Sambung lagi cerita jadi pengerusi.
Dulu saya banyak kerja bawah orang sampai saya tak pernah mimpi jadi pengerusi pon.
Rasanya banyak kali juga saya jadi tukang buat kertas kerja sepanjang di IPG nie,
jadi sudah terbiasa menerima arahan orang lain
Bila dapat gelaran pengerusi semester nie, saya terfikir:
"Nak pimpin orang..hmm...nak ke diorang dengar cakap aku nie?"
Hari nie nak buat rehearsal seminar kali kedua.
Saya datang 5 minit awal daripada masa yang ditetapkan.
Yang ada cuma 3 orang.
Kemudian datang dua orang dan seterusnya.
Saya tengok jam.
Jam 2.30 bergerak ke angka 3.00.
Nak rehearsal apa macam nie kalau si-si kaki kura-kura masih tak datang?
Sebagai pengerusi saya bengang.
Perangai macam nie buat agenda hari nie hampir tergendala.
Bukan tak tahu ada rehearsal tapi sengaja tak ambil tahu.
Suka ambil perkara mudah.
"Ohh..korang pandang aku sebelah mata ke?"
Saya emo.
Saya jelaskan pada ahli saya cukup tak suka dengan orang yang tak tepati masa.
Sapa suruh pilih saya jadi pengerusi, maka sila pasang telinga dengar kata-kata saya..
Kalau setakat 5-15 minit saya tak kisah.
Sampai 30 minit dan lebih memang buat hati saya terbakar.
Saya nie jenis sensitif sikit. Kalau tak kuat tadi saya boleh menangis.
Tapi,mujur saya masih kuat.
Masih dapat jalankan tugas saya.
Masih dapat pastikan rehearsal berjalan juga hari nie.
Tapi hari nie saya dah spot beberapa orang dalam senarai merah.
Kaki ponteng ada.
Kaki kura-kura lagi ramai.
Kaki penyapu buruk pon ada.
Saya rasa nak tembak sorang-sorang.
Beng..beng..beng!
Nah ..amek kau!
2 comments:
lagu ape eh background ni?
lagu ft island...
Post a Comment