Apr 20, 2012

SOALAN JODOH LAGI

..................
SITUASI 1
..................


Aku pandang borang peserta bola jaring sekolah. Lihat apa lagi yang belum selesai. 


"Ok, tandatangan GB belum settle lagi. Cari GB cepat. Jangan bertangguh!" 
Aku segera mencari GB di biliknya. Laju sahaja langkah kuatur ke pejabat.


Kelibat GB di situ buat aku tersenyum. 


"Puan busy tak? Saya nak mintak tandatangan puan untuk borang ini," 
Aku berkata.


"Tak takde sibuknya. Tapi kena bayar untuk dapatkan tandatangan saya," 
GB sedikit bergurau dengan aku lalu laju bergerak ke biliknya. 
Aku membontotinya daripada belakang.


"Borang apa ni?" 
tanya GB sambil memandangku. Aku menghulurkan borang tersebut.


"Ini borang senarai nama pemain bola jaring sekolah. Nak faks nanti," balasku. 


"Lawan nanti dekat sekolah mana?"


"MGS Klang, puan." Aku menjawab ringkas.


"Awak pergi sama ke nanti?" GB terus memandangku.


"Dengar-dengarnya macam tu la. Saya dengan Kak Ustazah Saini. 
Kak Nang nanti jadi pengadil di sana." 
Balasku lagi.


Sambil meneliti borang tersebut, ramah sahaja GB bersembang denganku.


"Macam mana sekolah ini? Awak ada mintak nak tukar tak?" soalan GB itu buat aku terpinga-pinga.


"Ya?" Aku masih blur.


"Ada minta nak tukar sekolah lain tak?" tanya GB lagi. Aku mengangguk tanda faham.


"Tak. Saya kalau mintak nak balik Kedah, tak tahu la bila nak dapat. Sekolah ini okay, takda masalah setakat ini." balasku jujur. 


Aku tak tipu. Memang sekarang belum ada niat mahu bertukar sekolah. Mungkin aku semakin selesa bekerja di sini dan belum bercadang mahu bekerja di tempat lain. Kalau berpindah ke tempat lain, nasib kita belum tentukan?


"Umur awak berapa?" tanya GB. Macam berminat sahaja mengambil tahu perihal diri aku.


"Umur saya 25 tahun, tahun nie." pendek sahaja jawapanku.


"Nak masuk 25 la? Macam tu sama macam anak saya. Awak takde calon lagi ke? Masa kat maktab ke? Kawan-kawan sekolah ke??" semakin mendalam soalan GB.


Aku sekadar ketawa kecil. 


"Puan, dulu mana sempat la. Saya fikir belajar je. Tak sempat nak tengok orang,"
Aku pandang wajah GB.


"Kalau saya kenalkan awak dengan kawan-kawan anak saya nak? 
Tapi diorang semua enginer la..sebab anak saya bidang tu. 
Hehe...saya pulak jadi match maker pulak?"
GB ketawa senang hati.


Aku sekadar tersenyum nipis.
 Keluar saja bilik GB, aku menggeleng-gelengkan kepalaku perlahan.


Hai...apa lagi yang aku boleh cakap. 
Alhamdulillah la sebab ada orang nak jadi match-maker aku.


Walaupun sekadar gurauan, rasanya tak salahkan buat aku ketawa hari ini!


...................
SITUASI 2
...................


8.48 pagi. Berkejar-kejar ke kantin sekolah pula. Lapar. 
Perut memang lapar hari ini. 


Tengok jadual. 9.10-9.40 pagi ada relief kelas. 
Tak kira! Aku nak makan jugak.


Dalam kantin ada geng ustazah pilihan dan imam muda. 
Geng pantai timur. Geng Kelantan.
Hahaha. 
Tipu. Tapi betul memang ada kak Aminah, Kak Rafida, Kak Zila dengan Ustak Fauzan.


Kay! 
Tak kira aku join jugak diorang. 
Makan tak pandang kiri kanan. 
Sampuk bila perlu, cakap bila mulut ringan.
 Telinga pasang besar-besar dengan percakapan diorang.


"Dekat astro ada program ustazah pilihan dengan imam muda." 
kak Aminah bercerita.


"Siapa menang?" tanya Kak Azila pula.


"Ustazah la. Bahas pasal tajuk menjaga ibu bapa, tanggungjawab anak perempuan ke anak lelaki?" balas kak Aminah lagi.


Aku pasang telinga lagi. 
Menarik juga tajuk ini jika dikupas secara mendalam.


"Memang la anak lelaki, tapi masing-masing main peranan." 
Ustaz Fauzan dihadapanku menambah.


"Perempuan dah kawin, kena ikut suami la," 
Kak Rafida bersuara perlahan.  


"Tiqah dah ada calon?" 
soalan Kak Zila hampir buat aku tercekik. Ehh..masuk cerita aku pulak!


Aku gelak kecil.


"Mana ada lagi Kak Zila." balasku.


"Hmm, mestilah dia tak nak cakap dia dah ada orang." 
Ustaz Fauzan pula menambah.


Kak Zila tersengih memandangku.


"Direct Kak Zila tanya nie. Takdak tapeh-tapeh dah."


"Takde jodoh lagi Kak Zila. Gaji pun tak dapat lagi." 
Aku cuba mematikan topik tadi sambil mata melihat jam di tangan Kak Rafida. 9.04 pagi.


"Aikss, tak dapat gaji lagi ke?" Tanya kak Zila lagi.


"Belum akak. Hari tu tanya kak Zah, dia cakap gaji proses bulan 4. Tunggu je la.." Aku menghabiskan makanan yang masih berbaki.


"Ala, nanti gaji masuk seketul. Banyak masuk cepat la habis. 
Klo tak masuk jugak, buat loan dengan boyfriend dulu." 
usik ustaz Fauzan lagi.


Aku membalas kata-kata itu dengan senyuman. 


'Ustaz, saya takde boyfriend la!' 
hanya hati yang berani berkata-kata.


Aku mengangkat pingganku dan terus meminta diri untuk ke kelas.


Keluar saja kantin, 2 orang murid 4 Dinamik betul-betul menunggu aku di luar.


"Cikgu, masa cikgu dah habis dah. Sekarang masa Cikgu Azila," 
Seorang murid seakan merungut.


Aku kehairanan. Rasanya aku dah semak jadual tadi!


"Aikss, belum lagi la. Cikgu masuk kelas kamu pukul 9.10 sampai 9.40 la." terangku.


Seorang murid merangkap ketua kelas 4D seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.


"Habis, Cikgu Rima yang cakap masa cikgu dah habis..." 


"Takpa, cikgu pergi check jadual. Mari ikut cikgu."
Aku berjalan laju ke bilik guru. Dua orang murid itu mengikutku.


Aku mengambil buku catatanku untuk menyemak jadual reliefku, takut tersalah faham pula.




Betul!


Masa aku memang 9.10 hingga 9.40.


"Tengok, baru betul sekarang masa cikgu. Jom masuk kelas sekarang!"
Arahku lalu pantas ke kelas.


Waktu itu, loceng sudah berbunyi untuk pertukaran waktu seterusnya.


"Cikgu tak lambatkan?" 
sengaja kuajukan soalan kepada kedua murid itu sejurus melangkah masuk ke kelas.


Kedua-dua murid lelaki tadi tersenyum kepadaku.












No comments: