Busy?
Ya, saya sangat busy, sangat sibuk semester akhir ini.
Kalau hari itu saya sibuk sebab menguruskan seminar
dan membuat pembentangan penyelidikan tindakan,
sekarang masa untuk siapkan tesis dan portfolio.
Kadang-kadang orang tak faham apa yang bebudak semester lapan buat sampai sibuk sangat!
Ya, semester akhir memang sibuk.
Kalau tak sibuk, maknanya tak grad la saya.
Sekarang saya dalam proses menyiapkan folio kerja kursus
dan menjilid tesis saya untuk dihantar kepada supervisor.
Supervisor saya pulak nanti nak bertukar ke Sarawak ikut suaminya.
Haishhh!
Saya kena bersedia.
Pastikan semuanya selesai sebelum beliau berangkat ke sana!
Semoga semuanya berjalan lancar.
Amin.
Rosalinda bantu saya sediakan cover folio kerja kursus. Dia amat amat hebat sebab masih mampu bertahan hingga kini, walaupun saya asyik gunakannya hampir 10 jam setiap hari! |
Senarai semak folio saya. Siap dengan tarikh saya wajib hantar lagi. Jadi, takde alasan saya kena wat lupa. |
Saya kena jilid dulu tesis saya. Kemudian, baru saya letak di bahagian ini. |
Ini borang kolaborasi dengan supervisor. Lagi banyak korang kumpul tandatangan pensyarah, sebab itu tandanya korang ada berbincang dengan supervisor korang. |
Abstrak. Penting. Entah banyak mana aku print pon tak tahu laa.... |
Komen supervisor. Lagi banyak supervisor korang menconteng draf korang, lagi bagus tesis korang. Sebabnya, contengan tersebut menandakan beliau membaca draf yang korang hantar. |
Produk SPSS. Satu perisian untuk menganalisis data yang dikumpulkan. |
Kena masukkan jugak pembentangan Power Point ke dalam folio ini. |
Korang nampak tak tarikh 10 Oktober 2011 tu?
Haaaa....itu due data saya kena hantar folio ini bagi tugasan A1.
Setelah dikumpulkan semua bahan-bahan di atas,
maka fail saya sudah jadi setebal ini.
Hampir mencecah 3 inci.
Wahh..tahniah!!
Ini belum saya masukkan bahan-bahan rujukan, refleksi, dan tesis yang akan dijilit.
Mahu tak ternganga fail saya kalau macam nie!
Tapi kenyataannya,
lagi tebal fail korang sampai ternganga, sebenarnya lagi bagus!
Baru nampak usaha pelajar tahun akhir buat tesis.
Pss:
Hati gembira.
Kerja bakal selesai tak lama lagi.
Sila terus bersemangat tanpa berputus asa.
Saya boleh.
1 comment:
yup..memang bizi...
org lain kena duk dlm sem last jugak baru paham..
:P
Post a Comment