Oct 31, 2011

Tak salah kalau kita ada sikit sikap materialistik...

Orang cakap
duit bukan segala-galanya..

Haisyhhh...
Nak cakap setuju,
karang duit takde sesen tergaru-garu pulak..
Nak cakap duit adalah segala-galanya,
karang korang cakap aku nie gadis materialistik pulak..


Hmm..
Senang cakap pada pendapat akulah duit penting dalam situasi tertentu.


Bayangkan kalau takde duit...

korang nak hidup macam mana?
Nak makan apa?
Nak beli apa?


Kalau sakit,
kalau takde duit nak pergi klinik, hospital,
takkan nak jumpa bomoh je...
Bomoh pun sekarang semua ada pengeras...mana ada yang free sekarang.


Even ko nak masuk tandas pun,
paling kurang 20sen kena bayar...
klo takde duit bleh bayar 20sen?


Malah,
buat kaum lelaki,
klo takde duit 
camne ko nak pergi pinang anak dara orang,
nak jaga anak bini korang nanti?


Kalau nak tunaikan rukan islam kelima,
nak pergi haji,
kalau takde duit,
boleh ko pergi Makkah?
Naik kapal terbang?


Lagi satu,
klo takde duit,
ada ko boleh belajar?
Ada ko boleh beli kertas nak wat tesis?
Ada ko boleh beli ink printer macam printer Canon aku tu?


Haa...sila tengok dalam situasi aku sebut kat atas.


Dalam situasi macam tu aku rasa duit penting.
Jadi, tak salah kalau kita ada sikit sikap materialistik asal kita
 tak lupa daratan, tak menyombong diri, tak abai tanggungjawab.


Korang rasa betul ke apa yang aku cakap  nie?
Hmm....

Pss:

"Money..come to me please...haha"
(Hujung sem, biasa la..)

No comments: