Jun 29, 2011

Gua rasa syukur wei jumpa dia!


Izinkan gua cakap sikit.


Tadi kat institut gua ada sambutan hari guru.
Best la jugak sambutan kali nie sebab ramai bebudak maktab kumpul sama-sama.
Persembahan juga *not bad (okay la),
dan paling best mestilah persembahan lecturer yang mantap gitu
dengan lakonan wayang opera cina sampai buat gua gelak terbahak-bahak
sepanjang persembahan diorang.
Budak muzik pula memang hebat pun main muzik (bukan nyanyi ok!) macam taraf profesional kot,
dan *corus speaking junior Math pun menarik juga.
Jadi, ini je persembahan yang gua boleh puji best untuk majlis kali nie.
Apa gua nak bagitau, cikgu-cikgu nie semua ada bakat dan kalau polish lagi memang cikgu nie hebatlah!


Straight to the point.


Gua rasa syukur sesangatttttttttt sebab hari nie sebab gua dah dapat result semester lepas.
'Alhamdulillah..amin..amin!'
Agak melonjak pointer gua kali nie dan gua pun takmau la cakap berapa pointernya.
Cukuplah orang-orang terdekat je tahu bape pointer gua,
dan gua rasa berbayar sebab kalau semester lalu,
 ada satu subjek minor tu diorang tersilap letak gred C+ kat gua (gua benci gila tengok gred tu!),
hamek kau sem nie gua balas sume subjek dengan A.
Gua rasa syukur wei jumpa A tak kisah la 'A+' ke 'A-' ke, asal bukan 'C+' tu!


'Astagfirullah..gua jangan riak kay.'
'Nanti Allah tarik balik kan nyesal tak sudah!'
(Mood: Insaf.)

Nie mungkin berkat restu *lecturer gua sebab diorang halalkan ilmu yang diajar,
berkat doa mak abah yang baca yasin kat gua lepas Maghrib asal gua cakap je gua ada *exam, 
pastu selalu pesan kat gua suruh baca yasin pagi-pagi 
dan buat solat hajat.

Tahniah juga buat classmates dan kengkawan lain sebab diorang sume dah lulus dengan elok juga
dan dapat sama-sama dengan gua untuk semester nie.


'Gua nak cakap gua sayang gila kat korang walaupun gua nie macam misteri sket dan tak banyak pot-pet pot-pet dengan korang..hahahaa!'
(Maybe influence citer seram kot sejak akhir-akhir nie!)


Perjuangan tak tamat lagi tau.
Final sem nie weh!
Sumpah gua cakap kerja lagi banyak *compare dengan semester lalu kot!
Kerja gua sebagai pengerusi seminar pun tak banyak gerak lagi.
Sorry anak buah klo gua nie kurang efektif dan *slow motion sket atau bahasa kasarnya 
gua agak lembab (bukan tahap cipan) 
sebab gua pun masih terkial-kial lagi nak uruskan seminar kita.

 Sila bantu gua kay!

Jun 28, 2011

Jiwang Karat Tak Sedar Diri dah Pepagi..choww!




Pepagi camnie, klo saya tak tido lagi dan menulis post baru,
nak tahu tahu apa yang saya fikir?


Dalam otak saya tak banyak benda yang saya fikir.
Salah satunya,
saya fikirkan awak.
Ye, awak sorang.


'Siapa awak ye?'
'Rasanya saya pun tak kenal siapa awak.'


Haaahaa..!
Suatu masa, sampai ketemu kita ya.
Insyaallah.
Saya kena percaya tu.

Jun 27, 2011

Put Yourself In Someone Else's Shoes

Saya enjoy.seronok.gembira.tenang masa kelas EDU Mr Raju tadi.
Kalau orang lain berdebar-debar takut ditanya atau tak boleh tidur dalam kelas,
saya pulak takde pun rasa macam tu.
Pada saya, Mr. Raju sorang yang open-minded, positif
dan paling best bahasa Melayu dia hebat,
malah lagi hebat daripada saya.
Sah-sah la dia hebat sebab dia pernah jadi Cikgu Bahasa Melayu,
so tak kisah la kan.


'Put Yourself In Someone Else's Shoes'


Tahu tak apa maknanya?
Tak tahu takpe sebab saya boleh terangkan.


