Korang rasa hidup jadi orang popular nie best ke?
Boleh bersenang lenang, duit melimpah ruah,semua orang suka?
Dulu aku fikir macam tu.
Jadi orang popular best.
Duit berkepuk-kepuk.
So, aku fikir bila duit berkepuk-kepuk, maka nak pergi mana-mana senang.
Nak shopping senang, nak makan senang, nak bergembira pon senang.
Realitinya???
Aku ada jugak layan (memang layan pOn) beberapa kisah K-POP
yang memaparkan realiti hidup artis berkumpulan Korea.
Entah la betul ke tak apa yang ditunjukkan,
tapi berdasarkan apa yang aku tengok dan rasa,
hidup sebagai orang popular K-POP nie tak best pun.
Yang kita tengok hidup diorang mewah-mewah nie bukan betul sangat pon!
Realitinya, diorang macam:
“Terkawal, terkongkong dan tak senang-lenang pun!”
Berdasarkan apa yang aku lihat dan rasa,
Hidup diorang untuk hiburkan orang dan bukan untuk hiburkan diri.
Bayangkan klo nak pergi mana pun tak boleh,
nak jumpa family jarang,
kena berkurung dalam apartmen yang tak mewah sangat pon,
nak keluar pun curi-curi,
wallet pun kadang-kadang manager pegang,
pastu klo ada training menari pun dalam bilik yang ada security kod dan
tak boleh senang lenang keluar sana-sini.
Dalam tu, diorang tak boleh escape dan kena training 3-4-5 jam.
Training berpeluh-peluh, kena marah sana sini, menangis…
Hmm…
so jangan tanya kenapa diorang popular sampai ke Malaysia nie!
Sebenarnya,
tujuan aku bercerita kat sini bukan nak menunjukkan bahawa aku nie pakar tentang K-POP nie,
just nak share cerita yang aku baru tengok je.
Setiap cerita yang aku tengok, mesti aku belajar sesuatu daripadanya.
“Nak berjaya bukan senang, kena bersusah-susah dahulu.”
“Dalam hidup kita tak boleh dapat semua benda. Ada benda yang kita harus korbankan juga.”
“Yang kita tengok tak semestinya benar.”
“Apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang orang lain rasa.”
Pendek kata,
“Jangan jadi artis, jadi cikgu tau.”
Walaupun jadi cikgu hidupnya tak mewah sangat, tapi keberkatan hidup tu lagi banyak
bila tanggungjawab dijalankan sebaiknya..heheheee..!
3 comments:
quickly coming here..because of infinite sbg gmbar hiasan! HAHAHA~ and & can u smile sbg background music? depa mmg kerja kuat sbg artis, bkn setakat training 345 jam, tdo pun kdg sejam 2 ja sbb training, bergegas ke sana ke sini ikut schedule yg pack. .being an artist, they work really to achieve their dreams, and us, going to be a teacher to help those little souls to find their dreams, and help them to achieve what they're dreaming for. kan? *sory,ayat terabur* btw, k.tikah tgk cerita apa?
hehe...sekarang kita minat group nie lak..sarah ade citer baru?...nak sedut...
xda crita baru sbb dah xda space nak bubuh, btw ada running man, full wgm goguma & adam couple. line tnet pun xmengizinkan, tgk on9 je. ^^
Post a Comment