Sudah.
Penyakit datang sudah.
Asal nak balik Penang je saya jatuh sakit.
Asal terfikir pasal assaigment je saya jadi sakit tiba-tiba.
Tapi faktor persekitaran macam cuaca sejuk dan berhabuk juga turut membuatkan sakit saya datang.
Haishhh!
Saya risau sebab banyak lagi kerja saya kat institut tak siap lagi.
Kalau sakit macam mana nak buat kerja.
Bila saya risau, saya tengok ma lagi la risau.
"Boleh ke balik esok? Amek MC la." kata Ma.
Saya senyum je kat ma.
"Takpe ma. Orang okay la." jawab saya.
Mahu tak risaunya dia bila saya sakit dan nak balik Penang kena bertukar 2-3 biji bas.
Dahla balik sorang-sorang plak tu.
Kalau sihat takpe, nie berpenyakit plak.
Apa nak buat kan.
...............................................................
"Asma adalah gangguan saluran pernafasan yang menyebabkan serangan bunyi berdehit, sesak nafas, sakit dada dan batuk."
Gejala-gejala asma seperti:
- Batuk dengan atau tanpa pengeluaran kahak.
- Menarik dalam kulit di antara tulang rusuk apabila bernafas.
- Sesak nafas.
- Bunyi berdehit bila bernafas.
- Mungkin lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi.
- Menjadi bertambah baik apabila menggunakan ubat yang membuka saluran pernafasan.
- Menjadi lebih teruk apabila bernafas dalam udara sejuk
- Menjadi lebih teruk dengan senaman.
- Pedih ulu hati.
- Terjadi dengan tiba-tiba.
- Warna biru bibir dan muka (bila asma teruk).
- Kesukaran bernafas.
- Denyutan nadi laju.
- Berpeluh.
- Corak pernafasan yang tidak normal - bernafas keluar mengambil lebih daripada dua kali selagi bernafas dalam.
- Sakit dada
...............................................................
Selepas digoggle translatekan.
Itu penyakit saya.
Masa jumpa doktor saya iaitu Dr. Latipah,
dia cakap ada sesetangah orang bila umur 12 tahun, penyakit asmanya sudah tak ada.
Tapi bagi sesetengah orang pula, penyakit ini akan berlarutan sampai ke tua.
Saya fahamlah maksudnya tu.
Kiranya saya nie jenis yang nombor dua tu la.
'Berpenyakit asma sampai ke tua la!'
Tapi Dr. Latipah cakap lagi,
walaupun penyakit nie dibawa sampai ke tua,
kalau kita pandai kawal, maka serangan asma berkemungkinan kurang berlaku.
'Yup, you're right!'
'Kalau aku tak sibuk-sibuk kemas tempat berhabuk masa nak raya haritu'
'kalau aku selimut elok-elok masa nak tidur malam-malam'
'kalau aku tak minum ais masa hari raya aritukan...'
insyaallah aku tak akan jatuh sakit.
Tapi sekarang sudah sakit.
Nak wat macam mana.
Nama pun penyakit.
Nak tolak susah.
Jadi terima seadanya dan cuba cari penawar untuk mengubatinya.
Ini benda-benda yang saya perlu bila penyakit saya datang.
Check it out!
Bukan apa,
boleh juga share benda-benda nie,
mana la tau kalau korang yang tetiba sihat nie dapat penyakit macam saya kan,
kurang korang tahu benda apa yang korang perlukan.
Sila tengok.
s a t u:
Bila korang pergi hospital, korang akan diberikan ubat wajib nie.
'Ubat asma.'
Kalau kat tempat saya, diorang letak nama 'ubat penat' je.
Sama saja.
Ubatnya saiz kecil saja dan berwarna putih.
Paling menarik walaupun bersaiz kecil tapi pahitnya macam hempedu.
Ada berani nak makan?
Hahaha. Tipu je. Pahit sikit je.
Ubat nie makan bila perlu je. Takyah makan klo takde asma.
Itu namanya cari penyakit yee!
d u a:
Dengar perkataan kahak pun dah geli-geleman kan?
Hahaha.
Ini pun penting juga bagi pesakit asma macam saya.
Nak tahu kenapa?
Sebabnya,
bila diserang asma, korang akan rasa dada korang penuh dengan kahak yang pekat sangat sangat
sampai rasa susah sangat nak bernafas.
Bila batuk, kahak degil taknak keluar sampai buat korang rasa nak cabut-cabut kerongkong korang sebab
batuk tak pernah puas-puas.
Jadi, peranan ubat ini adalah untuk memecahkan kahak yang tebal
supaya boleh dinyahkan daripada badan korang.
Itu sebab hidung berhingus tu!
t i g a:
Ubat selesema nie juga selalu saya dapat bila pergi jumpa Dr. Latipah nie.
Iyalah..sebab selesema la punca saya dapat asma.
Mula-mula selesema, pastu deman sikit-sikit, pastu asma.
Rangkaian penyakit terbaik saya.
So, orang kasi kita makan je.
Jangan culas *malas ye!
e m p a t :
Nampak tanda merah tu?
'Ubat batuk'.
Ini wajib dapat masa ambil ubat.
Nampak sedap tapi pahit dan tak manis pun ubatnya.
Ubat nie penting sebab kalau asma,
korang akan alami batuk teruk sampai rasa tegang urat perut macam nak bina six-packs je.
Klo taknak urat perut putus lapan, makan ubat nie ye.
Jangan culas.
Jangan malas.
l i m a :
Siapa kat sini tak kenal bam tiger?
Inilah bam tiger.
Bila sesak nafas, saya suka letak ubat berangin macam bam nie kat dada dan belakang badan.
Mungkin sebab bam nie berangin, jadi bila letak kat badan,
sayarasa boleh bernafas dengan mudah sket.
Tapi saya lagi suka letak minyak cap kapak sebab lagi power.
e n a m :
Ini langkah terdesak kalau korang takde bekal ubat yang saya senaraikan 1-5 tu.
Ingat nama ubat nie elok-elok:
'Salbutamol '
Yang korang sibuk-sibuk sebut 'inhaler' atau 'saksafon' tu ha benda nielah.
Ubat nie boleh beri kelegaan dengan cepat.
Kalau terdesak sangat boleh guna inhaler nie sebab benda nie boleh cure penyakit asma korang dengan segera.
Kata Dr. Latipah,
bila rasa penyakit nak menyerang, terus guna alat nie.
Jangan tunggu sampaI teruk sesak nafas baru nak guna.
Nanti benda nie takkan bagi apa-apa kesan pada penyakit korang.
Haisshh!
Bila sebut pasal inhaler,
saya teringat arwah teman saya yang meninggal sebab penyakit asma,
dan menurut cerita teman-teman,
walaupun arwah guna inhaler tapi sudah tak dapat melawan penyakit tersebut daripada menyerang.
Akhirnya, Allah lebih sayangkan dia.
Dia tinggalkan saya dan teman-teman lain juga akibat serangan asma.
Bila penyakit saya menyerang,
saya jadi takut.
Saya takut saya jadi macam arwah.
Arwah buat saya sentiasa beringat-ingat.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas sahabat saya itu.
Amin.
Jadi, sebagai persiapan bertemu penyakit saya,
nahhhhhhhhhhhhh!
Ada sebekas ubat ada kat bilik saya.
Rasanya banyak sangat kot sampai tak larat nak makan ubat da!