Tadi dalam kelas main tukar-tukar kasut.
Yang si perempuan kena pakai kasut lelaki.
Sama juga yang si lelaki kena pakai kasut si perempuan.
Lepas pakai, kena jalan pusing-pusing dalam kelas.
Saya gelak memanjang saja masa aktiviti ini.
Saya kalau dah happy, memang susah nak stop gelak nie.
Tapi saya tak fikir pula kenapa Mr. Raju nak wat aktiviti nie.


Bila aktiviti berhenti, Mr. Raju tanya perasaan sorang-sorang
bila pakai kasut orang lain.
Saya cakap kasut longgar, tak sesuai dan tak berapa selesa.
Kawan-kawan lain cakap macam tu juga.


Ringkasnya di sini,
Mr. Raju sebenarnya nak terangkan maksud empati kepada *kitorang
(*Mr. Raju sah marah klo guna perkataan nie).
Maksudnya, kita meletakkan diri kita dalam situasi orang lain.
Macam pakai kasut orang lain la.
Apa yang orang tu rasa tak sama macam yang kita rasa.
Bila kita berada di tempat orang tu,
kemudian baru kita rasa apa yang orang tu rasa.
Itulah maksud empati sebenarnya.


Nak jadi cikgu kena ada sifat empati nie.
Sebenarnya, bukan cikgu saja tapi semua orang pun kena ada sifat nie.
Tak guna bersimpati saja, namun langsung
 takde usaha nak bantu orang lain, nak bantu anak murid.


Macam cikgu la,
tak guna marah *kaw-kaw punya  murid yang tak datang sekolah
tanpa kita ambil peduli kenapa murid kita tak datang sekolah.


Macam kes saya kat sekolah dulu,
sorang murid saya gelar si A selalu tak hadir ke sekolah dan banyak tertinggal apa yang saya ajar.
Saya pun nak marah juga tapi bila saya tanya sorang murid lain kenapa si A nie tak hadir,
murid tersbut beritahu saya bahawa si A kena jaga adiknya.
Pastu mak dia selalu pukul-pukul dan tendang si A nie.
Patutlah saya perasan si A nie selalu termenung, mengantuk dan jadi sangat pasif dalam kelas saya.



Pengalaman berdepan dengan kes macam tu buat saya insaf akan kekurangan diri saya
yang masih terkial-kial dengan sifat empati ini.
Sebagai seorang guru pelatih, memang saya hanya boleh bersimpati dengan si A.
Apa yang saya boleh bantu si A ialah
bila dia datang ke kelas, saya cuba tak marahkan dia
dan  cuba buat dia berasa selesa berada di dalam kelas.


Ini baru satu kes yang saya dengar tentang si A,
sedangkan dalam kelas ada 30 orang atau lebih murid.
Mungkin masih ada lebih daripada 30 masalah yang saya belum ambil tahu.


Tak guna kalau saya seorang guru yang hanya tahu bersimpati saja kan...!

Jun 25, 2011

TRACKING MONKEY BEACH

Aktiviti saya hari minggu.
Pergi tracking kat Taman Negara Pulau Pinang.


3 kali pergi sana, saya tak pernah rasa jemu langsung. Sikit pun tak.
Malah saya seronok sebab buat keputusan tanpa banyak bersongeh untuk pergi ke sana bila 
Payeh ajak saya dan roomate. 
Terima kasih banyak-banyak Payeh.


Rasa untung sangat dapat keluarkan peluh sebanyak-banyaknya masa tracking tadi.
Saya tak rasa letih sampai nak putus asa pun masa meredah hutan dan  berjalan di tepi pantai.
Serius best tadi walaupun geng-geng saya tak pergi tadi.
Takpe juga sebab saya jumpa orang-orang baru hari ini 
yang saya tak pernah jumpa atau jarang bertegur sapa  walaupun selalu berjumpa.


Walaupun saya tak banyak cakap hari ini,
tapi saya cukup terhibur dengan perangai sempoi budak-budak junior nie.
*Junior la sebab ada saya yang super senior nie.
Saya rasa diorang sangat lawak dan selalu buat saya tak kering gusi masa tracking tadi.


