Apr 17, 2012

Semoga tali persahabatan mereka terus berkekalan.



Mataku meliar mencari anak gadis seorang ini. 
Aisksss...selalunya mesti dia datang dengan Hidayah. Tapi Hidayah sudah datang. 
Dia batang hidung pun tak nampak.


"Fath, sorang lagi mana?" tanyaku kepada Fathirah.

"Siapa, Farah cikgu? Entah la cikgu. Saya cakap dengan dia tadi dia buat tak tahu aje. 
Geram saya cikgu!" Adu Fathirah yang sedang memakai kasut sukan. 
Reaksi wajahnya yang tampak bersungguh-sungguh itu buat aku tersenyum nipis.


'Ni kes gaduh la ni,' hati kecilku berbisik.


"Mana dia sekarang?" tanyaku lagi. Kali ini wajah Hidayah pula kupandang. 


"Dia nangis cikgu. Dah balik kot!" Balas Hidayah pula.


Aku mula bercekak pinggang. Hai...budak-budak kalau gaduh macam nie la. 
Mudah sangat merajuk dan menangis.


"Kenapa dia nangis? Kamu ada buat apa-apa kat dia ke?" 
Aku cuba mengorek rahsia anak-anak gadis muda itu.


"Ala, cikgu. Dia kena hasut dengan si Ema tu. Ema cakap kami mengata kat Farah, padahal kami kata kat dia. Farah pun percaya la cikgu!" 
Balas Fathirah dengan nada yang sedikit keras, tanda tidak berpuas hati. . 


Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Macam-macam budak-budak ni!


Aku nampak Farah keluar daripada tandas. Matanya merah. 
Tampak dia sedang menangis. Lemah longlai dia datang ke padang. 
Mukanya menunduk saja sambil menukar kasut berpaku. Ema jelas berada di sebelahnya. 


Sebagai guru, aku tak mahu campur adukkan masalah budak dengan latihan bola jaring. 


'No bias in teaching.' Itu prinsip aku.


 Jadi, aku abaikan apa yang aku dengar dan aku meminta murid memanaskan badan seperti biasa.


"Matun...Syikin...ambil bola nie. Buat balingan macam biasa." Arahku. 


Bola kubaling tepat ke arah Matun. Lincah sahaja gadis kecil itu menyambut bola.


Aku memandang Farah dan Ema. 
Gadis itu sedang melilit tali kasut ke tapak kasut dan kemas mengikatnya.


"Farah, sambut bola nie. Masuk padang buat balingan dengan Ema." Aku menggolekkan bola ke arah Farah. Farah dengan mata yang masih merah menyambut bola aku tangkas. 


Perkara yang menarik tentang Farah. 


Dia sangat innocent. Tubuhnya sederhana tinggi dan dia adalah shooter yang bagus.
 Kelemahan dia cuma dia tak cukup tinggi untuk jadi seorang shooter yang hebat. 
Biasanya, shot dia memang tepat tapi disebabkan kekurangan ketinggian,  maka dia biasa diletakkan di bahagian wing dan goal defender sahaja.

Farah tak macam murid-murid lain yang kuat merungut apabila kena tegur, 
kena marah dan kena denda dengan Kak Nang. 
Dia cool saja dan aku boleh nampak dia berusaha memperbaiki dirinya. 
Cuma, aku dan Kak Nang sekarang tengah mencari posisi yang sesuai untuknya. 
Sebabnya, kami sudah ada shooter yang tingginya hampir menyamai ketinggian aku.
 Jadi, memang Farah perlu diberi posisi lain. Belum nampak kekuatannya dalam posisi lain.



Balingan bola Farah menang laju dan kemas. 
Aku sendiri kalah apabila menerima hantaran bolanya itu. 
Dia konsisten. 
Dia tak pernah ponteng latihan. 
Tutur katanya juga buat aku senang untuk berbicara dengannya sebagai seorang kawan.
 Mungkin kerana sikapnya seperti seorang kakak berbanding murid-murid lain. 



Farah gadis yang manis. 
Dia seorang yang feminim walaupun berunifom sekolah. 
Namun di padang, dia adalah gadis lincah dan bersungguh-sungguh membuat latihan bola jaring. 
Itulah Farah yang aku kenal. Itu sebabnya aku sedikit kagum dengan Farah. 


Orang cakap sukan dapat mengeratkan hubungan. 
Hari ini kenyataan itu terbukti. 
Masa rehat, aku nampak Fathirah dengan Hidayah berkongsi minuman dengan Farah. 
Masing-masing sudah boleh  bergurau dan bercakap-cakap. 


Alhamdulillah...itu sahaja yang dapat aku cakap. 
Aku memang senyum melihat telatah mereka. Budak-budak macam itulah. 
Sekejap  panas sekejap sejuk .


Tamat latihan, mereka mula bersurai. 
Aku dengar Fathirah memanggil nama Farah. Hidayah mengikut di belakang. 
Mungkin mereka ingin menyelesaikan salah faham yang berlaku. Aku senyum lagi.


"Zaman kanak-kanak paling best. 
Semoga tali persahabatan mereka terus berkekalan."

Doa aku kepada mereka.



1 comment:

hamzah ian said...

semoga kekal sahabat.

aku ni sorang pun tak kekal.

alahai..