Jun 24, 2011

Hancur Luluh Hati Lagi Berdebar

"Masuk panggung ingat ada orang rupanya berdua saja sedangkan nak tengok citer hantu, pastu kena usik lak dalam panggung kosong takde orang tu...mujur boleh bertahan dan tak lari dengan Iffah Afifah hingga hujung cerita...berdebar tul!"


Status terkini di Facebook.



Tadi kelas EDU batal.
Saya dengan roomate tanpa bersongeh banyak-banyak terus call Payeh dan lari ke Queenbay secepat mungkin.
Terus cucuk duit yang berbaki bape sen tuh dan pergi survey citer apa nak tengok.
Roomate pilih citer seram 'Rasuk'.
Hati  macam berat nak tengok cerita macam tu, 
tapi saya ikut saja dan malas nak fikir banyak-banyak.
Bila panggung ON je, 
terus kami masuk dan agak terkejut sebab sorang pun takde dalam panggung tu.
Sit merah kosong saja tanpa penunggu. Panggung pula gelap-gelap senja je.
Roomate cakap nampak pelik ja.
Saya pun rasa macam tu juga.


Tanpa banyak berfikir walaupun hati rasa cuak,
saya dengan roomate terus ambil tempat.
Memandangkan panggung memang kosong dan tiada apa-apa tayangan lagi 
(kami pun agak lurus sebab punctual sangat!),
saya cuba buat lawak dengan roomate saya sebab tak mahu stress-stress.
Roomate pun sama juga.
Tak henti-henti kami bercakap.


Tiba-tiba terdengar suara kat belakang.
"Psss...psss!"
Gaya suara langsuir je.
Saya berdebar. Roomate juga.
Dua-dua alih muka ke belakang.
Takde sapa-sapa.
Hati dua-dua rasa tak enak. Siap saling pandang-pandang lagi.
Saya dah pegang beg dan sedia nak cabut kalau roomate lari dulu.
Roomate cakap orang usik.
Saya tahu. Cuma hati tak sedap.
Tunggu lagi.
Saya cakap kat roomate,
"Allah ada, takpe!"
Sekejap lepas tu, tayangan promo movie pun mula.
Flat 3A. Satu cerita seram.
Ingatkan hati saya saja seram, rupanya roomate juga sama.
Saya ada ajak roomate lari keluar, tapi bila roomate tak gerak, saya pun tak gerak juga.


Tayangan pun bermula tak lama lepas tu.
Baru mula je tapi sound effect seram dah berjaya buat bulu roma  berdiri tegak.
Cuba nak relaks tapi rasa badan keras kejung tengok citer nie.
Tambah-tambah banyak pula suara bisikan dalam citer nie,
pastu tengok wayang berdua pula,
lagilah hati ini berdebar tak sudah-sudah.
Kaki nie kalau boleh nak keluar je panggung.
Biar rugi asal tak keras kejung jumpa hantu.


Beberapa minit pastu, 
ternampak tiga orang perempuan masuk panggung.
Saya rasa sedikit lega. Roomate pun rasa camtu.
Rasa ada penyelamat bila diorang masuk dan duduk di tengah-tengah panggung.
Rasa berdebar tiba-tiba hilang bila nampak diorang.
Dalam hati saya rasa lucu dengan perangai sendiri.
"Boleh pulak jadi penakut hari nie!"



Tamat je wayang memang saya ketawa terbahak-bahak dan tak henti-henti.
Terkenang pengalaman berdebar tadi.
Wow, rasanya bertuah juga boleh rasai pengalaman berdebar macam berada dalam cerita seram.
Pengalaman ini memang jadi pengajaran pada diri saya.



Itulah,
lain kali jangan punctual sangat bila panggung ON.
Tunggu dulu beberapa minit sebelum masuk panggung.
Kedua, 
kalau nak tengok wayang seram, sila pilih hari dan waktu yang bersesuaian.
Kalau tidak, inilah padahnya!
Ketiga,
kalau ada dengar suara 'psss...psss',
jangan takut kay sebab itu helah pekerja cinema
nak bangkitkan perasaan seram korang.



Hahaaa..saya dah terkena hari ini.
'Berdebar dan lucu.'



Tentang cerita rasuk nie,
nak kata terlalu seram takde la sangat.
Bila tengok Fauziah Gous berlakon,
rasa macam nak tercabut je tulang-tulang dia masa kena rasuk tu.
'Boleh keras kejung tu!'








2 comments:

iKhRam said...

hahaha..
kelakar la pulak.. tak terbayang muka kak pah degn kak mia..

agak2 kalau ikhram ada sekali.. tak tau la.. sapa yg lelaki sapa yg perempuan.. hahaha!!

fat said...

kalo kami, kami cabut awai2 dh hahaha