Oct 24, 2011

Sayang Itu Tetap Ada

Salam.
Hye semua!
Selamat bercuti khususnya geng-geng IPG!

Sekarang semua orang tengah cuti sempena Deepavali dan cuti study week.
Terus terlajak sampai Raya Haji.
Pastu exam pula.


Pepagi nie saya nak keluarkan satu topik.

"Demensia."

Apa itu demensia?

"Demensia  atau bahasa mudahnya kenyanyukan berlaku 
disebabkan sel-sel otak yang terjejas.
Kemusnahan sel-sel otak ini boleh berlaku akibat 
kecederaan kepala, strok, tumor otak dan penyakit Alzheimer."


Gejala-gejala demensia yang boleh dikenal pasti adalah:

Kesukaran mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang baru berlaku.
Bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
Tidak mengiktiraf orang yang dikenalinya dan tempat-tempat.
Mempunyai masalah untuk mencari perkataan yang betul untuk meluahkan pandangan.
Menghadapi kesukaran membuat pengiraan.
Sukar mengawal mood/tingkah laku.
Kemurungan.
Tidak dapat menguruskan diri sendiri, seperti berdandan dan mandi.
Berhalusinasi visual.
Mungkin jatuh dengan kerap.
Perubahan personaliti dan tingkah laku luar biasa.

Rujukan:

Bagaimana untuk mengelakkan penyakit demensia?

Berdasarkan pembacaan saya,
penyakit ini sukar dielakkan, namun boleh dilambatkan.

Caranya?

Mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga otak kita.

Bagaimana?

Melakukan senaman dengan kerap.
Mengamalkan diet yang sihat.
Melakukan aktiviti untuk meransang mental, contoh macam membaca.
Pengurusan stress.
Mengamalkan kehidupan sosial yang aktif.

Sebenarnya, 
saya tertarik untuk menulis info berkaitan penyakit demensia 
berdasarkan situasi yang berlaku dalam keluarga saya sekarang.

Tok saya.
Tok saya pernah mengalami strok dan sudah beberapa kali jatuh pengsan
akibat kekurangan glukosa dalam darah.
Kesannya,
tok saya ada kesemua simpton-simpton yang saya tulis di atas.

Tok selalu lupa.
Semalam dia tanya saya:

"Saya anak siapa?"

Saya tak kisah sebab saya tahu penyakit dia.
Cuma saya kesian pada ma.
Ma cukup sabar layan tok, cuma kadang-kadang kesabaran itu hilang
bila tok cakap yang bukan-bukan.

Tok selalu cakap sorang-sorang. 
Tok sebut tentang arwah tok, arwah wa, tentang cucu-cucu dia yang takde.
Tok selalu cakap nampak budak kecil, nampak kucing lalu.
Tangan tok selalu bergerak kutip benda-benda kat lantai.
Bila tanya , tok cakap cakap ada pinggan nasi, ada kacang pea, ada lauk.
Bila ditegur, kadang-kadang tok akan marah.
Bila tidur, tok akan bercakap-cakap.
Saya dengan adik-adik pun hairan dengan siapa tok bercakap.
Setiap malam ma tak dapat tidur nyenyak sebab tok tak tidur.

Kesannya, 
bila tok tak tidur, penyakitnya semakin serius.
Mak pula pergi ke sekolah dengan keadaan tidur tak cukup.
Kesiankan ma?
 Kesiankan tok?

"Seorang ibu boleh menjaga anak-anaknya dengan baik, 
namun seorang anak belum tentu dapat menjaga ibunya dengan baik."

Saya setuju dengan kata-kata itu.

Ma anak tok yang baik.
Saya terharu ada ma. 
Terharu snagat-sangat!
Walaupun ma tak dapat menjaga tok sebaiknya,
namun pada mata dan hati saya, ma sudah menjalankan tanggungjawabnya.
Saya berdoa agar saya boleh jaga ma macam ma jaga tok.

Pss:

Kadang-kadang kesabaran itu mungkin hilang,
kadang-kadang kata-kata itu menyakitkan,
namun di hati,
sayang itu tetap ada.



1 comment:

iKhRam said...

sama la kak tikah..
atok ikhram pun alami perkara yang sama..

kadg2 ingat, kdg2 tak ingat..
sedih jugak, tp apa boleh buat
bahagian masing2 kan?

sebagai keluarga
kita kene selalu menjaganya..

tp ikhram percaya, dia akan mengingati orang2 yang selalu berdamping dengan dia..