Jumaat lepas,
saya dengan coursemate Sains telah bertolak ke Pahang.
Destinasi utama mestilah Cameron Highland.
Kami pergi sana pun bukan sesaja je pergi.
Kami pergi penuh bertujuan.
Memandangkan Cameron Highland sangat kaya dengan tumbuh-tumbuhan
selain menjadi pengeksport makanan ke tempat lain,
jadi amat sesuai sangat kami pergi melawat ke tempat ini untuk mengetahui tentang
cara pemprosesan makanan.
Orang kata sambil menyelam minum air.
Kerja kerja juga, berjalan bergambar memang saya tak lepas punya.
Lagipun bukan senang dapat peluang macam nie.
Perasaan saya....
"Wahhhhhhhhhhhhhh...saya sudah jatuh hati dengan
Cameron Highland.
Saya suka sangat tempat nie."
Lagipun ini kali pertama saya dapat jejakkan kaki ke sana.
Apa yang saya boleh katakan saya suka..suka..dan suka!
Hari pertama: 9 September 2011
Jam 5.00 pagi saya dan Cik Bee sudah bangun.
Sediakan 4 buku sandwich sardin.
Sebab tahu sangat dalam bas nanti saya lapar, roomate saya pun lapar dan semua orang akan lapar.
Pukul 7.45 pagi.
Semua berkumpul dan bas mula bergerak meninggalkan Penang.
Memandangkan perut semua orang masih lapar,
maka bas berhenti sekejap di R&R Sungai Perak.
Jom jamu selera dulu.
Jauh lagi nak sampai Pahang tu!
Akhirnya tiba juga ke destinasi pertama kami.
Kita bagi bas rest kejap depan Bee Farm lepas melalui jalan berlingkar bagai ular dipalu.
Mujur isi perut tak terjuntai keluar.
Sekarang get ready nak naik bas yang akan bawa kitaorang ke ladang teh.
Wahhhhh..suka..suka..suka!
Dah sampai lepas pusing-pusing sekitar ladang teh.
Ohh..nampaknya hujan sudah turun!
Kitaorang tak boleh bergerak ke Boh Tea Centre.
Takpe.
Jom saya tolong snap pic dulu.
Hasilnya...not bad but not soo good too!
I'm not an expert in photography.
Sorry.
Hujan kembali renyai-renyai.
Melihat lecturer Cik Zuraini begitu bersemangat meredah hujan,
saya pun ikut dibelakangnya.
Sampai pertengahan jalan, wahhhhhh...jalan bukan main berselut lagi.
Saya ingat ada tanah runtuh, rupa-rupanya bukan.
Dengan kasut sandle dan seluar putih saya redah juga jalan berlumpur merah tu.
Akhirnya berpuas hati juga sebab dapat sampai ke sini.
'BOH Tea Centre'.
Permandangan kat sini sangat best. Tambah-tambah selepas hujan.
'Pokok nampak hidup bila hujan. Sebab tu saya suka hujan.'
Ladang tea yang sangat cantik.
Masyallah...hebatnya ciptaan-Nya kan?
Masa berposing-posing!
Snap pic pleaseeeeee!
Pintu masuk ke Boh Tea Factory.
Dalam nie korang boleh tengok cara macam mana teh diproses.
Tapi sekadar arahan dan mesin-mesin pengisar teh sahaja yang ada kat dalam nie.
Pekerja-pekerja kilang teh takde tau kat sini.
Jangan pergi cari.
Sah tak jumpa punya!
Masa untuk balik.
Redah hujan renyai-renyai lagi.
Cerita saya belum habis.
Apa pulak destinasi seterusnya?
Nie klu saya.
Nanti-nanti saya sambung lagi cerita saya ye.
Pss:
Cerita hati.
Dia:
Nanti jamuan raya nak pakai baju warna apa?Aku ada banyak warna nie.
Saya:
Aku pakai pink.
Dia:
??..hmm..aku takde pink.
Saya:
Sebab ko takdelah aku nak pakai baju warna pink.
(Dalam hati saya tertawa sebab saya tau dia takde punya baju melayu warna pink.)
Dia:
hmm...!
No comments:
Post a Comment