Diorang ajak saya mandi kat Monkey Beach tu,
tapi saya tolak bukan sebab saya malu,
tapi saya memang tak pikir nak mandi pun.
Lagipun  Allah masih kuatkan hati saya supaya saya tahu dan tak lupa
batas-batas pergaulan dan juga aurat yang saya perlu jaga di antara lelaki dan perempuan.


Tak dapat mandi pun takpe sebab saya dapat tengok banyak lagi ciptaan Allah yang hebat-hebat.
Saya boleh rasa bayu sejuk yang mengeringkan peluh saya masa tracking tadi.
Saya dapat lihat pokok-pokok hijau yang menyejukkan pandangan ini.
Saya dapat bau pasir laut yang damai tu.
Saya dapat tengok air laut yang belum lagi mengganas macam Tsunami tu.


Itu sudah cukup pada saya untuk menghargai ciptaan Allah S.W.T.
Itu sudah cukup membuatkan saya tersenyum dan menghiburkan hati ini.


Kali pertama tracking ke Taman Negara - Monkey Beach
Kali kedua tracking ke Taman Negara - Kerachut Beach

Ini kali ketiga saya tracking.
Next time ajak saya lagi tau!
Insyaallah kalau saya tak sibuk, saya nak menyibukkan diri dengan aktiviti macam nie.
Lagipun inikan semester terakhir.
Jadi, saya tak nak menyesal tanpa kumpul apa-apa pengalaman bermakna
untuk dijadikan kenangan nanti.

Pss:
'Kalau geng saya dapat datang sini lagi seronok.'
'Tapi saya faham, masa sekarang tak sama macam masa dulu.'





Jun 24, 2011

Hancur Luluh Hati Lagi Berdebar

"Masuk panggung ingat ada orang rupanya berdua saja sedangkan nak tengok citer hantu, pastu kena usik lak dalam panggung kosong takde orang tu...mujur boleh bertahan dan tak lari dengan Iffah Afifah hingga hujung cerita...berdebar tul!"


Status terkini di Facebook.



Tadi kelas EDU batal.
Saya dengan roomate tanpa bersongeh banyak-banyak terus call Payeh dan lari ke Queenbay secepat mungkin.
Terus cucuk duit yang berbaki bape sen tuh dan pergi survey citer apa nak tengok.
Roomate pilih citer seram 'Rasuk'.
Hati  macam berat nak tengok cerita macam tu, 
tapi saya ikut saja dan malas nak fikir banyak-banyak.
Bila panggung ON je, 
terus kami masuk dan agak terkejut sebab sorang pun takde dalam panggung tu.
Sit merah kosong saja tanpa penunggu. Panggung pula gelap-gelap senja je.
Roomate cakap nampak pelik ja.
Saya pun rasa macam tu juga.


Tanpa banyak berfikir walaupun hati rasa cuak,
saya dengan roomate terus ambil tempat.
Memandangkan panggung memang kosong dan tiada apa-apa tayangan lagi 
(kami pun agak lurus sebab punctual sangat!),
saya cuba buat lawak dengan roomate saya sebab tak mahu stress-stress.
Roomate pun sama juga.
Tak henti-henti kami bercakap.


Tiba-tiba terdengar suara kat belakang.
"Psss...psss!"
Gaya suara langsuir je.
Saya berdebar. Roomate juga.
Dua-dua alih muka ke belakang.
Takde sapa-sapa.
Hati dua-dua rasa tak enak. Siap saling pandang-pandang lagi.
Saya dah pegang beg dan sedia nak cabut kalau roomate lari dulu.
Roomate cakap orang usik.
Saya tahu. Cuma hati tak sedap.
Tunggu lagi.
Saya cakap kat roomate,
"Allah ada, takpe!"
Sekejap lepas tu, tayangan promo movie pun mula.
Flat 3A. Satu cerita seram.
Ingatkan hati saya saja seram, rupanya roomate juga sama.
Saya ada ajak roomate lari keluar, tapi bila roomate tak gerak, saya pun tak gerak juga.


