Raya saya tahun ini raya sederhana sahaja.
Ada baju baru 3 pasang, warna dark purple, blue-pink and mix-purple.
Sepasang kasut baru.
2 helai tudung awning baru setiap satunya.
Ada juga kuih ketupat palas.
Kuih tunjuk banyak.
Ada serunding ayam wajib mak.
Juga rendang sedap sampai habis menjilat jari.
Mee rebus juga ada.
Semua adik-beradik dapat berkumpul sama-sama.
Ada juga kakak dan abang ipar.
Ada juga 2 orang anak saudara.
Rumah semua cantik berkemas bila hari raya.
Duit raya kali ini lebih tinggi daripada tahun lepas.
Sayang budak-budak pulak tak ramai datang beraya tahun nie.
Raya pertama saya hanya bertapa di rumah.
Itu biasa bagi saya.
Raya kedua saya ke rumah tok sebelah mak dan abah.
Jumpa pak cik mak cik dan dapat juga kumpul duit raya.
Raya ketiga saya kena cirit-birik.
Gila memulas sampai ke malam.
Malamnya saya demam sampai habis kebas kaki tangan.
Hari nie.
Saya hampir-hampir kena serangan asma.
Hahahaa.
Raya tahun nie agak mencabar.
Kesihatan saya jadi taruhan raya kali ini.
Apa pun suasana raya tetap buat saya seronok.
Pics kat bawah nie masa nak masa raya kedua.
Raya pertama sume orang sesangat busy sampai tak sempat nak tangkap sekali.
Takpe.
Insyaallah tahun depan ada lagi.
Takpun tunggu raya haji plak yee!
Pss:
+ Tahun depan turn saya pulak sediakan duit raya untuk orang lain. Insyaallah..! +
No comments:
Post a Comment