Cerita 1
Suatu petang, seperti biasa aku pergi ke padang SKKRU melihat murid bermain bola jaring. Terserempak sekumpulan guru perempuan sedang bersembang. Aku menegur dengan senyuman. Sebuah kereta berhenti berdekatan aku dan guru-guru lain. Peugeot mewah menarik perhatianku.
“Cantik. Tapi…arghh…jangan berangan nak pakai kereta macam tu. Gaji pun belum tahu bila nak masuk tau!”
Hati cepat saya mematikan angan-anganku.
Hati cepat saya mematikan angan-anganku.
“Rajin betul awak. Petang-petang datang.”
Tegur Guru besar dari dalam kereta kepadaku.
Tegur Guru besar dari dalam kereta kepadaku.
Aku sekadar tersenyum tanpa membalas.
Guru-guru perempuan tadi ketawa kecil sambil mengusik aku.
“Dia memang rajin, puan!”
“Dia memang rajin, puan!”
Aku menggelengkan kepalaku. “Ada-ada saja diorang nie.”
Balas guru besar lagi,
“Muda-muda la kena rajin, kena kerja kuat. Nanti dah kawin, bawa perut sana sini, susah. Nak minta tolong pun kesian. Awak dah berpunya ke belum?”
Guru besar selamba menegur aku.
Seorang guru wanita menyampuk,
“Puan, kesian kat dia puan. Dia takde sapa-sapa lagi. Puan tolong la cari kat dia sama…!”
“Arghh…sudah akak nie. Lebih-lebih pulak macam aku nie terdesak sangat….”
Bebel hatiku.
Bebel hatiku.
Cerita 2
"Kenapa Eika tak kawan je dengan orang tu? Kenal-kenal la dulu. Mana tahu tu jodoh Eika."
Seorang teman serumah berkata.
"Kita malas la Jee. Tengok pun tak pernah. Kenal pun sebab dia follow orang masa zaman friendster sampai zaman fb nie. Bukan selalu chatting pun...!" Balasku.
"Ala, kenal-kenal la dulu. Dia yang nak kawan dengan Eika kan?" Cadang housemate lagi.
"Memangla Jee. Kita nie kalau tak kenal orang memang kita tak percaya, Jee. Lebih-lebih lagi kalau jumpa pun tak pernah, duduk kat mana-mana tah...Bayangkan kalau kita tiba-tiba suka dia, tiba-tiba dia hilang ke, main kayu tiga ke..apa ke...tak ke naya je kita.!"
Balasku sedikit tegas.
Cerita 3
Kak cik menelefon aku suatu malam. "Tak terima apa-apa ke panggilan misteri?"
Pelik.
"Apa pulak yang misteri-misteri nie? Ke hang kot yang terima call misteri-misteri nie?"
Aku pulak mengusik dia. Kak cik sekadar ketawa. Akhir perbualan pecah juga rahsia.
"Ada sorang kawan kak long bagitau yang kawan dia nak cari orang. Kerja cikgu jugak tapi sambil-sambil belajar. Kak long beri nombor hang kat dia!"
Wah..wah...wah......! Mahu je aku bebel kat kak long. Apsal la dia senang-senang kasi nombor aku kat orang. Tak bagitahu aku pulak tu. Kurang-kurangnya kasi FB dulu ke takpe la jugak. Nie nombor aku? Haissh...nak kena nie!
Malam itu suatu mesej masuk inbox aku.
"Insyaallah..klau Allah ttapkan sesuatu di antara kita..sya cuma berusaha"
Apa benda pulak nie?
Aku ternganga.
1. Nampak teruk dan sadis sangat ke kalau tak berteman di kala umur 25 tahun?
2. Boleh mencari cinta tapi jangan sampai terdesak mencari cinta!
3. Jangan terlalu berharap. Biar perasaan itu natural.
4. Percayalah, ada jodoh adalah. Itu janji Allahkan?
No comments:
Post a Comment