Tayangan pun bermula tak lama lepas tu.
Baru mula je tapi sound effect seram dah berjaya buat bulu roma  berdiri tegak.
Cuba nak relaks tapi rasa badan keras kejung tengok citer nie.
Tambah-tambah banyak pula suara bisikan dalam citer nie,
pastu tengok wayang berdua pula,
lagilah hati ini berdebar tak sudah-sudah.
Kaki nie kalau boleh nak keluar je panggung.
Biar rugi asal tak keras kejung jumpa hantu.


Beberapa minit pastu, 
ternampak tiga orang perempuan masuk panggung.
Saya rasa sedikit lega. Roomate pun rasa camtu.
Rasa ada penyelamat bila diorang masuk dan duduk di tengah-tengah panggung.
Rasa berdebar tiba-tiba hilang bila nampak diorang.
Dalam hati saya rasa lucu dengan perangai sendiri.
"Boleh pulak jadi penakut hari nie!"



Tamat je wayang memang saya ketawa terbahak-bahak dan tak henti-henti.
Terkenang pengalaman berdebar tadi.
Wow, rasanya bertuah juga boleh rasai pengalaman berdebar macam berada dalam cerita seram.
Pengalaman ini memang jadi pengajaran pada diri saya.



Itulah,
lain kali jangan punctual sangat bila panggung ON.
Tunggu dulu beberapa minit sebelum masuk panggung.
Kedua, 
kalau nak tengok wayang seram, sila pilih hari dan waktu yang bersesuaian.
Kalau tidak, inilah padahnya!
Ketiga,
kalau ada dengar suara 'psss...psss',
jangan takut kay sebab itu helah pekerja cinema
nak bangkitkan perasaan seram korang.



Hahaaa..saya dah terkena hari ini.
'Berdebar dan lucu.'



Tentang cerita rasuk nie,
nak kata terlalu seram takde la sangat.
Bila tengok Fauziah Gous berlakon,
rasa macam nak tercabut je tulang-tulang dia masa kena rasuk tu.
'Boleh keras kejung tu!'








Jun 23, 2011

Taman Hati..bukan teman hati ya =)



Dalam hati ada taman, 
dalam taman ada kuntuman cinta.


Orang kata cinta macam rama-rama.
Makin dikejar makin jauh ianya terbang.


Kalau macam itu,
bina saja taman hati yang penuh dengan kuntuman bunga
agar si rama-rama sentiasa ada di situ.


Wahai si rama-rama,
taman hati ini makin berkembang bila ada kamu.



Pss:

'Saat tangan terus berjalan walaupun dah suruh jangan bergerak.
Degil betul!'

Jun 21, 2011

Permulaan Final Year

Selamat berada di Penang sejak 2 hari yang lalu.
Semalam tengok pelajar baru masuk daftar.
Teringat masa mula-mula masuk maktab.
Macam kera sumbang.
Agak kebingungan dan malu nak tegur senior.
Itu dulu kay.
'Sekarang saya dah jadi super senior.'
Final year dan insyaallah akan tamat hujung tahun ini.
Doa-doa takde batu penghalang yang bakal merencatkan impian  nak graduate dengan selamat.


Tugasan kembali menjelma.
Bukan 1 malah makin banyak.
Takpe.
 Awal-awal nie saya agak bersemangat nak buat kerja.
Rasa agak rajin nak buat tesis.
Saya sudah mula bawa lappy dan biat analisis soal selidik hari ini.
Nanti  nak taip transkip interview pulak.
Kalau saya lagi rajin, saya nak tengok video dan catat pemerhatian dengan lebih teliti lagi.
'Rajinkan saya..hahahaa..jangan percaya tau!'

Semalam lagi satu peristiwa dasyat di permulaan semester nie.
Taklimat SCE 3115. Masa lantikan AJK seminar.
Kawan-kawan undi saya jadi pengerusi seminar.
'Masyallah..ujian apakah ini?'
Muka asam kecut terkejut gila serta takut juga ada
dan saya memang tak pernah mimpi walau sekecil kuman pun untuk
dilantik pegang jawatan tu.
Siapalah saya nie?
(Ini jujur tau).
Sejujurnya,
saya tak ada pengalaman langsung nak uruskan benda macam ini dan 
saya sendiri rasa diri ini tak layak kot nak pegang jawatan tu.
(Ini pendapat saya tentang diri saya. Low confident kan saya nie?).


'Dan rasa nak debushh si lite!'

Sebab dia pandai-pandai tulis nama saya dan gelakkan saya.
Katannya, kononnya nak kasi 30% markah free untuk semester nie.
Terima kasih banyak-banyak!


Nanti kena anjurkan seminar penyelidikan kajian tindakan pelajar Sains. Ini bukan kerja main-main.
Walaupun saya memang jenis yang tak main-main dan serius buat kerja,
tetapi disebabkan takde langsung pengalaman nak conduct benda macam nie,
saya rasa tugas nie agak berat. 
'Berat macam tanggung lori beras bertan-tan.'


Saya pun tak tahu nak mula macam mana.
Saya pun tak pandai sangat nak berkomunikasi dengan orang dan ini bakal mencacatkan kerja saya.
(Mengaku ini adalah kelemahan diri).


'Alahai...mampukah saya?'


Dalam hati, saya pujuk diri saya dan cuba ingat kata-kata Dr.P dan Dr.Y pada saya
selepas tamat taklimat.


"Saya tahu Atiqah boleh."


Rasa sedikit lega namun saya takut.


'Bolehkan saya?'


 Dalam hati, saya berharap akan ada sedikit rombakan.
(Haha..idea nak larikan diri. Jahat gila syaitan nie. Asyik nak buat saya rasa ragu-ragu.)

Hari ini dalam kelas.
Saya guling-guling ketawa.
Classmate memang sentiasa gila-gila.
Lecturer kata kami nampak mature.
Lecturer pun gelak sakan hari ini.
Sorang lecturer bercerita pasal biawak masuk dalam keretanya.
Classmate kata hari ini kami belajar pasal biawak.
Saya gelak lagi.
Sorang classmate lalaki nie pula gelak sampai air mata keluar
sebab tengok gambar dalam buku rujukan yang baru dapat.
Saya pun nak tergelak sama sebab tengok dia gelak.
Hari ini saya tak fikir pun tentang apa yang telah berlaku semalam.

Hidup ini memang warna warni.
Kalau hidup ini sekadar dicorakkan dengan warna hitan dan putih saja,
rasanya bosan kot!




Jun 17, 2011

Saya dah tak boleh!

2 hari lagi saya akan belayar jauh.
2 hari lagi saya akan pergi jauh daripada family saya.
2 hari lagi rutin harian biasa kat rumah nie akan berubah bila saya pergi sana.


Saya dah tak boleh main tenet laju macam kat sini sebab kat sana 
kalau saya bernasib baik saya dapat wireless yang kadang-kadang laju walaupun hanya 2 bar,
tetapi selalunya lambat tahap kura-kura.


Saya dah tak boleh masak kat sana macam saya rajin (kononnya..) masak kat sini*rumah 
kerana secara automatiknya saya akan jadi sekepala dengan roomate saya yang lebih suka habiskan duit makan kat cafe maktab berbanding masak di asrama yang bila-bila masa boleh ditangkap kerana menyebarkan bau enak sampai mengalirkan air liur orang lain.


Saya dah tak boleh relax banyak-banyak macam yang saya buat kat sini
sebab lepas nie saya akan ditimbunkan dengan assigment dan Interim 
yang pasti buat saya tak menang tangan sehingga saya rasakan saya perlu menambah lagi bilangan tangan 
menjadi empat dan bilangan otak menjadi dua supaya 
dapat membantu saya buat kerja dengan cepat.


Pendek kata saya dah tak boleh buat benda yang saya selalu suka buat kat sini 
bila saya belayar ke sana.
Saya kena korbankan apa yang saya buat kat sini bila pergi sana.


Saya tahu hati saya sayu.sedih tapi saya takkan menangis bila pergi sana.
Saya dah train.rawat.pujuk hati saya sejak saya pergi jauh ke Melaka dulu.
Saya akan cuba belayar dengan senyuman paling ceria dan penuh bersemangat.


Hidup kena penuh semangat!

Jun 16, 2011

Super Duper Bad

Saya tak hebat pon.
Sungguh saya tak tipu.


Saya ada cakap kat sorang kawan saya yang saya bukanlah orang yang pandai memasak.
Bila dengar saya cakap macam tu, dia gelak-gelak macam saya wat lawak
dan dengan bangganya dia cakap yang
muka saya nampak macam pandai memasak.
Saya rasa dia sangat bengongkan?


