Sep 6, 2011

Selamat menjadi lelaki SEJATI

Dalam sesibuk menghadap lappy buat kajian tindakan,
saya boleh lagi menyibukkan diri buat entry baru.
Agak cari penyakitkan?
Lantak.
Tanggan saya tak nak stop.
Saya cakap berhenti tapi lagi laju dia berjalan.
Maka, saya teruskan walaupun otak saya cakap 'STOPPPPPPPPP!'
Namun hati saya kata 'JANGANNNNNNNNN!'

...

Saya tertarik dengan status kawan saya di FB.
Sila baca elok-elok.



‎"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."

Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."
 


Sekali dengar macam mudahkan lafaz akad nikah.
Tapi bila tengok maksud di sebalik lafaz akad nie,
rasanya sangat berat kot bagi seorang lelaki!


Dulu saya cuma tahu kalau nak kawin, 
si lelaki kena cakap macam nie depan Tok Imam,
tapi saya tak berapa tahu atau mungkin tak ambil peduli 
kenapa kena buat macam tu.
Bila baca pasal nie baru mata terus terbuka luas.


Patutlah saya ada baca tentang artikal 
sampai ada yang terketar-ketar meremang bulu roma masa lafaz akad nikah nie.
Tak cukup tiga kali berbelas-belas kali kena ulang.
Hmm...


Itulah orang cakap kawin bukan untuk seronok-seronok.
Seronok tu sebahagian sahaja,
 tapi yang selebihnya adalah tanggungajawab yang nak kena pikul selepas berkahwin.
Yang si lelaki kalau sudah melafazkan akad nie,
maksudnya engkau sudi ambil alih semua tanggungjawab yang dulu ditanggung oleh ibu bapa gadis.
Kalau lepas kawin,
engkau tak jalankan apa yang telah dijanjikan, 
maka kat akhirat jawablah engkau dengan Tuhan Yang Esa.


Jadi, sanggup tak nak kawin?


Sanggup?


Kalau sanggup bagus.
Maksudnya engkau memang sanggup nak pikul semua tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Ingat!
Tanggungjawab lelaki sangat BESAR!
Macam lautan. 
Bukan sahaja terhadap isterinya, tapi ibunya, kakaknya, adik-adiknya, anak-anaknya...


Wahai lelaki-lelaki sekalian,
amat beruntunglah jika kalian mampu memikul semua tanggungjawab..


"Selamat menjadi lelaki SEJATI."


Pss:

'Pandai plak aku tulis entry macam nie..mood:hairan!'



1 comment:

Qs.ron said...

I admit that married carry a lot of responsibility. Sbb tu pahala orang yang berkahwin 7 kali ganda lagi banyak. :)