Sep 18, 2011

Mia mesti kuat macam harimau!

Semester lapan.
Semester terakhir.
Banyak giler kerja.
Bertimbun macam bukit.
Tapi sebuzy buzy mana pun saya tak buzy klo nak menulis di blog.
Macam saya pernah cakap,

'Tangan saya tak mahu berhenti walaupun saya suruh dia berhenti!"



Saya tak tahulah kenapa semester nie saya jadi seorang yang tak bape nak terurus.
Kalau orang kenal saya orang tau saya nie jenis yang buat kerja macam mana.
Cuma semester nie saya jadi agak berserabut.
Buat kerja sana kerja sini tak siap.
Buat kerja sini sana tak siap.
Jadi berserabut semuanya.
Tu tak termasuk lagi kerja saya sebagai pengerusi.
Semua macam tunggang langgang.
Saya pelik.
Kenapa saya jadi macam nie?


Berbeza dengan semester lepas, sesibuk saya berpraktikum 3 bulan di sekolah, 
takde berserabai macam semester nie.
Baru saya ingat nak relak-relak,
rupanya dashyat betul penangan semester 8 nie.
Boleh buat saya jadi SEWEL kalau saya tak bijak
 nak manage perasaan saya, stress saya.
Kadang-kadang saya boleh terus tidur sebab blur fikir kerja yang tak selesai.
Nie habit terbaru saya.
Kadang-kadang tu terfikir,
"Lantaklah apa nak jadi!"
Itu sudah sampai tahap saya sudah malas nak buat kerja.
Otak saya juga susah nak shut down bila fikir pasal kerja sampai tidur pun tak pernah tenang.
Haissshhhhh!
Bahaya betul bila jadi macam nie.


Tapi takpe.
Saya mesti kuat.
Kuat macam harimau...aummmmm!


Saya mesti siapkan kerja saya sebaik mungkin.
Saya mesti hantar kerja saya bila diminta.
Saya mesti buat sedaya upaya.


Yang penting saya jangan mudah menyerah kalah.
Saya bukan orang lemah.
Saya mesti buat yang terbaik.
Saya mesti janji pada diri saya nak habiskan study saya tahun nie.
Insyaallah...Allah akan bantu hamba-Nya yang berusaha.
Amin.


Pss:

Mia mesti kuat macam harimau!
Aummmmmmmmmmmmm!




No comments: