Sep 2, 2011

Korang pernah dengar tak rancangan Korea 'We Got Married'?


Saya pun tak pernah dengar tapi sejak 3 bulan yang lalu,
saya telah diperkenalkan oleh Miz Otai tentang rancangan nie.
Mulanya saya tak layan sangat, 
tapi bila saya tengok teman saya nie bukan main sakan promote kan saya,
jadi saya pun layan saja.

.............................................................................................................
"We Got Married (우리 결혼했어요) is a popular reality South Korean variety show, one segment of the Sunday Sunday Night program. First broadcast in 2008, the show pairs up Korean celebrities to show what life would be like if they were married. Each week, couples are assigned missions to complete, with candid interviews of the participants to reveal their thoughts and feelings."
...........................................................................................................

Kat atas tu info yang saya dapat masa search kat wikipedia.

Antara semua pasangan 'We Got Married',
saya suka tengok pasangan 'Khuntoria' iaitu Nickhun 2pm dengan Victoria f(x).



Akak saya geleng-geleng kepala bila tengok saya layan citer nie.
Siap dia tanya saya,
apa yang best sangat citer nie?

Hahaha.
Jawapan saya mudah saja.
Kenapa saya suka show 'We Got Married Khuntoria?


s a t u :
Kedua-dua selebriti Korea nie sangat sepadan.
Dua-dua orang popular.
Cuba tengok diorang kacak dan cantikkan..!




d u a :
Kedua-dua selebriti nie bukannya orang Korea. 
Yang si Nickun nie baru saya tahu dia rupanya orang Thailand, 
manakala si Victoria nie pulak orang China.
Pertemuan dua budaya nie saya rasa sangat menarik.
Itu yang buat saya nak tengok tu.


t i g a:
Dalam show nie, diorang sangat sangat 'sweeeeettt'.
Sorang sangat baik hati dan gentleman, 
sorang lagi pulak sangat comel dan pandai memasak.
Jarangkan kita tahu siapa artis Korea yang pandai memasak.
Akhirnya jumpa jugak si Victoria nie.


Setakat nie saya sempat tengok sampai 32 episod saja.
Next time saya tanya Miz Otai mana tau dia ada download lagi.
Heheee!




3 comments:

cHeQ 민미 said...

saya dapat banyak stok we got married, kak mia mahu x? all episodes of yongseo & adams couple, khuntoria smpai 30++ jugak kot, nt saya check balik.^^

mia Olive said...

mesrilah nakkk....hehe..

Eera said...

sya pun tgk jgk WGM nie..
best!!..:)