Hari ini
saya menerima teguran daripada seorang pensyarah tentang
seminar kajian tindakan yang akan berlangsung tak lama lagi.
Memandangkan saya adalah pengerusi seminar ini,
maka wajarlah saya ditegur dan dimarahi oleh pensyarah tersebut.
Mujur saya tak menangis depan dia.
Saya menangis kat belakang.
Saya rasa semua orang tak perasan kot saya lari ke tandas dan menangis.
Saya memang takde pengalaman jadi pengerusi.
Sebab tu banyak perkara yang saya terlepas pandang.
Bila ditegur saya tak marah.
Saya cuma sedih dan terfikir kenapalah saya pernah ambil tahu beberapa perkara.
Apa yang buat saya risau
dapatkah saya pimpin kawan-kawan lain dan anjurkan seminar
setaraf dan lebih baik seniour Sains dahulu.
Kalau saya tak dapat laksanakan yang terbaik,
nampaknya saya memang bukan pengerusi yang baik.
Malam ini akan ada mesyuarat induk dan ketua AJK seminar.
Saya perlu suarakan apa yang saya rasa.
Saya perlu ingatkan AJK lain supaya menyempurnakan tugas masing-masing.
Saya akan cuba pastikan seminar ini berjalan lancar.
Saya taknak jadi pengerusi yang lemah.
Saya perlu cuba laksanakan tugas saya dengan baik.
"Bila orang pilih saya maksudnya orang percaya pada saya."
Itu amanah saya.
Moga Allah permudahkan urusan saya.
Amin.
Selingan cerita hati:
Bila dia mengambil tempat di sebelah saya, saya tahu dia perasan saya tengah bersedih.
"Dia cakap apa?"
Saya tengok dia dan hanya tersenyum hambar.
Mata saya kembali berkaca.
"Takde papela. Biasa la kena tegur."
Kemudian saya diam dan buat-buat kerja saya.
Dia faham saya tengah bersedih.
Dia bagi ruang untuk saya layan perasaan saya.
Hati saya ucapkan terima kasih kepadanya.
No comments:
Post a Comment