Dalam banyak-banyak masakan, saya tak suka masak benda yang guna santan.
Dulu saya suka bagi alasan masak pakai santan tak elok untuk kesihatan.
Boleh ganti susu dalam kotak.
Hakikatnya, saya malas nak kopek nyok*kelapa guna chok atau parang,
pastu kena tarik kuat-kuat sabut kelapa sampai tangan lenguh-lenguh,
pastu guna parang untuk pecahkan nyok*kelapa 
walaupun hasilnya buah nyok*kelapa terbelah dua penuh bergeriji dan susah nak kukur.


Itu cerita zaman dulu.
Zaman saya jahil masak-memasak.
Bila dewasa dan dah jadi anak dara,
bila saya cakap tak tahu memasak, orang mesti senyum simpul mengejek mungkin.
Saya buat-buat tak kisah*bodoh bila orang cakap atau buat muka kat saya
walaupun hati saya agak panas dan tak sabar nak debushh sorang-sorang.
Namun, saya tak boleh nafikan kenapa diorang berperangai hodoh macam tu.
Mungkin stigma 'perempuan tak pandai memasak nampak teruk' 
melekat hebat pada minda diorang.
Memang susah nak ubahkan??


Saya tak belajar memasak macam adik saya yang terer dan belajar katering serta rajin dan 
ringan mulut bertanya itu ini kepada mak saya setiap kali dia masuk dapur.
Saya tak belajar memasak dengan akak saya yang terer bab memasak lauk pauk tetapi
 kurang mahu mencuba membuat kuih-muih yang lazat.


Saya belajar memasak dengan melihat mereka memasak.
Saya memang tak banyak tanya mak saya macam mana nak masak itu ini.
Sebabnya, bila mak saya memasak,
semuanya tersangat cepat, campak sana sini sehingga terhidangnya makanan yang lazat lagi enak,
sampaikan saya rasa macam saya melambatkan kerja mak pula bila asyik tanya itu ini  waktu dia tengah memasak.
Cukuplah, saya sekadar menyediakan bahan-bahan untuk mak saya masak.


Tetapi, saya suka masuk dapur dengan adik saya yang sorang ni.
Dia sangat sempoi dan tak pernah pandang rendah saya.
Bila dia masak, dia ajar saya apa yang dia telah belajar.
Dia ajar saya macam mana nak potong halia bagi betul.
Dia ajar saya macam mana nak goreng ayam bagi lazat.
Dia ajar saya macam mana nak buat pizza dan kek coklat.
Even milo ais pun dia tetap ajar macam mana nak bagi sedap.
Pendek kata, macam-macam dia ajar saya.
Saya boleh katakan yang dia tak kedekut ilmu memasak langsung dengan saya.
Kalau dia gurau-gurau dengan saya pun, saya tak ambil pusing
dan hati saya kata 'diakan adik saya'
sebab dia lahir setahun selepas saya lahir.


Orang cakap kalau tak tahu memasak tak boleh kahwin.
Kalau tanya saya,
saya tak hairan pun.
Kalau pandang saya sebab saya boleh memasak,
baik tak payah sebab saya pun nak cari orang yang boleh bantu saya memasak bila saya kahwin nanti.
Lagipun saya sedar sekarang, 
memasak perlukan latihan dan kreativiti.

Nak pandai masak kena selalu buat!


Itu yang saya buat setiap kali cuti panjang bila takde orang-orang yang terer memasak di rumah.
Bila takde diorang, saya rasa saya sangat bebas memasak di dapur.
Bila ada diorang, saya bagi tugas memasak kat diorang dan saya buat benda lain yang lagi penting kat rumah.




Hari nie saya masak ayam goreng berempah. Ini ayam goreng berempah saya*sila tengok gambar.
Ada satu bahan tu saya  konfius sikit,
pastu saya guna khidmat hencek goggle cari apa benda tu.
Bila jumpa saya senyum puas.
Bila masak saya cuba gembirakan hati saya.
Hasilnya, saya puas hati dengan ayam goreng berempah saya hari ini.


Sekarang saya tengah tersenyum gembira.

Rupanya saya sedar saya bukan tukang masak yang super duper BAD!






