Hari pertama Ramadhan.
Yeayy!
Saya suka.
Semalam dapat berterawih di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Rezeki sebab ingatkan nak jalan kaki ke surau je,
tapi sorang kawan nie punya kereta dan ajak saya, Cik Bee dan Cik Polaris sekali ke masjid tu.
Best sebab orang ramai di sana.
Itu biasa.
Pertama terawih.
Doa-doa saya dapat kekal macam sampai terawih terakhir.
Sampai ke hujung nyawa juga.
Hari pertama Ramadhan.
Sahur pertama saya.
5.10 pagi.
Sahur cara budak asrama.
Roti high 5 ,dua biji kurma dan minuman vico.
Cukup setakat nak bertahan sampai petang nanti.
Terus mandi, solat Subuh, baca al-Quran dan tak jadi nak tidur balik.
Even mata agak nak tertutup,
tiba-tiba dapat wireless dan mata terus segar.
Banyak benda nak cari bila ada internet.
1 daripada 100 benda saya boleh buat dengan internet adalah menulis di blog saya.
Dan inilah entry saya.
=)
Hari pertama puasa.
Sepatutnya hari pertama internship saya di sekolah.
Tapi sekolah cuti ganti Larian 1 Malaysia.
Ramai yang jeles sebab saya dapat cuti free.
Okay, saya sepatutnya happy tahap cipan dan boleh berlagak sebab hari nie sekolah saya cuti.
Tapi saya takdela happy sangat pon.
Blok asrama sunyi. Saya tak suka bila keadaan sunyi.
Jadi, saya cuba sibukkan diri buat kerja sekolah. (Hahhaa!)
Banyak sangattt!
Besok baru saya nak mula langkah ke sekolah.
Nanti sibuk cara sekolah pulak!
Hari pertama Ramadhan.
Suasana sangat tenang dan damai di sini.
Tak payah pergi kelas tapi saya rindu kelas saya. Rindu class-mate saya yang bermacam ragam tu.
Hari pertama Ramadhan.
Semoga saya terus berSEMANGAT..berSEMANGAT dan berSEMANGAT
di bulan Ramadhan nie!
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
*Pss:
"Thank you Cha sebab pesan saya suruh tabah."
"Selamat berjaya di Balik Pulau yaa!"
2 comments:
selamat berpuasaa!! :D
selamat berposa
ikhram pun pos kat balik pulau
dan first posa saya adalah hari cuti
alhamdulillah.
Post a Comment