Hahahaaa.
Seronok sungguh jumpa kawan-kawan sekelas hari nie
selepas sebulan yang lalu berpuasa dan berinternship sampai takde masa nak jumpa satu sama lain.
Even lappy depan mata masing-masing buat assignment (betul nie),
kitaorang boleh gelak-gelak sembang sana sini
walaupun kat perpustakaan
(korang jangan buat kay!).
Masing-masing asal jumpa je tanya:
"Ko pergi beraya mana? Rumah mak mentua tak pergi ke?"
"Biskut raya tak bawa ke? Satu pun tak merasa nie?"
"AR ko draf yang keberapa dah?"
"Lemang takde ke?"
Hahahaa.
Macam-macam la korang nie.
Lucu tapi best bila dapat jumpa korang semua.
Rasa macam dah lama sangat tak jumpa.
Bila sebut bab kawin rasanya tak terlambat lagi saya nak ucapkan :
"Selamat Pengantin Baru"
buat Husna dan pasangannya
yang selamat diijabkabulkan pada hari raya kedua yang lalu.
Sumpah terkejut beruk dapat msg Husna jemput datang ke majlisnya tu!
Senyap-senyap ye rupanya...hmmm tapi saya suka cara tu.
Baru surprise!
Sorang lagi saya nak ucapkan:
"Selamat Bertunang"
buat Yani.
Saya harap semuanya akan terus berkekalan selama-lamanya
walaupun korang lagi advance daripada akak Mia nie..ececee!
Insyaallah jodoh korang jodoh daripada Tuhan.
Moga bahagia selalu.
Amin.
"Ko nie bila nak kawin? Dah lama aku tunggu nie?"
Dia tanya saya.
Saya macam biasa gelak.
Hahahaaa.....!
Saya tunjuk kat dia dua jari.
2 tahun lagi nak kawin?
Takdela.
Maksud saya bukan 2 tahun lagi nak kawin,
maksudnya saya tunggu nak kerja 2 tahun dulu.
Itu target saya sejak dulu lagi.
Entah! Hati saya pun cakap macam tu.
Masa sekarang mungkin saya belum bersedia nak 'diikat' oleh sesiapa kot.
Haa..senang cakap saya takde calon lagi!
Nak suruh saya terikat dengan siapa?..
Dengan tiang boleh la kot....!
Saya tahu saya hanya boleh merancang tapi
Allah sudah tentu ada perancangan terbaik-Nya buat diri saya.
Jadi, mengapa saya nak risau sampai tak tidur malam.
"Jalani hidup macam biasa tanpa ada rasa menyesal."
Gambahteh Mia!
1 comment:
ntahnye. bila nak kawen nih?? =D
Post a Comment