T.a.s.h.i.r.u buat aku s.e.n.y.u.m.

A.l.o.n.e
Perkataan tepat untuk gambarkan perasaan ini.
Kadang-kadang tertanya, kenapa nak pilih a.l.o.n.e?
C.h.e.e.r beb!
Hidup kena c.h.e.e.r, baru bermakna.
Ya, itu sebaiknya.
...

Baru-baru ini aku banyak download lagu-lagu baru,
sebenarnya takdela baru sangat pun dan aku tak kenal pun siapa penyanyinya.
Namun, aku dengar saja satu lagunya, 
 terus aku jatuh cinta dan aku download dan terus download lagu-lagunya
yang sangat sedap didengar dan rasa dekat di hati aku.

Pernah dengar nama TASHIRU?


Tak kenal takpe, 
meh baca sini aku kenalkan diorang kat korang sume.

Dengar kata diorang nie asalnya daripada 
Bandung, Indonesia..
(by da way bila dengar lagunya saja dah tahu bukan lagu orang Malaysia..hehehee)
dan 
Tashiru dah lama dah wujudnya diorang nie sejak tahun 2004 lagi.
(Ooo..sejak umur aku 17 la...).

Tashiru adalah kumpulan nasyid yang terdiri daripada 5 ahli iaitu 
Okeu, Ujo, Abey, Iday dan Ipan.
(Well..nape ada 4 gambar saja?...Sila abaikan.).


Sejak dua minggu lalu, masa aku tengah tukar lagu dalam blog nie dan terjumpa  
nama satu kumpulan yang menarik dan buat aku tertarik nak dengar lagu-lagu diorang.
Ternyata, lagunya sesuai sangat dengan jiwa ini.
Pastu aku terus terjah 4shared dan imesh aku cuba cari lagu-lagu Tashiru
dan berjaya!
Tashiru ada di 4shared!

Kalau terasa nak dengar lagu Tashiru, download je kat sini kay!


(Well, bukan senang aku nak letak link kat sini kalau link tersebut tak bermakna tau!)


Kalau korang peminat lagu-lagu edCoustic macam Muhasabah cinta atau Sendiri menyepi,
then, aku rasa lagu-lagu Tashiru juga best macam tu juga.

Jom tengok lirik lagu 'Maaf Tak Terucap'
yang aku taip khas untuk entry nie.
My lovely song.

'Maaf Tuk Berpisah'

Kau tahu tentang hatiku
Yang tak pernah bisa melupakanmu

Kau tahu tentang diriku
Yang selalu mengenangmu selamanya

Kini kusadari
bahawa semua itu 
adalah salah dan juga keliru
Akan membuat hati
 menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati
Telah membawamu ke dalam jalan yang melupakan Tuhan
Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri
Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi

Ku tahu bahwa dirimu
mendambakan kasih suci yang sejati

Ku yakin bahwa dirimu
merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari 
bahwa semua itu
adalah salah dan juga keliru 
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati
Telah membawamu ke dalam jalan yang melupakan Tuhan
Kita memang harus berpisah untuk menjaga diri
Untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi

dan bila takdirnya kita bersamaPastilah Allah akan menyatukan kita...ooohh




Pss:

Jangan nilai lagu dengan tengok rupa ya.
Tak hensem sikit takpe, janji lagunya enak yaa!

Satu lagi lagu-lagunya boleh
'mentalbiah diri'.
Bila dengar akan muncul satu perasaan menyesal dan nak memperbaiki kelemahan diri.
Motivate yourself everyday!


Jun 15, 2011

Mengaku je M.A.L.A.S

Aku suka pakai baju baru.
Tapi aku paling malas nak beli baju-baju baru.
Bila tengok baju kat kedai, aku rasa:
"eii..aku pun macam boleh jahit saja..isshh bazir kalau beli!".
Last sekali aku tak beli baju yang aku tengok tu.


Aku simpan duit. 
Aku lagi suka borong kasut atau beg.
Tetapi, bila kasut dan beg sudah baru, 
baru perasan baju pula style lama dan dah lama tak bertukar.
Asyik baju sama saja!
Bila nak keluar baru terhegeh-hegeh nak pilih baju mana yang sesuai.
Amik masa nak pilih baju mana nak pakai sampai takde idea.
Last sekali pakai baju lama juga. 
Baju yang selalu dipakai sampai jadi muak.


