Apr 16, 2012

Sekadar cerita tanpa noktah

4.50. 
Masih bertelekung sembahyang. 
Sudah selesai solat Asar tapi malas nak bergerak.


"Cakap kat budak petang nie pukul 5 latihan," 
pesan cikgu PK Koko aku, Kak Nang.


Aku mengangguk faham. 
Kalau aku tak sampaikan pun,
 budak-budak bola jaring sure dah sampai padang lebih awal daripada itu.


Jam pukul 5. 
Okay.
Aku rajinkan juga bangun dan tukar baju walaupun aku rasa sudah terlewat. 
Jadi aku budget masa berjalan ke sekolah 3 minit dan 
insyaallah aku bakal sampai tepat jam 5.05 minit. 


Capai duit RM5, handphone dan beg galas berisi wisel merah.
 Langkah laju berjalan tanpa aku pandang ke kiri dan kanan.


Suara murid-murid sekolah agama kedengaran jelas sekali. 
Maklumlah masjid kampung Raja Uda sangat dekat dengan rumah aku dan 
sekolah agama berada di sebelah masjid tersebut. 
Aku berjalan melintasi masjid di sebelah.


Kedengaran suara anak-anak murid aku menjerit memanggil aku.


"Cikgu...cikgu...Cikgu Atiqah! Cikgu Atiqah!!" 
Jelas nama aku dipanggil.


Aku dapat dengar suara Harith. Aku dapat kenal suara Mokhzani.
Aku menoleh sekali dan segaris senyuman aku hadiahkan. 
Semakin laju langkahku atur.


Bukan aku jual mahal, 
tapi tak mahu mengganggu pengajaran yang berlangsung di masjid itu.
Lama-kelamaan,
 suara murid-muridku semakin hilang dan sunyi.


Aku meniti jalan kecil di tepi sekolah. 
Mataku tenang memandang padang hijau di bawah pokok yang redup.
Hari yang sangat baik untuk bermain bola jaring.
Mataku mencari budak-budak bola jaring yang biasanya sudah riuh di padang.


"Aiksss...mana diorang nie? Tak tahu ke ada latihan macam biasa."
Detik hatiku.


Langkahku mula longlai. Mata masih meliar mencari mereka.


Kelibat seorang murid menarik perhatian aku.


"Ema!..Mana yang lain?" panggilku.


Ema menadang aku lalu membalas.


"Diorang sekolah agama. Nanti datang la, cikgu!" 


Kemudian aku nampak kelibat si tubuh kecil Kairin dan Syarifah.


"Cikgu Atiqah!" Teriak mereka dari jauh.


Aku membalas dengan senyuman lebar.
Kaki semakin cepat melangkah ke padang sekolah.


Jammatul seperti biasa sudah berada di situ. 
Tanganku disalamnya.
"Nah cikgu. Saya bagi pau kat cikgu,"
 Jammatul menghulurkan bungkusan beg berwarna oren  kepadaku.
Pau kaya yang masih panas kuterima dengan hati yang senang.

Pau dah kemek kena tindih dengan beg! Tapi masih sedap.

"Tahu saja cikgu tengah lapar," usikku.


Jammatul ketawa. Kairin dan Ema jugak.


"Cikgu Nang dah datang?" tanyaku pada mereka.


Pertanyaanku dibalas dengan anggukan mereka.


Aku cukup respek dengan guru yang seorang ini. 
Dia contoh guru rajin yang banyak dedahkan aku dengan sukan wanita ini.
Kerana cikgu Nang, mataku, hatiku dan badanku makin mudah menerima sukan ini.
Jangan tak tahu, aku sudah pandai meniup wisel sebagai refree sukan ini sekarang.



"Okay...tak nak bangga diri sangat sebab banyak lagi aku kena belajar."
Hati kembali insaf.


Tiba-tiba aku teringat seorang lagi anak murid aku.
Orangnya comel,
 tapi tahap kebluran agak tinggi.
Kena ketuk selalu baru berjalan.


Itu Izzah Irfatin.
Dia budak baik dalam kelas aku.
Sebab tu aku lantik dia jadi bendahari walaupun disebabkan kebluran dia tu,
aku sudah turunkan pangkatnya yang sebelum ini penolong ketua kelas.


"Cikgu, nah ini!"
Dia meletakkan sebiji coklat di atas buku ringkasanku.


Masih selamat dalam pencil case. Nanti bila lapar i bedal!

Aku pandang Izzah.
Reaksi aku ringkas.
Aku senyum dan aku terima hadiahnya dengan hati yang ikhlas.
Langsung aku tak tolak.

"Terima kasih Izzah. Nanti cikgu makan waktu rehat nanti."
Aku beri senyuman paling manis padanya.
Dia turut tersenyum lebar memandangku.


Dulu,
ada seorang murid beri coklat padaku.
Tapi, aku memang mati-mati tolak pemberiannya,
sebab aku tak nak murid tu anggap aku baik sangat dengannya.


Tapi lepas kejadian itu,
wajah murid yang aku tolak coklatnya terngiang-ngiang di tubir mata
sampai buat aku terus terfikir dan terfikir.
Akhirnya, aku salahkan diri ini.
Aku rasa aku tak patut buat macam tu.
Aku rasa bersalah buat anak murid aku macam itu.


Kemudian, aku refresh balik cerita korea Oh!My Lady.
Dalam cerita tu,
ada seorang budak perempuan comel lagi pendiam beri coklatnya
kepada seorang lelaki lakonan Choi Si Won.


Aku ingat kata-kata seorang pelakon perempuan dalam cerita itu.
Katanya,

"Bukan semua budak sudi beri coklat pada orang lain."


Nampaknya,
aku bertuah menjadi golongan penerima coklat daripada murid-murid.


"Terima kasih murid-muridku!!"


No comments: