
Mama..mama!
Rasanya aku sudah tidak mampu menghirup udara dunia ini lagi mama.
Mama, aku semakin lemah.
Rengekan dan tangisan aku makin perlahan.
Akhirnya, aku sudah tidah berdaya lagi.
Jasadku hancur, mama! Hancur sangat-sangat!
Aku menjadi bangkai yang makin membusuk di tempat sampah ini.
‘Inikah yang kau mahu, mama!?’
‘Jika kau berada di tempatku, dapatkah kau merasai kesakitanku?’
‘Jika kau tidak sanggup memelihara diri ini, mengapa kau sanggup melakukan dosa itu sehingga melahirkan aku?’
‘Jika kau tak sanggup menjagaku, mengapa perlu kau menghancurkan aku? Mengapa tidak kau biarkan aku hidup dalam limpah kasih sayang orang lain yang lebih menyayangiku?
‘Jika kau telah melakukan dosa sehingga melahirkan aku, mengapa perlu kau tambahkan lagi dosa kau dengan membunuhku?’
‘Mengapa tidak saja kau pelihara aku sebaiknya? Didik aku menjadi anak yang soleh. Itu lebih baik daripada kau membuangku malah membunuhku seperti inikan?’
Mama, mungkin aku sudah ditakdirkan pergi seperti ini.
Namun kau mama, takdirmu bagaimana?
Kau tahu Tuhan itu Maha Adilkan?
Takkan terlepas orang-orang yang membuat dosa kecuali orang yang menerima keampunannya.
Aku harap, itulah kau mama.
Orang yang menerima keampunannya.
Tag:
1. Puteri
2. Putera
1 comment:
tajuk ni agak berat...belum ada idea lagi nak menulis...huhuhu
New Entry:Kenangan: Aku, lampu
dan radio
Jom join contest "I love perfume"
Tolong vote for me @ Contest like @ Facebook
Post a Comment