Sep 18, 2011

Kronologi selingan hati 5 tahun setengah..lepas nie saya takkan sebut dah!


"Cuba senyum sikit."


Teguran dia dulu.
Saya terus jatuh hati.
Tapi saya telah bertepuk sebelah tangan.
Takpe.
Apa yang berlaku buat saya sedar.
Buat saya termotivasi.
Buat saya dapat terus hidup di IPGKPP.
Kemudian saya jadi pemerhati setia.
Apa yang berlaku padanya saya dapat lihat tanpa perlu dengar daripada orang lain.
Satu hari wajah dia penuh berserabut.
Macam orang down giler-giler.
Macam orang mati bini.
Rupanya cintanya itu telah terkubur.
Saya pernah bagi kata-kata semangat padanya supaya terus happy.
Baikkan saya?
Lagipun saya tak pernah tengok rupa dia buruk
 macam tu sepanjang saya kenal dia.
Tapi bila saya sedar saya seakan cuba bagi hati  lagi saya kepadanya,
saya terus stop daripada jadi orang yang baik kepada dia.
Seboleh-bolehnya saya jauhkan diri daripada orang sepertinya.
Dia pernah marah saya sebab itu,
tapi biarlah. 
Bila saya ingat apa yang berlaku pada hati saya dulu, 
saya biarkan saja semua itu.
Tak lama kemudian saya dapat lihat dia sudah ada teman baru.
Tahniah.
Temannya itu sangat cantik pada mata saya.
Saya terus tidak mahu mengharap.
Cukup saya jadi pemerhati di belakang saja.
Namun, sekali lagi cintanya terputus di tengah jalan.
Kali nie saya tengok dia cool.
Malah siap cerita lagi pada teman saya yang lain.
Oh...rupanya dia yang ditinggalkan.
Saya tidak bertepuk tangan kegembiraan.
Saya cuma kesian.
Memang gadis cantik tu bukan jodoh dia.
Tak lama lepas tu,
dia dapat lagi orang baru.
Saya pernah terserempak dia dengan gadis tu naik kereta sama-sama.
Jadi, saya sudah malas nak kisah.
Itu hidup dia.
Bila berpeluang bertegur sapa dengan gadis tu,
saya tahu gadis tu budak baik.
Sangat lemah lembut.
Malah dapat buat kerja rumah dengan baik.
Jadi, 
saya rasa sudah sampai masanya saya lepaskan semuanya yang berkaitan dia.
Rasanya cukuplah saya jadi pemerhati dia selama 5 tahun setengah nie.
Apa yang saya boleh katakan kepada dia:

Sila jadi seorang pendengar yang baik. 
Sila jaga perkataan yang keluar daripada mulut engkau.
Sila jaga hati gadis tu.
Sila jadi seorang yang penyayang.
Sila jadi orang yang bersabar.
Jangan banyak berleter.
Sila jadi orang yang ringan tulang.
Sila jaga kesihatan.
Sila berhenti merokok.


"Semoga huhungan korang berbahagia terus sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat."


Pss:

Aku lepaskan dan berharap ianya tidak akan kembali lagi.

=)



3 comments:

Anonymous said...

xpe cik mia olive..awk dah buat kputusan yg palinggg terbaek dlm hidup awk.i think u deserve other person more than him..percayalah bahawa Allah sebenarnya sedang mengatur jodoh yang terbaekk utk dirimu. jodoh itu kan rahsia Allah.bila sampai masanya nanti,,, Allah akan pertemukan kamu dengan si dia yg lebih berhak....hehehehe.jiwang beno.=))

Diyana Yusof said...

cik mia olive..saya suka dgn entry ni..sebenarnya dah lama kamu sepatutnya lepaskan dia..he is not the one for you..and i believe u will find a very good man one day..i know it's hard and it's painful but one day it will become the thing that will make u laugh when u remember about it..cik polaris pun heran ni..mcm mana lah hati kamu tu boleh tersangkut pada dia...but i know..love is blind, so please do not become blind becoz of the love..gud luck

mia Olive said...

2 komen terhebat saua..like!