+Heartstrings+
Ryu Won,
Perkenalan awal,
Perkenalan awal,
anda merasakan dia seorang yang sangat sombong dan selalu meyakiti hati anda.
Setelah mengenalinya,
anda tidak sangka anda akan jatuh cinta pada si dia.
Walaupun anda cuba menafikan,
tapi perasaan itu tetap hadir.
Setiap kali bertentang mata dengan si dia, anda jadi kaku.
Semua yang anda buat serba tak kena.
Namun, si dia suka pada perempuan lain.
Anda tahu tentang itu.
Anda dapat lihat cara dia memandang perempuan itu.
Penuh cinta di mata itu.
Anda tahu tentang itu.
Anda dapat lihat cara dia memandang perempuan itu.
Penuh cinta di mata itu.
Apa perasaan anda?
Apa anda akan buat?
Terus mencintai atau terus melupakan si dia?
'Aku akan melupakan dia!'
Itu kata anda.
'Aku akan melupakan dia!'
Itu kata anda.
Lee Shin,
Anda hanya mencintai perempuan itu.
Walaupun usia anda dengannya jaraknya hampir 10 tahun,
anda tidak pernah peduli tenang itu.
Anda hanya tahu hati anda padanya,
sampai anda sanggup menolak berpuluh-puluh gadis lain yang sanggup melutut untuk anda.
Hakikatnya,
perempuan itu tidak pernah jatuh hati pada anda meskipun dia tahu perasaan anda.
Dia sendiri menyatakan bahawa dia memerlukan seorang lelaki,
bukan anak muda seperti anda.
'Jangan mencampu adukkan di antara perasaan kesian dan sayang.'
Itu katanya.
Bila anda dengar,
anda kecewa bukan?
Seorang gadis sentiasa ada di sisi anda saat anda sedih.
Dia bagaikan tahu segala kelukaan hati anda.
Dia dapat lihat mata anda yang kesedihan.
Anda juga dapat merasai gadis itu mencintai anda.
Tapi anda tolak dia kerana hati awak hanya untuk perempuan itu saja.
Anda tahu dia kecewa.
Anda juga tahu dia ingin melupakan anda.
Namun,
anda dapat merasakan hidup anda ceria saat bersama gadis itu.
Senyumannya, tingkah lakunya buat anda tersenyum.
Saat itu,
anda tahu anda sudah jatuh cinta padanya.
'Jangan berhenti mencintai saya'.
Itu pinta awak padanya.
Anda lihat gadis itu terkedu.
Mulutnya terkunci.
Matanya berair.
+Heartstrings+
Bila tengok Yong Hwa dengan Park Shin Hye, saya terus jatuh hati nak menonton drama ini,
meskipun saya memperjudikan diri di kala tugasan masih belum selesai.
Cari penyakitkan saya nie?
Takpe. Itu saya tanggung.
Sila jangan risau.
Saya suka watak Kyu Won lakonan Park Shin Hye dalam drama ini.
Dia jatuh hati pada seorang gitaris popular kumpulan The Stupid, iaitu Lee Shin lakonan Yong Hwa.
Tetapi, bila dia tahu Lee Shin suka gadis lain,
dia bertekad untuk melupakan Lee Shin.
Lee Shin tahu bahawa Kyu Won menyimpan hati padanya.
Namun, hatinya setia pada seorang gadis.
Setelah cintanya ditolak, Lee Shin mula sedar akan kehadiran Kyu Won.
Bersama Kyu Won,
hidupnya makin ceria.
Namun, dia tahu gadis itu cuba untuk tidak jatuh hati lagi padanya.
Gadis itu juga cuba menjauhkan dirinya.
Cerita ini dekat dengan hati saya sampai buat saya tak bosan nak tengok.
Paling best mestilah lagu-lagu yang dimuatkan dalam drama ini.
Sampai saya tak berhenti mendengar lagu-lagu ini:
Because i miss you -Yong Hwa CNBlue
See my eyes - Yong Hwa CNBlue
i will forget you - Park Shin Hye
The day we fall in love - Park Shin Hye
Star - Kang Min Hyuk
I guess you don't know - M Signal
So give me a smile - M Signal
Even it's not necessary - ft Island
Korang boleh download kat 4shared kay!
3 comments:
ngah layan cite ni..sangat best..!!
citer ni tak brape nk best (honestly)..tp lagu2 ost nyer sangat best! :)
yes..lagu2 dia lagi best!
Post a Comment