So, sekarang teringin nak cari baju baru.
Ciss..harap nak jahit baju, 
baju sendiri pun tak terjahit-jahit lagi.


Malas?


Haahaa..agaknya.
Sometimes, nak juga manjakan diri pakai baju dijahit orang lain juga.
Bukan tak hargai hasil tangan sendiri,
tapi camne nak cakap eii.
Okay, mengaku je malas. Malas nak jahit baju sendiri.


Bila tengok baju online, gila..aku geram gila sebab cantik sangat.
Pilihan aku mestilah t-shirt muslimah sebab pakaian nie sesuai dengan diri aku dan aku rasa selesa bila pakai.
Teringin juga nak try something diffrent tapi rasa awkward*canggung sangat 
dan rasa ianya bukan style.taste aku.
Atau mengaku je ianya sesuai dengan diri ini tapi duit telah menjadi penghalang untuk berlagak membelinya..hahaaa!

        

Aku bukanlah fashionista. Orang yang kuat berfesyen.
Kalau keluar pun, 
cukuplah dengan t-shirt muslimah @ blaus dengan jean @ slack@ baju kurung.
Janji sesuai dengan keadaan.
Tak terlampau gah atau mundur sangat.
Sederhana. Itu penting.
Yang penting selesa, cantik, sesuai dan tak buat orang lain 
pula yang rasa canggung dengan diri ini.
Lagipun, aku sentiasa ingat bahawa diri ini adalah seorang bakal guru insyaallah tak lama lagi,
maka pemakaianku juga harus bersesuaian dengan profesion jugalah.


Orang kata nak 
"bergaya biar berpada, jangan sampai masuk neraka."
(Peringatan kepada aku juga.)


Actually,
aku lari kejap daripada menjahit baju sis aku.
Makin lama makin mengembang pula sis sampai baju dia pun dah jadi ukuran lain.
Kalau takde mood, tak boleh jahit baju sebab
baju tiba-tiba akan berubah saiz tanpa disedari.
(Cehh..alasan, padahal nak menghupdate blog! hehee!)







Jun 14, 2011

F.O.R.G.E.T


My heart is kind of hard granite stone.



If suddenly
you forget me
do not look for me,
for I shall already have forgotten you. 






Jun 13, 2011

King of baking Kim Tak Gu?


Actually, this is about a new korean drama i had watching since two days ago.
It's about making breads, family inheritance, love..money!

King of Baking Kim Tae-gu“ has attained great success since it’s premiere in June.
 The series gained a 44% rating number just last week! 
In addition to this incredible feat,they have accumulated a 40% and over rating during weekly air dates.
 Congratulations to the cast of “King of Baking Kim Tae-gu“! 
 Stars Eugene,Yoon Shi-yoonJoo-won, and Lee Young-ah should be proud of their drama’s success and humbled by audiences acceptance of the show.

[Link

I think you should watching this 30 episodes of King of Baking Kim Tak Gu too.
I learnt a lot from this King of Baking Kim Tak Gu.a,
okay!


1. 
Family ties cannot break easily.
2. 
Believe in yourself.
3. 
Respect your teacher.
4. 
Make people happy.
5. 
Be a good person.
6. 
Forgive others for the mistakes they made.
7. 
Love your mother.
8. 
Don't follow the elder mistakes.
9. 
Willing to learnt from other.
10.
Money cannot give  happiness.
11.
Love your friend.
12.
Loyalty


'Kim Tak Goo is the eldest son of Goo In Jong, the president of Samhwa Enterprise, 
a legend in the baking industry. 
Although he is an extremely talented baker and seemed destined to succeed his father as president, Goo In Jong's family plotted to rob him of his inheritance because he was born to In Jong's mistress. 
Tak Goo's determination to become number one in the baking industry drives him to rebuild his career from scratch despite the many trials he faces.'






Any interesting about this drama?

Let's learn how to make a bread!
It's about fermentation! 
(Because i learnt it in science..so i feel great!)
I love the hero! Awesome!
Love does not always end with marriage. 
Hero and heroine do not necessarily together! 
(Likeeee ittttttt!)