Sep 19, 2011


Tips menjauhkan diri daripada seseorang. Lakukan ini:




1.
 Lupakan dia.
2. 
Abaikan dia.
3. 
Jauhkan diri daripada dia.
4. 
Jangan layan dia.
5. 
Pejam mata bila nampak dia.
6. 
Diam bila dia berbicara.
7. 
Pekakkan telinga bila dia berkata-kata.
8. 
Buat bodoh bila dia tanya.
9. 
Buat sombong dengan dia.
10. 
Jangan bercakap dengan dia.


Namun begitu, itu adalah perkara kurang bijak dilakukan untuk melupakan seseorang.

Sepatutnya anda perlu seperti begini:


1.
Ingat segala nasihat dan motivasi yang dia pernah bagi
untuk menpositifkan diri kita.
2.
Ambil berat orang-orang disekeliling kita.
Abaikan dia takpe, jangan abaikan orang lain.
3.
Tak payah jauhkan diri tapi tampilkan diri kita dengan bersemangat, 
berpesonaliti dan penuh keyakinan.
4.
Layanlah dia seperti seorang rakan yang pernah bantu kita.
Jangan lupakan 1 kebaikan yang dia pernah buat pada kita walaupun 
dia pernah buat 1000 kesalahan pada diri kita.
5.
Buka mata seluas-luasnya dan tengok kelemahan yang ada pada diri kita
supaya kita cari jalan untuk memperbaiki kelemahan itu 
agar  ia boleh menjadi kekuatan kita.
6.
Berbicara dengan sopan dan perlu yakin dengan apa yang dituturkan.
Jangan tunjuk kelemahan kita depan orang lain,
lagi-lagilah dia.
Kita kena yakin.
7.
Guna pendengaran kita untuk mendengar perkara yang positif 
kerana banyak mendengar itu lebih baik daripada banyak bercakap.
8.
Jangan buat bodoh bila orang bertanya. Sebaiknya jawablah dengan jujur dan ikhlas
dan pastikan kita yakin dengan jawapan yang kita berikan. 
9.
Sebagai manusia, kita tidak berhak sombong dengan sesiapa pun
 kerana itu bukan hak kita.
10.
Bercakap untuk perkara-perkara penting sahaja.
Lagipun diam itu lebih baik daripada berkata-kata.


1 comment:

Anonymous said...

xpe cik mia olive..awk dah buat kputusan yang terbaekkk dlm hidup awk..sy sokong kamooo.u deserve other person more than himself u know. jodoh itu kan rahsia Allah..siapa tahu Allah sebenarnya seang mengatur jodoh yang lebih baik utk kamoo dari dia..bila tiba masanya nt,pasti Allah akan pertemukan kamu dgn si dia suatu hr nanti..so chill ya sis,